Cerita kononnya Iraq menyimpan senjata pemusnah itu hendaklah diolah sebaik mungkin supaya mampu mempengaruhi masyarakat dunia untuk mempercayai cerita palsu yang mereka buat. Dakyah Barat dan Amerika Syarikat akhir menjadi apabila semakin ramai pula pemimpin dari kalangan negara-negara Islam sendiri yang sudah terpengaruh dengan fitnah jahat pihak Barat itu terhadap kerajaan Saddam dan mula memberi sokongan padu pula kepada Amerika Syarikat dan sekutunya seperti British dan lain-lain negara Eropah untuk menyerang Iraq.
Namun apa yang boleh kita lihat setakat hari ini ialah pihak Barat terutama sekali Amerika Syarikat langsung tidak mampu mengemukakan sebarang bukti berhubung dakwaan mereka itu terhadap Iraq sehinggalah saat Saddam Hussein menemui ajalnya ditali gantung, tiada satupun walau sekecil kuman senjata pemusnah Iraq sebagaimana yang didakwa oleh pentadbiran Presiden Bush berjaya diketengahkan bagi menguatkan lagi dakwaan mereka itu.
Matlamat sebenar serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Britain terhadap Iraq dulu nyata bukan kerana kerajaan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah sepertimana yang mereka dakwa tetapi bertujuan untuk melumpuhkan sama sekali kuasa negara Islam itu yang mereka lihat sebagai penghalang besar kepada kemaraan tentera rejim Zionis untuk terus menceroboh dan merampas sebanyak mungkin kawasan di dalam wilayah Palestine bagi dijadikan sebagai wilayah milik Israel yang baru.
Bagi Amerika Syarikat dan pihak Barat, selagi kerajaan Saddam Hussein dibiar teguh berdiri sebagai sebuah kerajaan di Iraq maka selagi itulah niatnya untuk membantu pihak Israel dalam memperluaskan lagi kawasan taklukan mereka di bumi Palestine gagal untuk dilaksanakan sepenuhnya, jadi pihak Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat pimpinan George W. Bush tiada pilihan lain kecuali menyerang Iraq walau dengan apa cara sekalipun dan atas apa juapun alasan, perang ke atas Iraq perlu dimulakan.
Sesudah berjaya menumbangkan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dan diganti pula dengan kerajaan boneka yang dipimpin oleh Perdana Menteri Nouri al-Maliki, pihak Barat terus berusaha untuk menghuru-harakan sebanyak mana negara-negara Islam di muka bumi ini. Selepas menuduh kerajaan Saddam Hussein dengan cerita karut mereka, pihak Barat dan Amerika Syarikat sekali lagi tampil dengan dakwaan seterusnya kononnya wujud sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Al-Qaeda dan diketuai oleh seorang individu Islam bernama Osama Ben Laden.
Walhal orang yang dikatakan sebagai Osama bin Laden yang dituduh bertanggungjawab atas kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) dalam serangan oleh dua buah pesawat tanpa juruterbang sebenarnya tidak pernah sekalipun wujud di atas muka bumi ini cuma ianya sengaja diwar-warkan oleh pihak Amerika Syarikat ke seluruh pelusuk dunia dengan tujuan untuk digunakan sebagai pembuka jalan yang lebih luas bagi memudahkan tentera mereka masuk dan seterusnya menceroboh di mana-mana sahaja wilayah dalam negara Islam yang hendak diperangi.
Watak Osama bin Laden sengaja dicipta oleh Amerika Syarikat bertujuan bagi digunakan sebagai alasan mudah untuk membolehkan pihak Barat terus mengukuhkan kedudukan ataupun pangkalan tentera mereka di Asia Barat khususnya di tengah negara Afghanistan. Tanpa sebarang alasan yang kukuh adalah amat sukar bagi Amerika Syarikat untuk terus kekal bertapak di tengah-tengah bumi Islam seperti Pakistan dan juga Afghanistan namun dengan ikhtiar sehingga berjaya memperbodoh-bodoh para pemimpin negara Islam lain yang percaya bulat-bulat tentang kewujudan Osama bin Laden maka segala perancangan jahat pihak Barat untuk memerangkap mana-mana negara Islam yang menjadi sasaran mereka akan menjadi sangat mudah dan lancar.
Contohnya Tunisia, Mesir, Lybia, Syria dan beberapa buah negara Islam lainnya. Lihat bagaimana mudahnya pihak Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat berjaya memperdayakan banyak negara Islam lain supaya sama-sama bersubahat dengan Barat untuk memberi tekanan demi tekanan ke atas negara-negara Islam tersebut yang sepatutnya mendapat sokongan daripada negara Islam yang sama duduk di dalam satu pertubuhan iaitu Pertubuhan Negara Islam (OIC). Selepas Iraq, Tunisia, Mesir dan Lybia, kita boleh saksikan sendiri bagaimana negara sesama negara Islam di Asia Barat terus melakukan tekanan demi tekanan ke atas negara sahabat sendiri semuanya dilakukan menurut apa yang dikehendaki oleh kuasa Barat dan Amerika Syarikat.
Setelah buku kisah dan sandiwara ciptaan Amerika Syarikat mengenai Osama bin Laden ditutup sebaik saja watak Osama dimatikan apabila dikatakan telah maut ditembak oleh tentera bersekutu antara sempadan Pakistan dengan Afghanistan dan mayat Osama kononnya telahpun dibuang ke dalam lautan maka kini muncul pula satu lagi watak baru ciptaan Barat, iaitu Sirajuddin Haqqani lengkap lagi dengan kumpulannya yang dinamakan sebagai Kumpulan Haqqani, sebuah kumpulan pengganas kononnya.
Mengikut fakta yang direka oleh pihak Barat, Sirajuddin Haqqani kononnya adalah merupakan anak kepada Jalaluddin Haqqani itu pengasas kepada kumpulan pejuang Mujahidin di Afghanistan. Namun apa yang wajar dan harus kita ambil tahu selepas ini ialah negara manakah yang seterus akan menjadi sasaran pihak Amerika Syarikat dengan menggunakan watak Sirajuddin Haqqani sebagai senjata utama atau "lesen" bagi membolehkan mereka menyerang sesebuah negara Islam seterusnya berbekalkan restu daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
Adakah negara Syria, negara Yamen, ataupun Republik Iran?
Apakah Sirajuddin Haqqani itu benar-benar wujud atau adakah itu merupakan satu watak baru serupa dengan watak Osama bin Laden yang sengaja dicipta oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di Barat bagi membolehkan mereka terus menceroboh mana-mana negara Islam yang tidak disenangi oleh mereka ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan