Selesai sahaja Malaysia mengadakan Pilihanraya Umum yang ke 12 pada 8 mac 2008 yang lalu, maka bermula dari saat itulah kita sebagai penyokong sebenar Sistem Pemerintahan Demokrasi serta sistem Raja BerPerlembagaan di Negara ini telah menyaksikan sendiri apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pembangkang terutamanya DAP dan PKR, dan jelaslah siapa mereka yang sebenarnya.
Sejak dari saat PRU-12 itu selesailah, maka dari setiap saat itu jugalah mereka akan mencari bermacam-macam ruang untuk menimbulkan banyak hal dengan tujuan untuk mengganggu kerajaan yang telah dipilih rakyat daripada menjalankan tugas-tugas untuk mengurus hal ehwal Negara. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan sebarang usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat, memajukan negara, memulihkan ekonomi negara dan sebagainya.
Bermula dari perkembangan itu jugalah kita hampir setiap hari berada dalam keadaan yang mengelirukan serta agak mencemaskan apa bila penasihat PKR Anwar Ibrahim dengan penuh yakin mencanangkan ke seluruh Negara bahawa Pakatan Pembangkang akan berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dengan kemasukkan beramai-ramai Ahli Parlimen BN lebih kurang 30 orang ke dalam Pakatan Pembangkang. Ketika itu jugalah mereka telah membayangkan akan membentukkan "kabinet fantasia" sekiranya Kerajaan BN berjaya mereka tumbangkan dengan cara yang paling tidak demokratik serta tidak bermoral seperti itu.
Untuk merealisasikan impian mereka itu, maka suatu ketika pihak pembangkang sanggup mengekori rombongan ahli-ahli Parlimen BN yang melawat sambil belajar ke Taiwan. Pembangkang tanpa segan silu menghantar 5 orang wakilnya ke Taiwan bertujuan untuk memujuk ahli-ahli BN itu supaya menyertai mereka untuk menubuhkan kerajaan yang baru. Namun nasib mereka memang malang sekali apabila petanda yang usaha mereka sebenarnya pasti akan gagal, apabila pada waktu itu juga Taiwan dengan tiba-tiba dilanda ribut sehinggakan memaksa banyak penerbangan masuk dan keluar Taiwan telah dibatalkan. Keadaan ini telah memerangkap kumpulan Pembangkang dan mereka terpaksa memerap di airport Taiwan berhari-hari. Mereka juga gagal untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN ketika sampai di sana.
Jika para penyokong PKR dan DAP ini yang "tersangat" bijak dapat meneliti atau mengimbas semula asas perjuangan asal PKR serta juga DAP dengan cara yang mereka amalkan sekarang, mungkin para penyokong PKR dan DAP ini juga akan menemui jawapan bagi soalan "apakah DAP dan PKR benar-benar ingin memperjuangkan 'amalan demokrasi tulen' di Negara ini" ? Para penyokong Pakatan Pembangkang boleh menilai sendiri dengan membandingkan bagaimana cara BN mendapatkan mandat iaitu kuasa daripada rakyat dan bagaimana pula cara PKR dan DAP untuk memperolehi kuasa.
DAP dan PKR harus sedar bahawa untuk membina negara yang akan dikenali sebagai sebuah Negara yang punya sistem demokrasi, mereka mesti menghormati pilihan rakyat dan bukannya dengan cara menarik seseorang wakil rakyat BN itu untuk masuk ke dalam pakatan mereka. Mereka juga semestinya menunggu tamat tempoh penggal sesuatu pilihanraya itu, dan pada masa itulah mereka punya peluang untuk merayu undi daripada rakyat supaya mengundi mereka. Jika amalan "lompat parti" yang akan terus mereka ambil sebagai jalas pintas untuk mendapat kuasa, jadi apakah gunanya negara ini mengadakan piliharaya setiap 5 tahun sekali...hanya membazir wang rakyat saja.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Mei 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan