Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Jun 11, 2010

Hak Bumiputera dipertikai, hak mereka diperjuang !


Tulisan saya ini bukanlah bertujuan untuk menghasut atau cuba untuk membangkit rasa tidak senang kaum tertentu dinegara ini terhadap kaum Bumpiputera yang merupakan penduduk asal di Tanah Melayu dan juga sebahagian daripada kepulauan Borneo.

Apa yang cuba saya ingin sampaikan disini ialah ialah berkenaan dengan sikap serta kehendak sebenar sesetengah individu dari kalangan kaum yang asalnya bukanlah kaum peribumi di negara ini dan sejarah kedatangan mereka ke tanah gugusan Melayu memang sudah tercatit didalam lipatan sejarah dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Yang menarik untuk dikupas ialah mengenai tuntutan sesetengah oleh individu dari golongan kaum tersebut sejak kebelakangan ini yang dilihat semakin melampau dan bolehlah dikatakan sebagai satu usaha cuba untuk mengusik sesuatu yang telah termaktub didalam perlembagaan negara sebagaimana yang telah dipersetujui bersama sejak penubuhan Persekutuan Malaysia lagi.

Kita sebagai kaum Bumiputera semua tahu bagaimana sejak kebelakangan ini hak keistimewaan kita sebagai kaum peribumi di negara ini kerapkali cuba untuk dibangkitkan didalam mana-mana perjumpaan yang dianjurkan dengan tujuan supaya kita akan merasa terganggu dan sentiasa berada didalam keadaan yang cemas, gelisah, serba-salah dan tidak menentu.

Lihatlah sekiranya kaum Bumiputera bertindakbalas terhadap masalah yang dimulakan oleh puak-puak ini tentu sekali mereka ini akan membalasnya dengan berbagai-bagai tuntutan lagi, jelas sekali sejak kebelakangan ini mereka kuat mendesak agar apa saja yang dilihat memberi kelebihan kepada kaum Bumiputera hendaklah dimansuhkan ataupun dihapuskan terus.

Alasan mereka sangat mudah iaitu mahukan hak kesamarataan. Namun kaum ini langsung tidak mahu melihat bahawa kesamarataan yang sebenarnya tidak pernah wujudpun samasekali jika mahu disentuh terutamnya didalam bidang ekonomi antara kaum Bumiputera dengan kaum bukan Bumiputera di negara ini. Jurangnya sangat jauh.

Yang sangat pelik kita dapati ialah disebalik kesungguhan mereka untuk melihat hak keistimewaan kaum Bumiputera dinegara ini terhapus ialah terselindung satu perkara bersama mereka yaini kesungguhan yang serupa tetapi bersifat disebaliknya iaitu mahu hak mereka terus bertahan selain sentiasa menuntut sesuatu yang lain lagi agar menjadi hak mereka yang mana akhirnya kita akan dapat lihat betapa puak-puak ini akan terus menguasai ekonomi serta politik negara dikemudian hari.

Terpaksa kita untuk mengupas isu sebegini apabila ianya dilihat seakan-akan telah gagal untuk ditangani dengan berkesan oleh pihak kerajaan yang memerintah. Lazimnya apabila hak kaum mereka atau sesuatu yang ada pada kaum mereka apabila disebut, diulas ataupun disentuh maka bergegar satu dunia menuduh kaum Bumiputera sebagai bersifat perkauman dan bermacam-macam lagi dan ada yang sehingga dibawa ke muka pengadilan kononnya didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman walau ianya jelas berfaktakan sejarah negara.

Tetapi apabila puak-puak ini secara terang-terangan berbuat perkara yang sama malah lebih jauh lagi apabila sanggup untuk mempertikaikan perkara-perkara yang begitu besar serta yang begitu sensitif seperti hak-hak Sultan dan Raja, hak-hak kaum Bumiputera, perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, agensi-agensi penguatkuasa seperti polis, SPRM serta Institusi Kehakiman di negara ini...lambat tindakan diambil atau langsung tiada... jadi, kita lihat mereka terlalu istimewa dalam hal yang sama berbanding dengan kita. Mengapa???

3 ulasan:

OAFAAF berkata...

Apa kata kita (Bumiputera) desak supaya Artikel 14 Perlembagaan Negara diubah/dihapuskan supaya sipendatang yang masih hidup di muka bumi Tanah Melayu ini ditakrifkan semula kerakyatannya mengikut kerakyatan nenek moyang mereka yang mula2 datang ke mari?

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...STUJU DGN BRO OAF. PUAK2 NI BILA DH SENANG MULA NK PIJAK2 KEPALA KAUM BUMIPUTERA. MAKIN LAMA DIORANG MAKIN SRONOK SBB ADA PENGKHIANAT BUMIPUTERA TU SENDIRI YG TURUT MEMBANTU!..HARKK PTUIHHH!!! >:(

hilbert berkata...

Bro OAF,
andai dapat kita undurkan semula putaran dunia, maka sebaik-baiknya begitulah yang kita mahu agar setiap orang termasuklah mereka itu dapat melihat sejarah awal masing2.

Slm bro Jeffry,
puak2 ini jarang yang tahu erti bersyukur, kalau adapun cuma segelintir... entah apa dengan kerajaan kita, kuasa masih ada tapi macam lemah kalau sampai ke bab itu.

Arkib Blog