Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Januari 11, 2010

Keadaan di Bandaraya Miri adalah seperti biasa serta selamat...

Walaupun kejadian menyerang Gereja turut berlaku di Miri namun suasana harian di Bandaraya ini berjalan lancar dan tidak terganggu malah orang ramai berurusan seperti sediakala.

Apa yang agak menghairankan ada diantara penduduknya yang tidak tahu dengan insiden tersebut atau juga mungkin mereka tidak menjangka kejadian seumpama itu boleh berlaku di Miri. Saya rasa mungkin mereka tidak ambil pusing sangat dengan apa yang sedang berlaku sejak beberapa hari ini yang telah tercetus pada awalnya di Semenanjung Malaysia.

Apa yang saya dapati keadaan di Bandaraya Miri sejak dari awal sehingga ke petang keadaannya adalah seperti sediakala, tiada apa yang boleh dikatakan sebagai untuk mencemaskan orang ramai. Kelihatan juga kereta peronda polis serta kereta pegawai siasatan jenayah cawangan Miri keluar masuk melalui jalan kawasan Gereja The Parish of Good Shepherd di Lutong Miri.

Ketika melalui jalan kawasan berdekatan dengan Gereja Anglikan itu, saya sengaja memperlahankan kenderaan saya untuk membolehkan saya menjeling sambil memandu bagi membolehkan saya melihat keadaan Gereja tersebut. Saya terlihat kain kuning sebagai garisan polis dihadang disebelah hujung belakang Gereja yang telah dilempar dengan batu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kelihatan dari jauh cermin tandas serta cermin bilik belakang Gereja pecah.

Setelah melihat keadaan itu saya membuat kesimpulan sendiri mengenai kejadian itu. Ianya tidak ubah seperti yang selalu dilakukan oleh mereka-mereka yang suka memusnahkan harta benda awam yang disediakan oleh Majlis-majlis Bandaraya. Saya tidak terfikir bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan apa yang sedang berlaku di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia ketika ini. Sebabnya ialah Gereja tersebut bukannya Gereja Katolik tetapi sebuah Gereja milik Protestant mazhab Anglikan.

Itu hanyalah andaian saya saja dan bukan bermaksud untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Yang sangat penting ialah siasatan oleh pihak polis. Dan kepada para pelancong tempatan dan luar negara, keadaan di Bandaraya Miri adalah selamat dan jangan bimbang sebab pasukan keselamatan kita terutamanya Polis sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga serta mengawal keadaan sekitar demi kesejahteraan orang ramai keseluruhannya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..SYUKUR KRANA TIADA LAGI KEJADIAN BURUK DI SANA. DI HARAPKAN PIHAK BERKUASA MENGETATKAN LG KAWALAN DAN PEMANTAUAN LEBIH KERAP WLU PUN KEADAAN DAH TENANG. BKN APE. UTK JAMINAN KESELAMATAN

antianwaribrahimdotcom berkata...

SALAM ANAK MERDEKA.. sy sepanjang umur tak pernah jejak kaki ke miri. adik saya kata miri tu cantik, malah lebih teratur drpd bandaraya kuching yg pernah sy kunjung banyak kali. kita sama2 doakan sarawak selamat drpd politik ganas seperti yg berlaku di semenanjung..

Tanpa Nama berkata...

betul antipkrsarawak, miri lebih cantik daripada kuching! datanglah nanti!

hilbert berkata...

Salam bro Jeffery,
kita harap keadaan disemua tempat kembali seperti sediakala aman dan selamat untuk kita semua bergerak.

Salam APS, tentang cantik tak cantik tu saya kurang ariflah dalam perkara ini tetapi bab harga barang-barang keperluan atau benda lain taulah saya yang harganya memang berbeza mengikut tempat.

Gadis-gadis banyaklah juga yang cantik molek di Miri ni APS hehehe..

Salam saudara Siddiq Azani, satu saja yang saya tentang kelebihan Miri ni yang mungkin belum lagi dapat ditawan oleh Kuching iaitu bangunan Hypermarket Boulevard yang telah diiktiraf dengan standard tertentu dan tercantik di Sarawak ;-)

Arkib Blog