Para pengundi di dalam kawasan Parlimen P.213 Mukah tidak sepatutnya terus dikelirukan dengan isu siapa calon yang layak dan bakal diketengahkan pada Pilihan Umum ke-13 nanti bagi kawasan berkenaan kerana jika pihak atasan dalam BN Sarawak khususnya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) benar-benar masih mahu berpegang kepada prinsip mensejahtera dan mendahulukan rakyat maka mereka tidak perlulah untuk memaksa rakyat Mukah agar menerima calon yang pihak mereka pilih walhal dalam masa yang sama rakyat Mukah sendiri mahukan calon tempatan yang berwibawa, rajin, cergas dan peka terhadap kehendak penduduk setempat.
Rakyat Mukah juga tidak seharusnya dipaksa agar terus terpesona dengan bakal calon biarpun calon tersebut datang dari keturunan Bangsawan seperti yang semakin kerap didendangkan oleh pihak-pihak berkepentingan di Mukah sejak kebelakangan ini kerana kepimpinan yang berkesan tidak mungkin boleh diwarisi walaupun ramai yang beranggapan sekiranya orang tua mereka seorang pemimpin yang hebat maka anaknya juga pasti hebat sama seperti ibubapa mereka. Itu andaian yang sangat silap dan kita boleh buktikan bahawa tidak semua mereka yang lahir dari keluarga pemimpin yang kita amat banggakan akan mengalir pula didalam tubuh anak mereka semangat yang serupa dan jika adapun jumlahnya adalah sangat sedikit.
Saya mahu membicarakan mengenai cakap-cakap rakyat Mukah yang semakin kedengaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini tentang wakil rakyat sedia ada dan juga tentang individu yang bakal dicalonkan bagi menggantikan Ahli Parlimen sekarang. Baru sekarang mereka berani mempersoalkan prestasi YB Datuk Dr Muhammad Leo Toyad yang nyata lembab, kenapa tidak sejak dari dulu?
Kalau dari dulu lagi kan ke bagus, sekurang-kurangnya tidak perlulah bagi kita hendak menunggu sehingga Pehin Sri Taib Mahmud berpindah dari DUN Asajaya ke DUN Balingian untuk melihat segala bentuk pembangunan di Mukah dapat direalisasikan, kita awal-awal tolak Dr Muhammad Leo dan pilih orang yang jauh lebih berwibawa untuk menjadi Anggota Parlimen di sana sebagai wakil kita pada peringkat persekutuan, sudah tentulah pembangunan pesat jauh lebih awal sudah kita nikmati di Bahagian Mukah dan bukannya baru sekarang itupun setelah Pehin Sri Taib dipilih sebagai ADUN Balingian.
Pembangunan pesat yang boleh kalian lihat sedang berlaku di bahagian Mukah sekarang ini sebenar dibawa oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan bukannya usaha yang dibawa oleh Dr Muhammad Leo Toyad, harap tidak ramai yang keliru dengan perkara itu. Jambatan Kuning yang merentasi Sungai Mukah sebagai saksi, ianya hanya berjaya dilaksanakan sebaik sahaja Pehin Sri Taib berpindah ke DUN Balingian awal tahun 2001 dulu. Itu baru projek Jambatan, banyak lagi projek lain yang Dr Muhammad Leo gagal bawa untuk rakyat Mukah selama beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen di situ yang orang luar tidak ketahui.
Tentu sekali ramai yang akan bertanya, kalau begitu kenapa juga rakyat di Mukah masih memilih beliau sebagai wakil mereka? Jawapannya mudah saja sebab rakyat masih yakin dan percaya dengan kerajaan Barisan Nasional dan sayangkan parti PBB, biarpun siapa calon parti yang diletak untuk bertanding di kawasan tersebut, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa juga memilih beliau tetapi sekiranya mereka diberi peluang awal seperti diadakan pungutan suara samada mahu beliau dicalonkan sebagai wakil atau memilih orang lain maka sudah tentu rakyat Mukah mahu supaya pemimpin atasan dalam PBB jangan meletak Dr Muhammad Leo sebagai calon dan mesti letak muka baru.
