Terbaca kisah sedih dan pilu dua orang warga emas yang bergelar sebagai seorang bapa atau ayah apabila telah "dibuang" oleh anak kandung mereka sendiri ketika masing-masing sedang menerima rawatan di pusat perubatan, membuatkan saya terfikir serta tertanya-tanya, dimanakah silapnya sehingga berlaku perkara seperti ini, siapa yang salah... adakah salah ibu yang mengandung, adakah kesilapan dari didikan kedua ibubapa yang membesarkan anak atau juga adakah ianya terjadi akibat dari salah asuhan atau adakah tindakan anak-anak mereka sedemikian memang telah tersurat? Jawapannya tentu tidak pasti.
Kisah dua orang ayah yang "dibuang" oleh anak mereka sendiri berlaku di Perlis iaitu selang seminggu di antara satu sama lain dan ceritanya hampir sama dimana setelah si anak keduanya menghantar masing-masing mereka ke tempat biasa rawatan diperolehi dan sesudah itu apabila sessi rawatan sudah selesai tibalah masa untuk mereka balik ke rumah tetapi malangnya, tunggu punya tunggu...anak yang sepatutnya mengambil mereka balik tidak muncul-muncul sehingga memaksa kakitangan klinik membantu menghubungi si anak namun usaha itu juga gagal.
Apa yang yang telah berlaku di Perlis itu kini telah berlaku juga ke atas seorang ibu berusia 52 tahun berasal dari negeri Sarawak. Ibu tunggal warga emas itu, Tumi Wongsuruju dari Taman Duranda Emas, Jalan Serian-Kuching yang telah tiga tahun tidak pernah bertemu dengan anak perempuan kesayangannya yang berusia 33 tahun iatu sejak anaknya menghilangkan diri ke Semenanjung Malaysia, tidak mampu menahan rasa ingin bertemu dengan anaknya itu lalu berusaha sedaya upaya mengumpul wang bagi membiayai perbelanjaan beliau termasuk tambang kapal terbang untuk ke Semenanjung Malaysia.
Adalah difahamkan juga bahawa ibu malang ini terpaksa meminjam wang daripada saudara mara dia bagi tujuan itu dan setelah wang yang dikumpul cukup maka beliau tekad untuk bertolak ke Semenanjung. Setiba di Semenanjung beliau meminta bantuan orang-orang tertentu serta anggota-anggota polis dari Balai Polis Seri Kembangan di Selangor untuk menjejaki dimana anaknya berada.
Sangat malang sekali apabila dimana kedudukan anaknya telah berjaya dikesan hasil dari bantuan oleh pihak polis serta orang perseorangan, segala apa yang sangat diharapkan oleh ibu sebelum ini sungguh tidak terduga sama sekali apabila telah dihalau keluar dari rumah si anak dan yang paling menyedihkan apabila tergamak anaknya sendiri mengaku itu bukan ibu kandungnya serta mengaku tidak pernah mengenalinya dihadapan anggota polis yang ada bersama ketika itu.
Ibu malang ini terpaksa menelan dengan terpaksa apa yang telah terjadi ke atas beliau. Sedih dan kecewa teramat sangat di atas penolakan serta perbuatan biadap anak kesayangan beliau terhadap dirinya, ibu malang ini terpaksa akur serta menerima dengan hati terbuka akan saranan juga nasihat oleh anggota polis agar balik semula ke Sarawak. Dengan wang perbelanjaan serta wang tambang kapal terbang yang telah dihulurkan oleh anggota polis yang prihatin dengan nasib ibu malang ini, beliau kembali semula ke Sarawak dengan membawa satu kelukaan hati yang mungkin tidak akan terubat lagi.
Apa yang sangat menyentuh hati dan perasaan dari kisah duka ibu malang ini ialah, bagaimana anggota polis yang sebelum ini tidak kenal siapa, darimana asal dan sebagainya tentang ibu malang ini boleh tiba-tiba menjadi tempat bergantung kepada si ibu malang ini sedangkan dalam masa yang sama anak yang selama sembilan bulan berada dalam kandungannya dan setelah lahir, dibelai, dimanja, diberi segala kasih sayang, dibesar serta diberi dididikan sekolah sehingga pandai mengenali huruf-huruf dan angka telah bertindak lebih kejam dari seekor haiwan.
Jadi kepada ibubapa-ibubapa yang seandainya punya anak derhaka seperti ini, jangan "teragak-agak" untuk mendoakan sesuatu kepada anak-anak sedemikian demi untuk menyedarkan mereka tentang kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Kalau dulu, kisah 'Si Tanggang' yang telah di sumpah oleh ibunya menjadi "batu," tetapi jika boleh pada masa sekarang ini adalah lebih baik jika di sumpah saja anak-anak derhaka seperti itu supaya menjadi "mangkuk tandas" ataupun "tong sampah mudah alih," ada juga gunanya! ...biar anak-anak derhaka seperti itu terima akibatnya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Januari 22, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
memang sedih. tergamak mereka buat mcm tu pada ibu bapa sendiri..
itulah saudara Siddiq, anak-anak yang seperti itu tidak seharusnya ada tempat didalam masyarakat Malaysia dimana rakyat Malaysia yang selalu dikatakan menyeru kepada "budi bahasa budaya kita"...
Catat Ulasan