Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Ogos 25, 2011

Program 6P: Zuraida bakal jadi "Perempuan PKR terakhir..." ?

Kata orang dulu-dulu... 'kerna pulut santan binasa, kerana mulut badan merana'...

Gara-gara tuduhannya yang tidak berasas sama sekali mengenai Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) atau Program 6P yang diperkenalkan oleh kerajaan, kini Ahli Parlimen Ampang Selangor Zuraida Kamaruddin sedang berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri.

Zuraida menuduh bahawa program berkenaan sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi bagi pilihanraya akan datang. Ekoran tuduhan itu, KDN kononnya telah memulakan proses untuk menyaman Zuraida dan laporan polis oleh KDN mengenainya juga kononnya akan dibuat. Sementara Jabatan Imigresen Selangor telahpun membuat laporan polis berhubung tuduhan Zuraida itu.

Memang patut sangat tindakan tegas dan berat di ambil ke atas Zuraida kerana tuduhan beliau itu tidak berasas malahan akan memberi akibat yang amat buruk sekali kepada maruah kerajaan serta Malaysia. Mana-mana kerajaan sekalipun di dunia ini pasti tidak mahu negaranya dilabel sebagai negara penyeludup manusia. Tuduhan itu memang sangat teruk.

Nampaknya hayat politik Zuraida akan berakhir tak lama lagilah. Sama macam nasib politik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, sama-sama akan menghitung hari nak kemas barang. Namun semua itu bergantung penuh kepada tindakan "YANG BERHORMAT DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN," jika beliau tegas dan berani maka akan kenalah keduanya tetapi kalau Menteri Dalam Negeri tu buat amalan biasa dengan memberi "AMARAN DEMI AMARAN" maknanya tak apa-apalah tu dan sesiapa saja selepas ini akan bebas untuk bercakap apa saja.

Tiada ulasan:

Arkib Blog