Dan begitu jugalah dengan perkembangan terbaru yang berlaku khususnya di Parlimen Mukah sekarang apabila ada ura-ura yang timbul seolah-olah sengaja dibuat oleh pihak tertentu di Mukah yang mahukan agar anak sulung kepada Pehin Sri Taib iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir dipilih sebagai calon BN di kawasan Mukah dan sekiranya ini dibenarkan berlaku oleh pemimpin tertinggi BN atau PBB bermakna tiada apa-apa bezanya bagi rakyat Mukah samada Dr Muhammad Leo mahu berundur atau mahu bertanding semula kerana keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Mahmud sebagai calon Parlimen Mukah tidak ubah seperti mahukan rakyat di Mukah agar terus kekal dibawah suasana kepimpinan wakil rakyat terdahulu yang longlai dan lesu.
Masyarakat umum di negara ini bukan setakat di Sarawak saja memang sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Datuk Seri Mahmud seperti juga Dr Muhamad Leo mempunyai latar belakang hidup berkeluarga yang ada masalah dan apakah harapan akan diletakkan untuk sekali lagi ke atas rakyat di Mukah agar tetap mengundi wakil rakyat yang telah ditentukan oleh pihak atasan parti walaupun sebenarnya tidak menepati kehendak mereka? Sepertimana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa rakyat di Mukah tidak seharusnya disajikan dengan kehebatan seseorang calon hanya berdasarkan kepada kehebatan orang tuanya kerana itu semua bukannya boleh diwarisi dan ianya pasti tidak akan menjanjikan keupayaan bagi beliau untuk membela nasib rakyat serta membangunkan kawasan yang diwakilinya setelah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat nanti.
Oleh itu, jika pucuk pimpinan BN Sarawak mahupun PBB benar-benar mahu melihat supaya kawasan Parlimen Mukah terus maju serta membangun seiring dengan kawasan Parlimen yang lain di negara ini maka apa salahnya untuk pemimpin tertinggi ini berkorban kebanggaan yang ada pada mereka itu dengan membuka peluang kepada calon yang berkelayakan, yang berupaya untuk membangunkan kawasan dan apa yang sangat penting adalah orang tersebut memang telah terbukti mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dalam memajukan kawasan yang diwakilinya.
Dengan pengalaman luas yang dimilikinya selama beberapa penggal sebagai ADUN N.50 Dalat selain itu juga telah lama berkhidmat sebagai sebahagian daripada ahli pentadbiran di dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak dan tentu beliau sudah arif tentang selok-belok perjalanan jentera kerajaan negeri, maka itu saya pasti YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah telah memenuhi kriteria untuk membolehkan beliau dipilih sebagai calon yang terbaik untuk menyandang kerusi Parlimen P.213 Mukah pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak bagi menggantikan tempat YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.
Dan apa yang tidak kurang pentingnya juga ialah keutamaan harus diberikan kepada anak tempatan sendiri untuk dipilih bagi mewakili BN di Parlimen Mukah bukannya memberikan laluan kepada mereka yang tidak memahami kehendak dan budaya hidup masyarakat setempat menjadi wakil mereka walaupun memang asal-usulnya berasal dari kawasan berkenaan. Harap pucuk pimpinan BN Negeri Sarawak dan BN Pusat meletakkan calon yang terbaik bagi mewakili rakyat di kawasan Parlimen Mukah nanti. Amin!!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, November 14, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
Ok, terima kasih..
tak de masalah bro,,, :)
pemimpin yang baik utk kerajaan yg baik. Semoga rakyat dapat berfikir apa yg kerajaan tlh berikan selama ni
Betul bro,
tapi kalu pemimpin yg kurang baik dipilih untuk berkhidmat dengan kerajaan yg baik timbul masalah jua...
harap tidak jemu dalam memberi penerangan kepada rakyat tentang dasar2 baru kerajaan..bukan sekadar memberi pembangunan semata-mata sebab itu belum lengkap..fahamkan rakyat sebaik yg mungkin,,
Catat Ulasan