Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Ogos 15, 2010
Pulau Borneo milik semua kaum...
Cadangan yang telah dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Dayak Kebangsaan Sarawak(SDNU) Dr John Brian Anthony pada Forum Dayak Borneo di Kuching beberapa hari yang lepas supaya nama Pulau Borneo yang sebelum ini lebih dikenali melalui sejarah hitamnya dengan gelaran "Tanah Pemburu Kepala" ditukar kepada "Tanah Dayak" adalah sesuatu yang sangat tidak sama sekali wajar untuk diterima lagi pada masa ini.
Dr Brian seharus faham bahawa apapun tanggapan orang luar tentang penduduk serta negeri-negeri yang terdapat di Pulau Borneo ini semuanya mempunyai talian sejarah yang berkait diantara semua kaum yang menghuni pulau yang ketiga terbesar di dunia ini dan beliau tidak sepatutnya membangkitkan lagi isu-isu yang boleh melukakan semula perasaan kaum-kaum lain selain daripada kaum Dayak itu sendiri jika isu yang beliau timbulkan itu akan mendapat perhatian masyarakat beliau sendiri.
Saya selaku cucu kepada Datuk Patingan berpendapat walaupun berdasarkan kepada sejarahnya kami sepatutnya masih punya hutang yang harus ditagih namun demi kesejahteraan wilayah, keamanan negara serta keharmaonian kaum sebarang niat untuk mengungkitkan sejarah silam tidak patut lagi dilakukan dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha untuk melupakan sesuatu yang telah menjadi penghalang kepada usaha perpaduan serta keamanan dan keselamatan Malaysia, Indonesia juga Brunei Darusalam.
Dr Brian juga sepatutnya peka dan faham bahawa Pulau Borneo bukan saja dihuni oleh masyarakat Dayak, malah banyak bangsa lain telah menjadi sebahagian daripada penduduknya sejak beratus-ratus tahun yang lampau seperti bangsa Melayu, Melanau, Kedayan, Bugis, Bajau serta lain-lain lagi dan kumpulan ini telah membentuk satu masyarakat yang turut mendiami beberapa wilayah diserata Pulau Borneo iaitu kaum Melayu selain terdapat di Sarawak juga banyak tinggal sebagai rakyat Indonesia di Sambas dan Pontianak Kalimantan Indonesia begitu juga dengan kaum Kedayan yang ramai tinggal di Brunei Darusalam juga ada yang tinggal di Sarawak juga Kalimantan Indonesia.
Apa yang diharapkan ialah biarpun perkara yang dibawa oleh Dr Brian itu dilihat sebagai cuma satu cadangan namun untuk mengelak perkara lain akan berbangkit sama maka adalah lebih elok kita biarkan saja tanggapan orang lain tentang tanah Borneo dengan perkataan apapun kerana apa yang lebih penting ialah semuanya telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusalam dan tidak perlu rasanya bagi kita untuk tersinggung dengan gelaran seumpama itu kerana sejarah tetap sejarah dan kita generasi yang kemudian ini tidak akan mampu untuk mengubah sejarah lampau walau dengan apa usaha sekalipun dan jalan yang terbaik ialah biarkan saja ianya menjadi sejarahdan tak perlu untuk kita membuang masa memikirkan hal-hal yang telah berlalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
7 ulasan:
ada sahaja isu yang seolah olah cuba menggagalkan kedaulatan negara ini. semenanjung begitu juga. apa game politik yang mereka semua inginkan? mengapa tidak di jelaskan terus kepada kita?
Mengenang sejarah adalah berguna selagi pengajaran yang baik untuk pembinaan kehadapan masih menjadi fokus dituju.
Tetapi apabila ia tersasar dari nilai murni dan matlamat keharmonian semua kelumpuk; maka hendaklah diterima bahawa yang menjadi tempahan ialah musibah yang sukar dan parah.
Faham fahamlah.
Semoga rakyat sarawak berbilang kaum dan agama dapt mengekalkan hidup dalam perpaduan dan tidak terpedaya dan menjadi tunggangan oleh golongan 'cerdikawan' yang tidak puashati dan tidak punyai ketenangan jiwa.
Salam bro,
Apapun dimana-mana sahaja, orang berketurunan Cina yang menguasai "ekonomi" kita. Itupun mereka X mahu mengucapkan terimakasih bahkan seolah-olah kita ni semua nak dibuang ke laut...
Pandangan Dr tu mungkin ada benarnya tetapi telah terlewat...
Pertahankan lah apa yang ada, yang dah terlepas menangis air mata darahpun tak berguna...
Salam,
Pengundi Sabah dan Sarawak lebih liberal dalam soal isu agama dan rasis yang cuba bawa masuk oleh ahli politik dari Semenanjung. Pilihan raya lalu Sarawak menunjukkan bahawa 4 kawasan Parlimen yang undi majoritinya tidak melebihi 10 peratus. dan 6 kawasan ADUN yang undi majoriti kurang dari 500 undi. 7 juta pengundi golongan muda akan menjadi faktor penentu keputusan Calon BN atau Parti Pembangkang.62peratus pengundi masih duduk atas pagar dengan tidak memilih parti mana mereka harus sokong. Maka blogger-bloger Sarawak perlu berkerja keras. Jangan syok sendiri.
salam,
itulah permainan pembangkang yang hanya mementingkan keutamaan satu kaum bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata. Dr. Derhaka kepada mak bapak ini tidak akan dapat bergerak jauh dengan ideologi sempit, menyangka boleh mentadbir sebuah kerajaan negeri dengan hanya bergantung kepada undi daripada kaum dayak sahaja.
Salam,
GWM, itu semua percubaan baru pihak2 yg tidak bertanggungjawab untuk mengganggugat keharmonian kaum di Pulau Borneo terutmanya Sarawak..
CLJ, kita memang wajar menghargai semua sejarah yg berkaitan dengan negara kita tetapi bukan bermakna kita mahu membiarkan saja mereka yg tidak bertanggungjawab dari terus mempergunakan nilai2 sejarah itu untuk kepentingan agenda mereka semata-mata..
Alehkayong, ya bro...kita semua mengharapka sedemikian..
Salam ISAC, ya bro..benar juga tetapi kalau Dr tu hanya merujuk sejarah untuk tujuan meningkatkan lagi kesedaran tentang salasilah kaum2 tertentu maka ianya tidak menjadi masalah tetapi bila disertai dgn tuntutan tertentu makabunyinya sudah jadi lain..
Mohamad Roslan, ya..kami blogger Sarawak akan berusaha dan saya rasa tiada daripada kami yang syok sendiri mungkin salah faham !
Apai, itulah yng kita nak suarakan..kita dah selesa dgn keadaan hubungan antara kaum sedia ada di Sarawak masa ini dan kita semua tidak mahu timbul bermacam-macam masalah baru kerna banyaknya tuntutan itu ini..
Catat Ulasan