Tidak menjadi satu kesalahan bagi rakyat yang mahu agar Barisan Nasional negeri Sarawak mengenengah atau menamakan bakal pemimpin yang akan menerajui pentadbiran negeri sebagai pengganti kepada pemimpin yang sedia ada sekarang dengan lebih awal atau sekurang-kurangnya sebelum pilihanraya negeri diadakan.
Rakyat Sarawak berhak untuk mengetahui siapa mereka yang akan menjadi pemimpin untuk masa depan di Bumi Kenyalang ini. Dan rakyat Sarawak juga harus diyakini dengan mereka yang bakal membarisi kepimpinan negeri pada masa yang akan datang supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri Sarawak akan bertambah kukuh dan kuat.
Anggaplah dengan menyenarai nama pewaris pemerintahan untuk negeri Sarawak itu nanti dengan lebih awal merupakan sebahagian daripada kempen untuk terus meyakinkan rakyat Sarawak keseluruhannya bahawa Barisan Nasional negeri memiliki ramai pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan sebagainya untuk memimpin rakyat di Bumi Kenyalang ini.
Rakyat Sarawak pada era ini tidaklah boleh lagi dilihat hanya boleh dihidang dengan janji-janji projek yang berbagai-bagai biarpun memang benar kebanyakkan daripada projek-projek yang pernah dijanjikan telah lama ditunai kepada rakyat tetapi seperkara lagi yang mesti pemimpin atasan BN Sarawak mahu ambil berat ialah soal siapa pemimpin BN negeri yang akan mengganti tempat sebagai Ketua Menteri sekiranya YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bersara kelak.
Penting sangat bagi rakyat negeri Sarawak ini untuk mengenali siapakah yang akan dipilih untuk memimpin mereka dan berharap individu yang terpilih sebagai pengganti kepada Pehin Sri nanti bolehlah membuat persediaan lebih awal dan mampu menyesuaikan diri sebagai pemimpin nombor satu negeri dan setelah telah terdedah kepada selok-belok cara mengurus kerajaan negeri maka sudah tentulah apabila sudah berkuasa sebagai Ketua Menteri, segalanya dapat diurus dengan berkesan, licin dan lancar
Saya bukan bermaksud untuk turut mendesak agar Pehin Sri Taib segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi bagi saya adalah lebih baik sekiranya mulai dari sekarang bakal pengganti beliau diumumkan sebelum berlakunya pilihanraya yang akan datang. Harus difahamkan juga bahawa kini rakyat Sarawak tidaklah semuanya terlalu melihat kepada pembangunan yang telah dibuat tetapi rakyat lebih kepada ingin tahu siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas Pehin Sri Taib.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Februari 26, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
4 ulasan:
"....Saya bukan bermaksud untuk turut mendesak agar Pehin Sri Taib segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi bagi saya adalah lebih baik sekiranya mulai dari sekarang bakal pengganti beliau diumumkan sebelum berlakunya pilihanraya yang akan datang...."
wanredone: Parti tunjang kerajaan BN Sarawak ialah PBB.
President PBB: Pehin Sri Taib Mahmud
Timbalan President: Datuk Patinggi Alfred Jabu Anak Numpang.
Sekiranya Pehin Sri Taib melepaskan jawatan dalam PBB dan jawatan dalam kerajaan, Datuk Patinggi Alfred Jabu lah orangnya sebagai PENGGANTI! (Ini diakui oleh Tun Abdul Rahman Yakub).
Taib TIDAK boleh lantik Abg Jo atau mereka yang JUNIOR dari Datuk Patinggi Jabu sebagai pengganti, kerana ini akan menidakkan kepimpinan kaum Iban dari faction Pesaka dalam PBB!
Saya amat setuju dengan pandangan penulis, supaya perlantikan Datuk Patinggi Jabu sebagai pengganti kepada Pehin Taib, dapat disegeraka, sebelum PRN akan datang.
Katakan TIDAK pada JABU !!!
Dia bukan orang paling sesuai..banyak factor yg tidak membolehkan dia jd KM..umur sudah 70 tahun lebih... sama dgn Taib sendiri..
hilbert..... walaupun Jabu "bukan orang paling sesuai" untuk pengganti Taib, tapi hakikatnya, dialah Timbalan Presiden PBB sekarang! Kalau Taib melepas jawatannya sekarang, Jabu mesti NAIK!
Mahukah pihak Pesaka (mostly Iban) dalam PBB menerima Melayu/Melanau sahaja sebagai Presiden?
Whereas, mereka hanya "menumpang" sahaja dalam bahtera PBB?
Sekiranya OK perkara "tumpang-menumpang" ini pad orang Iban, Taib pasti sudah ada calonnya sendiri dari kalangan orang Melayu/Melanau yang berwibawa dan berpengelaman luas.
Tapi persoalannya, mahukah orang Iban menerima kepimpinan Melayu/Melanau lagi selepas Taib?
Jawapan hanya ada pada orang Iban sendiri!
dulupun KM Sarawak yg pertama dan kedua(lihat gambar sebelah artikel) adalah dari Iban juga..mereka telah diberi peluang utk mentadbir kerajaan negeri tapi malangnya apa yang diharap hanya disia-siakan sehingga banyaknya tanah2 kerajaan negeri pada masa itu yang terlepas ke tangan tauke2 kaya di negeri ini...kes sama juga sama berlaku di negeri Perak baru 2ini..membabitkan isu tanah juga.
Dibawah kepimpinan Taib, tanah tidak diserah sesuka hati kpd mereka yg tidak bertanggungjawab cuma akan diberi apabila ada bukti yang seseorang itu memang memerlukan tanah dan begitu juga kepada syarikat2 besar di negeri ini..mana2 yg mahu membuka perusahaan yg akan memberi faedah kepada rakyat dari segi peluang kerja maka kita boleh lihat kerajaan akan bersetuju memberi mereka tapak tanah yang diperlukan.
Dan maka dari situlah penilaian dibuat untuk memastikan 'baka' pemimpin harus dari kalangan mereka yang mempunyai jiwa kental dan waja..tidak mudah tunduk kepada desakan yang tidak berasas atau apa yang lebih penting ialah mempunyai prinsip perjuangan yang jelas..tidak mudah dipengaruhi.
Catat Ulasan