Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 13, 2011

Lebih 3000 hadiri kempen bersepadu oleh 3 calon BN di Kuala Baram Miri..

 Tepat jam 3 petang tadi, 3 calon Barisan Nasional dalam kawasan Bandaraya Miri iaitu calon SUPP/BN bagi kawasan DUN N.63 Piasau YAB Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, DUN N.64 Pujut Andy Chia Chu Fatt serta DUN N.65 Senadin Datuk Lee Kim Shin telah mengadakan kempen secara bersepadu apabila ketiga-tiga mereka saling bantu membantu antara satu sama lain berkempen di sebuah kawasan peridustrian yang berdekatan dengan Kuala Baram Miri.
 Dalam pengamatan saya tidak kurang daripada 3000 orang yang datang untuk menyambut rombongan yang diketuai oleh YB Datuk Lee Kim Shin dan ianya jelas sebagai tanda sokongan padu rakyat kepada ketiga-tiga calon daripada Barisan Nasional itu di atas segala sumbangan mereka yang ternyata begitu berjaya membawa pembangunan serta perubahan yang cepat dan pantas terutama di kawasan DUN Senadin itu sendiri.

Terdapat begitu banyak peluang pekerjaan yang wujud dikawasan DUN Senadin adalah disebabkan hasil kerjasama yang erat antara wakil rakyat dengan rakyat dan juga antara semua usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan wakil rakyat setempat. Apabila keadaan politik yang stabil di seluruh negeri Sarawak ia juga akan membawa kestabilan ekonomi kepada semua pihak seperti pemilik-pemilik syarikat besar di sekitar DUN Senadin.
Apa yang sangat menariknya disini ialah cara kempen yang dijalankan adalah bersifat 'gotong-royong' dan dijalankan secara berpasukan dimana ini saya rasa tentu lebih berkesan kerana ianya secara tidak langsung juga turut menggambarkan kerjasama jitu antara ketiga-tiga calon wakil rakyat ini dan memberi gambaran bahawa tiada perpecahan atau percanggahan berlaku dalam dalam kalangan mereka dan rakyat tentu lebih yakin dengan keadaan seumpama itu dan berharap agar iya akan berterusan tanpa batasan waktu.

Tiada ulasan:

Arkib Blog