Sabtu lepas peguam yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian telah mencabar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk berdebat dengan beliau berkenaan isu tanah Hak Adat Bumipuntera (NCR) dimana saja tempat dan bila-bila masa sahaja.
Dalam pada itu Baruk Bian juga telah mendakwa bahawa kerajaan Sarawak pimpinan Pehin Sri Taib juga telah menipu rakyat negeri ini berhubung isu NCR dan dakwa Baruk Bian berdasarkan kepada maklumat PKR tanah NCR di Sarawak adalah seluas 4.5 juta hektar dan jauh lebih luas dari apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan Sarawak iaitu hanya mempunyai keluasan 1.5 juta hektar.
Katanya lagi bahawa NCR bukan saja melibatkan tanah yang diterokai sebelum Malaysia atau Temuda tetapi ia termasuk tanah hutan simpanan masyarakat dan oleh itulah beliau tanpa usul periksa telah mendakwa bahawa jumlah keluasan tanah NCR yang dikatakan oleh kerajaan BN seluas 1.5 juta hektar adalah salah dan tidak tepat.
Baruk Bian sehubungan itu telah mencadangkan agar debat itu nanti akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan di hadapan pemilik tanah NCR terutamanya di peringkat kampung.
Semasa di Bintulu, Pehin Sri Taib yang langsung tidak berminat dengan cabaran itu sebaliknya telah mencabar Baruk Bian agar mengemukakan bukti kukuh jika dakwaannya itu benar yang tanah NCR adalah berkeluasan 4.5 juta hektar dan bukannya 1.5 juta hektar. Baruk Bian dicabar untuk membuktikan terlebih dahulu kepada rakyat Sarawak dimana terletaknya 3 juta hektar lagi tanah NCR yang selebihnya sepertimana yang telah dituduh beliau disembunyikan oleh kerajaan Sarawak daripada pengetahuan umum.
Yang pelik dan menjadi persoalannya ialah, bila pula masanya pihak PKR pergi masuk ke dalam hutan seluruh negeri Sarawak untuk menyukat tanah-tanah rakyat yang belum lagi mempunyai surat hak pemilikan yang sah? Kaedah yang bagaimanakah yang telah digunakan oleh pihak PKR untuk menyukat kawasan hutan yang kononnya dikatakan sebagai tanah NCR itu? Adakah PKR ada mempunyai Jabatan Tanah dan Ukur mereka sendiri?
Darimana pula pihak PKR khususnya Baruk Bian mendapatkan maklumat yang begitu besar mengenai jumlah keseluruhan tanah NCR sebanyak 4.5 juta hektar itu? Kaedah yang bagaimanakah yang telah digunapakai oleh pihak Baruk Bian untuk mendapat sukatan yang tepat mengenai tanah NCR itu sekiranya memang benar tuduhan mereka bahawa sukatan oleh pihak kerajaan itu tidak betul dan salah? Adakah pihak Baruk Bian menggunakan sistem metrik? rantai? atau hanya berpandukan kepada sistem satelit sedia ada seperti Google Earh?
Saya bersetuju sangat dengan YAB Ketua Menteri bahawa sekarang hanya 3 peratus saja lagi rakyat Sarawak yang masih berdepan dengan masalah membabitkan isu tanah NCR dan tidak semuanya seperti yang didakwa oleh pihak Baruk Bian. Menurut Pehin Sri Taib, tindakan yang dilakukan oleh pihak Baruk Bian yang melaga-lagakan golongan 3% ini dengan pihak kerajaan negeri akan menjejaskan peluang kira-kira 97 peratus pemilik tanah NCR menikmati pembangunan tanah.
Sumber Utusan Borneo - Menurut Pehin Sri Taib, rakyat Sarawak yang ingin memajukan tanah NCR mereka sebagai ladang kelapa sawit diberi pilihan untuk menjalinkan usaha sama dengan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak(PELITA), Felda atau Felcra menerusi konsep Ladang Bumiputera yang baru diperkenalkan baru-baru inioleh kerajaan negeri Sarawak. Menurut Ketua Menteri lagi, tanah terbiar disebabkan kesukaran untuk dibangunkan kerana kekurangan modal dan pengetahuan pertanian dapat diatasi dengan konsep usaha sama pemilik NCR dan organisasi tertentu.
