KUCHING: Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak telah melancarkan Kalendar Pelancongan Negeri 2010 yang menekankan 11 acara utama yang dijangka akan merancakkan lagi industri pelancongan Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, 11 acara terbabit merupakan daripada 39 acara utama dalam kalendar pelancongan negeri yang dikenal pasti sebagai acara yang bakal menjadi tarikan antarabangsa atau pelancong luar negara.
11 acara yang dimaksudkan ialah;
* Pesta Kaul Mukah, yang akan bermula dari 17hb sehingga 25hb April 2010 di Mukah. Pesta Kaul merupakan perayaan tradisi turun temurun bagi kaum Melanau di Sarawak. Pesta Kaul juga turut dijayakan bersama oleh kaum Melanau yang beragama Islam serta beragama Kristian.
* Pesta Jazz Antarabangsa Miri, dari 14 hingga 15hb Mei 2010 di Bandaraya Miri.
* Pesta Irau Aco, yang secara tradisinya dilangsungkan di Lawas, utara Sarawak akan bermula pada 1hb hingga 3hb Jun 2010... pesta ini diraikan oleh masyarakat Lun Bawang seperti kaum Murut, Tagal dan juga Kelabit.
* Manakala pada 4hb sehingga 6hb Jun 2010 akan dianjurkan Pesta Bebulang di Bahagian Limbang. Pesta ini merupakan perayaan tradisi kaum Bisaya yang banyak terdapat dibahagian tersebut.
* Pesta Kebudayaan Borneo, satu festival yang menghimpunkan kesemua jenis budaya masyarakat yang terdapat di Kepulauan Borneo seperti di Sarawak, Sabah, Negara Brunei Darusallam, Kalimantan Barat, Tengah, Utara serta Selatan. Festival ini akan diadakan pada 16 hingga 25hb Julai di Dataran Bandar Sibu.
* Pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Kuching, akan diadakan Festival Hutan Hujan Sedunia(RWMF). Festival ini disertai oleh banyak negara khususnya negara-negara yang terletak berdekatan dengan garisan Khatulistiwa.
* Pesta air atau lebih dikenali sebagai Regatta Sarawak akan berlangsung pada 31hb Julai dan berakhir pada 2hb Ogos 2010, sempena merayakan kemerdekaan negara dan ianya akan diadakan di bahagian Kuching, Sarawak.
* Selain itu juga, Kuching Street Parade juga merupakan satu pesta akan diadakan pada 2 Ogos 2010 juga di Kuching.
* Festival Kuih Bulan Antara Budaya Sarawak akan diadakan pada 17 sehingga 22hb September 2010 juga akan berlangsung di Bandaraya Kuching.
* Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo akan diadakan di Bahagian Bintulu pada 30hb September sehingga 3hb Oktober 2010 dan kebiasaannya Festival ini turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
* Bermula dari 4hb sehingga 9hb Oktober 2010 pula maka Cabaran Perahu Layar Antarabangsa Borneo turut menyusul serta akan diadakan di Bahagian Miri. Acara ini juga turut disertai oleh para peserta dari luar negara.
Sumber maklumat dari akhbar Utusan Borneo edisi Khamis 21 January 2010.(Jessica Jawing)
Jadi kepada penggemar atau jika ada yang berminat terhadap mana-mana acara yang tertentu sebagaimana yang tertera di atas serta ingin berkunjung ke Bumi Kenyalang... ya silakan.. jangan risau, tahap keselamatan di Sarawak adalah terjamin dan yang paling utama ialah belum pernah nasihat perjalanan oleh negara-negara terhadap rakyatnya dikeluarkan yang membabitkan keadaan di negeri Sarawak.
Rakyat Sarawak ada yang peramah, ada yang pemalu, ada juga yang malu-malu kucing, ada yang baik, ada yang suka membantu serta tak kurang juga yang dari jenis sama waktunya dengan rakyat-rakyat di lain-lain negeri di Malaysia ini, tetapi bab tu tak payahlah nak layan sangat...memeningkan kepala saja.
Apa yang penting ialah asalkan anda kenal cara kehidupan, budaya serta adat resam kaum-kaum yang menduduki Bumi Kenyalang sejak sekian lama. Sarawak membangun dalam Malaysia, tetap bersama dengan Barisan Nasional serta dengan seluruh warga Malaysia yang cintakan kedamaian.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Januari 22, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Selamat Tuan,
Cantik gambar Temple di Sibu tu....Kawan bulan Disember lalu ada di sana. Kunjungan ketiga selepas 14 tahun.
Selamat berjuang.
Ya salam ISAC,
terima kasih.., itu gambar bandar Sibu pun saya ambik dari blog saudara juga tempoh hari...maaf kerana tidak minta izin terlebih dulu hehehe...
saya sendiri ada ambik banyak gambar bandar Sibu..tapi dari lokasi yang tidak sesuai serta tidak menarik..jadi malaslah nak post kan.. itulah, bila tengok orang yang buat nampak bagus.. :-)
Catat Ulasan