Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 18, 2011

Sukan SEA ke-26: apa ertinya pingat emas bagi Indonesia jika rakyatnya masih tidak bertamadun?

Indonesia setakat hari ini sudah berjaya mengumpul lebih seratus pingat emas menerusi berbagai acara pertandingan yang disertainya dalam Sukan SEA yang ke-26 Jakarta-Palembang tidak termasuk pingat perak dan juga pingat gangsa.

Sebagai sebuah pasukan tuan rumah, Indonesia sudah jauh meninggalkan lain-lain negara dari segi pungutan jumlah pingat keseluruhannya dan perjalanan Indonesia menuju ke puncak kejayaan dan seterusnya dinobatkan sebagai juara telah semakin hampir.

Walaubagaimanapun, semuanya itu tidak akan membawa sebarang erti dan makna kepada negara Indonesia selagi sikap sebilangan besar rakyatnya yang tidak menggambarkan semangat kesukanan tulen sepertimana yang mereka pamerkan kepada para delegasi negara peserta.

Dengan perbuatan jijik, kurang ajar dan biadap mereka yang berterusan memusuhi kontinjen dari Malaysia, nyata tahap mentaliti sebahagian besar rakyat Indonesia masih terlalu rendah dan hampir setaraf dengan tingkah-laku sekumpulan beruk dan monyet yang hidup didalam hutan belantara.

Tanpa mereka fahami bahawa penganjuran sukan samada secara tahunan, dwi-tahunan mahupun tri-tahunan dan sebagainya yang diadakan oleh mana-mana negara tujuannya adalah murni iaitu untuk mengeratkan hubungan antara rakyat sesebuah negara dengan rakyat negara peserta yang lain dan begitu juga antara sesebuah negara dengan negara yang lain.

Meneriak dan menjerit ke arah atlit-atlit negara tetamu ketika mereka sedang beraksi di dalam gelanggang sukan dengan perkataan yang sungguh mengaibkan adalah satu perbuatan yang sungguh tidak bertamadun sama sekali malahan kelakuan yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Indonesia sepanjang berlangsungnya Sukan SEA ke-26 terutama sekali apabila melibatkan kontinjen Malaysia menunjukkan cara berpikir mereka yang ke terkebelakang dan tidak berpikiran terbuka.

Sebagai sebuah negara tuan rumah untuk acara sukan yang berprestij seperti Sukan SEA, rakyat Indonesia sepatutnya melayan semua para atlit tanpa mengira mereka mewakili negara mana dengan layanan seadanya dan mengenepikan buat seketika apa jua sengketa yang pernah terjadi antara mereka dengan negara peserta khusunya Malaysia yang seringkali dicemburui oleh segelintir dari kalangan mereka.

Dengan kesediaan untuk menanam semangat kesukanan yang tinggi pada diri mereka selaku rakyat Indonesia adalah sesuatu yang bukan mustahil bahawa mereka boleh menerima kehadiran seluruh atlit yang mewakili pasukan Malaysia tanpa menaruh perasaan curiga yang penuh dengan syak-wasangka yang melampau dan sekiranya mereka boleh lakukan sedemikian maka kemenangan mereka sebagai juara sukan SEA ke-26 kelak akan menjadi jauh lebih bermakna dari kilauan pingat emas yang mereka perolehi.

Tetapi sayang sekali, oleh kerana sikap mereka yang masih terus mahu "berperang" dengan Malaysia telah menjadikan apa jua pingat yang mereka kutip, tanpa mengira emas, perak ataupun gangsa tidak memberi sebarang erti kepada negara Republik Indonesia. Walau satu kapal sekalipun pingat emas yang berjaya mereka kumpul, jika sikap yang suka bermusuhan tanpa mengenal batas waktu itu tidak mereka buang dari jiwa masing-masing maka ianya tetap tidak akan ada lagi nilai yang harus dibanggakan.

4 ulasan:

PUTRA CHUBADAK berkata...

Seluruh rakyat Malaysia seharusnya memandang serius terhadap sikap sebahagian besar rakyat Indonesia yang mempunyai mentaliti kelas bawah atau tidak keterlaluan dikatakan tidak ada kelas langsung.

Bendera Kita diperlekeh! Lagu Kebangsaan kita dihina, Malaysia di gelar sebagai maling (pencuri), mereka masih mengekalkan slogan "ganyang Malaysia" iaitu slogan bekas pemimpin pertama Indonesia yang tumbang kerana dipengaruhi PKI (Parti Komunis Indonesi), pasukan boleh sepak kita terpaksa menaiki kereta kebal demi keselamatan mereka. Tidak terlarat kita nak senaraikan "perbuatan biadap" rakyat negara jiran kita tu. Apa kata selepas ini kita "boikot" saja apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Indonesia. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Jangan pedulikan mereka. Lepas itu sama-sama kita tengok apa akan jadi negara mereka.

hilbert berkata...

Terima ksaih bro P/C,

kita semua rakyat Malaysia memang sangat kesal yg teramat sangat dengan sambutan rakyat Indonesia terhadap rombongan pasukan Malaysia setiap kali berkunjung ke negara mereka, tidak sah rasanya bagi mereka kalau tidak menghina rakyat dan negara kita.

Rakyat Indonesia memang tidak bertamadun dari segi budaya dan adat. Mereka masih jauh ketinggalan dari segi untuk mentransformasi diri. Tidak berubah malahan terus kekal dengan cara lima abad yang lalu. Memalukan!!!

ahlee berkata...

tapi BIBIK aku masih MEMBUTUHKAN aku dong ?bagaimana yaaa?

hilbert berkata...

bro Ahlee'
kalau kita memang tidak kisah sebab kita mampu membezakan sesuatu keadaan itu tetapi kebanyakan rakyat Indonesia melihat semua perkara hanya dalam satu konteks,,,contohnya dalam negara mereka menganjurkan temasya sukan,,,mereka tetap tak bisa membedakan masalah sempadan dengan misi merebut pingat emas...

bro Bujang Senang,
harap rakyat Indonesia berubah kepada yang jauh lebih baik selepas ini...kita tak melihat mereka terus memusuhi Malaysia

Arkib Blog