Ketua Menteri seterusnya menjelaskan, jika tanah NCR tidak dibangunkan secara komersial ia tidak memberi manfaat dan sekaligus tidak menyumbang terhadap usaha meningkatkan pendapatan rakyat. "Kalau demikian, Bumiputera di Sarawak hanya kaya tanah tetapi miskin pendapatan. Saya tidak izinkan keadaan ini berlaku," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan merangka formula baru pembangunan tanah agar situasi demikian tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan semakin ramai Bumiputera berada di bawah paras kemiskinan. Katanya jika masalah tanah tidak dibangunkan beterusan, semakin ramai belia akan berhijrah ke bandar apabila kawasan luar bandar tidak mampu memberi peluang pekerjaan.
Menurut Pehin Sri lagi, bermula 1981 dan tiga tahu seterusnya, berlaku penurunan daripada jumlah pertumbuhan sektor pertanian. Penurunan itu wujud apabila infrastruktur seperti jala raya tidak ada bagi memasarkan produk pertanian serta para petani masih menggunakan cara tradisional mengusahakan tanah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Februari 28, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
6 ulasan:
Bro hilbert,
itulah cara dia cari makan dengan membangkitkan isu.. kalau tidak, syarikat guamannya tidak ada punca pendapatan untuk survival.. bayangkan 30% daripada hasil tuntutan di mahkamah akan dicajkan kepada rakyat yg menggunakan perkhidmatan mereka. Yang untung bersih sebenarnya baru bian dan syarikatnya.. sebab itulah dia mencari byk cara untuk mempolitikkan isu tanah ncr.
heloo bro...
ini isu yang hangat..sauadara sendiri maklum apa sebenarnya terjadi di pulau bruit.seseorng yang bernama suib cuba mempengaruhi penghulu kpg tekajong untuk memusnahkan tanaman penduduk kampung yang telah ditanam selama hampir 10-20 tahun.apa yang menyedihkan semua itu dilakukan oleh orang pbb...amat memalukan.
saudara pun maklum sebagai blog pro kerajaan,aku sendiri dalam dilema apabila ada org pbb yang buat macam ni..aku harap saudara pun kena adil dalam menyampai mesej kepada rakyat sarawak supaya kita tidak menindas orang lain.
isu berlaku apabila tanaman yang cuba dimusnahkan ditanam diatas tanah rezab kampung dan adalah tidak adil penduduk yang menanam tidak dibayar apa-apa pampasan sekiranya tanah tersebut diperlukan untuk pembangunan.apabila diselidiki orang-orang pbb ini cuma hendak menanam jagung rupanya..saya rasa orang pbb ini pun tidak adil sebenarnya...sehingga sanggup dan cuba memusnahkan tanaman penduduk kampung dengan alasan yang tidak masuk akal!!!!
Slm Apai,
Baru Bian lubuk emas PKR hehe..dia seperti nadi PKR di Sarawak sebagai tempat menjana pendapatan untuk meneruskan hayat mereka belah timur Malaysia ni.
Melanau : saya kurang memahami apa isu yg berlaku di Tekajong tu, maksud saya apa yg sebenarnya berlaku.. orang PBB tipu rakyat dekat sana??? orang PBB tidak adil?? tanaman jagung?? ..harap jelas barulah kita boleh kupas lebih lanjut.. terima kasih atas komen.
saya memang menantikan debat pasal isu tanah NCR yang dirampas oleh pihak tertentu kerana tanah NCR dikampung saya iaitu Kampung Segenam.ini adalah luahan hati saya sebagai penduduk kampung.keluasan tanah temuda kampung saya yang telah di ambil oleh sebuah company yg adalah lebih 400 hektar untuk di tanam kelapa sawit...kalau semua tanah di ambil di mana penduduk kampung hendak cari makan,kalau nak makan gaji kat ladang swait cukup ke gaji itu...
Helo bro,
saya rasa apa yg Baruk Bian kata mungkin ada betul nya..adalah terlampau melesetnya mengatakan hanya 3% isu tanah NCR,sebagai contoh tanah NCR ditanjung manis:Hanya sebahagian sahaja yg di wartakan tanah NCR yang selebihnya adalah tanah kerajaan,bila pula kerajaaan ada tanah di tanjung manis?kalau mengikut seksyen 2(a)kanun tanah sarawah,tanah adat bumiputera tanah tanjung manis itu adalah kepunyaan rakyat tempatan seperti: penduduk kampung bayang,stalun,tusuk,ulubelawai,paloh,sarie,kerubong,rejang dan belawai.tetapi hanya separuh sahaja yg di bayar pampasan yg selebih nya diistiharkan tanah kerajaan.sepatut nya semua pendudk di beri pampasan kerana kawasan itu adalah pemakai menoa.disini kita lihat ada agenda tersembunyi dari PBB, saya sebagai penyokong PBB berasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan.
blog awak berat sebelah dan fakta yang betul awak salahkan manakala fakta yang salah awak katakan benar.
Catat Ulasan