Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Ogos 25, 2011

Adakah Teoh Beng Hock akan hidup semula ?

KUALA LUMPUR 24 Ogos 2011 - Keluarga Teoh Beng Hock memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan dalam laporan Suruhajaya Menyiasat Kematian bekas Setiausaha Exco Selangor itu yang dikeluarkan pada 15 Jun lalu.

Permohonan itu difailkan oleh adik lelaki mendiang, Teoh Meng Kee, 35, menerusi firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & co. di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pemohon menamakan Pengerusi dan empat panel Suruhanjaya siasatan tersebut sebagai responden-responden - Utusan Malaysia.

KOMEN: Sudah berapa banyak sudah wang negara telah digunakan dalam proses menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock dengan tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja atas persetujuan kerajaan, namun semua itu seperti langsung tidak dihargai oleh keluarga mendiang.

Nampaknya mereka masih enggan untuk menerima keputusan oleh pihak Suruhanjaya berkenaan yang berpendapat bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan dan bukannya terlibat didalam kes pembunuhan yang membabitkan pihak lain.

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock bukan saja tidak mahu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya, malah mereka semakin keterlaluan apabila mahu lagi mencabar Pengerusi serta empat panel suruhanjaya berkenaan. Apakah yang mereka harap dari tindakan keterlaluan seperti itu? Mahu menuduh siapa yang bertanggungjawab berhubung dengan kematian Teoh Beng Hock?

Apakah dengan menuduh orang yang tertentu terlibat didalam kes kematian Teoh Beng Hock maka mendiang boleh bangkit semula dari kematiannya sedangkan tindakan menuduh orang lain secara sembarangan tanpa sebarang bukti adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak adil?

Tiada ulasan:

Arkib Blog