Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mac 17, 2011

PAS kongsi dengan DAP guna Al Kitab yang sama untuk beribadat ?

PAS dulu lain sekarang lagi lain. Jika dulu PAS pernah kata untuk memerintah sesebuah negara adalah 'haram' hukumnya untuk berkerjasama dengan orang-orang kafir dan menurut PAS lagi sekira ada mana-mana orang-orang Islam yang masih berbuat demikian maka orang-orang tersebut telahpun dengan sendirinya menjadi haram dan kafir.

Itu dulu. Tetapi sekarang PAS tak lagi berkata begitu sebab sejak menerima pelukkan maut daripada DAP yang takkan berubah dasar parti mereka untuk selamanya, PAS yang ternyata sudah jauh hanyut dan khayal dengan permainan politik PKR dan DAP sentiasa menari mengikut rentak irama yang dimainkan oleh kedua-dua sahabatnya itu.

Buktinya ialah dalam isu Al Kitab(Perjanjian Lama & Perjanjian Baru) yang kembali hangat sejak beberapa hari yang lalu apabila DAP dan MCA yang sengaja menimbulkannya di saat negeri Sarawak yang kebanyakkan rakyatnya adalah beragama Kristian sedang bersiap-sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum negeri awal April ini dimana PAS sering dilihat mengiyakan apa saja perkara yang dibuat oleh DAP berkenaan dengan isu Al Kitab dalam bahasa Melayu.

Sepatutnya PAS sepertimana seluruh rakyat Malaysia telah sedia maklum adalah sebuah parti yang bertunjangkan kepada ajaran agama Islam sebagai dasar perjuangan parti mempertahankan Kitab Suci Al Quran serta segala ajaran yang ada di dalamnya daripada sebarang cubaan untuk mencemar atau merosakkannya dan bukan memperjuangkan Al Kitab berbahasa Melayu yang pada masa itu masih berada di dalam simpanan pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

5 ulasan:

Zakir berkata...

Kenyataan dalam Utusan Malaysia menggunakan istilah INJIL merujuk kepada Bible sungguh mengelirukan. Pada waktu umat Islam wajib beriman kepada 4 kitab yang diturunkan Allah dari langit (agama samawi) iaitu Injil, Taurat, Zabur dan Al-Quran, pada zaman ini, hanya Al-Quran sahaja yang benar2 asli dan dijamin Allah akan terpelihara daripada diseleweng hingga kiamat. Justeru, tidak ada lagi kitab2 yang tiga itu lagi selain Al-Quran, termasuklah Injil. Penggunaan istilah Injil ini bukan sahaja mengelirukan penganut Islam (dan sudah tentu akan digunakan oleh missionaris Kristian untuk dijadikan senjata dalam dakwah mereka kepada umat Islam yang kurang faham/lemah iman) malah ia juga mengundang kekeliruan kepada pengabut Kristian itu sendiri kerana Bible adalah BUKAN kitab injil. Satu lagi, bila membaca tulisan YB Zul Nordin berkenaan peristilahan yang dilarang dari diguna oleh orang2 bukan Islam seperti Allah, nabi, solat, rasul dan seumpamanya, apakah pembebasan 35000 naskah bible dari pelabuhan kelang tu telah dipastikan mematuhi garis panduan peristilahan itu? Dan apakah kita boleh pastikan Bible yang dibenarkan diedar itu betul2 diedarkan kepada hanya penganut2 Kristian sahaja? Hmm...atas kertas memang senang untuk dirangka dan ditulis, tetapi pelaksanaan dan implementasinya bagaimana? Janganlah sampai Allah benar2 turunkan bala ke atas tanahair kita yang tercinta ini dek kerana kelalaian kita sendiri melindungi agama Islam yang suci. Bila bala diturunkan, semua orang akan kena, yang jahat mahupun yang baik. Pada ketika itu, semua orang akan terjaga dari leka dan mula menyesal. Tapi sudah terlambat... Moga Allah selamatkan akidah umat Islam tanahair daripada terlarut bersama2 fitnah dunia akhir zaman. Di manakah perginya suara pemimpian agama? Aduh...pedihnya mengenangkan nasib umat sebangsa seagama...

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..PASNGOK BERPOLITIK IKUT MUSIM BROO. BAK KATA PEPATAH BIAR MATI AKIDAH, JGN MATI BERANGAN SEBELUM KE PUTRAJAYA KEHKEHKEH

hilbert berkata...

Zakir,

saya juga sependapat dengan anda dan saya setuju dengan apa yang anda huraikan...terlalu banyak sudah perubahan demi perubahan telah dilakukan oleh tangan2 ghaib terhadap isi kandungan Injil cuma masih ramai penganut Kristian sendiri yang tidak menyedarinya.

Salam bro Jeff,
begitulah perjalanan PAS akhirnya bro...mereka seolah-olah tiada pilihan lain lagi walhal ruang untuk PAS kembali ke pangkal jalan masih terbentang luas didepan mata..namun sayang seribu kali sayang..ruang itu PAS tidak mahu mendekatinya...

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Itu semua peluru untuk Puak Pembangkang mainkan dalam kempen PRU 13 nanti. Jadi UMNO/BN kenalah sediakan perisai untuk menangkis dakyat puak pembangkang ni.

hilbert berkata...

ye bro Ajai, salam..

itulah pakatan, tiada isu mereka cari isu,,tak kira perkara tu sensitif ke tak janji akan menguntung pakatan mereka

Arkib Blog