Aa... Aaa... ...hati-hati Ong ! ...hati-hati juga Chua !.., jangan laga kuat sangat cawan tu... nanti pecah pulak cawan tu, hangat lagi air dalam tu... kalau jatuh tertumpah air panas tu kat atas lantai tak apalah juga, nanti ada orang yang akan lap kan..., tapi kalau tumpah atas peha, atas lutut...basah pula seluar tu lalu melecur lagi anggota badan yang lain tu nanti...
Kemelut berpanjangan yang sedang melanda dalam parti MCA terutamanya pada peringkat atasan parti itu tak ubah seperti apa yang biasanya berlaku didalam dunia sukan gusti. Apabila kita meminati sukan gusti terutama sekali bilamana perlawanan itu melibatkan jaguh-jaguh gusti yang memang kita minati sudah pasti kita masih ingat nama-nama yang besar dalam sukan gusti seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, The Undertaker, Rich Flair, Andre The Giant, Marty Jenarty, Jake 'the snake' Roberts, Rick Rude, Kerry Von Erich, Bret 'hitman' Smith dan banyak lagi.
Dahulu misalnya Hulk Hogan pernah memusuhi Ultimate Warrior tetapi selepas itu mereka berbaik semula lalu bergabung tenaga untuk berdepan dengan musuh masing-masing. Begitu juga dengan penggusti-pengusti yang lainnya, mereka sering memperlihat sikap bongkak masing-masing apabila sedang berada di mercu kejayaan namun tetiba saja sikap itu berpusing sehingga ke 360 darjah terus daripada dulunya bermusuh kepada menjadi sebagai rakan karib, semuanya berlaku dalam keadaan sekelip mata saja.
Lebih kurang begitu juga dengan apa yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli bawahan atau ahli-ahli biasa MCA apabila pemimpin atasan mereka asyik bersengketa sesama sendiri sepanjang masa.
Lihat saja apabila kini Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai pula telah menjadi sasaran terbaru oleh kedua-dua iaitu Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Sebelum Dr. Chua mencabar Dr. Liow agar menyatakan kononnya apa perkara yang dimahukan oleh Dr. Liow samada jawatan Presiden atau juga Timbalan Presiden MCA maka sebelumnya Presiden MCA sendiri iaitu Datuk Seri Ong turut mengungkit perkara yang sama juga terhadap Dr. Liow.
Dalam perkembangan terbaru ini, jelas sangatlah kita nampak yang Datuk Seri Ong dan juga Datuk Seri Dr. Chua seolah-olah semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Yang peliknya ialah apabila Datuk Seri Dr. Chua menyatakan bahawa beliau rela menyerahkan jawatan Tim. Presiden MCA kepada Dr. Liow sekiranya itu yang Menteri Kesihatan itu mahukan tetapi kenapa setelah beliau "terpecat" dari jawatan itu baru-baru ini Dr. Chua bermati-matian pula untuk mendapatkan semula jawatan nombor dua dalam MCA itu. Jika Dr. Chua ikhlas dengan kata-kata beliau itu, alangkah elok jika sebelum itu beliau serahkan saja jawatan Timbalan Presiden MCA bulat-bulat kepada Dr. Liow, selesai satu perkara !!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, November 11, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
4 ulasan:
Takpe bro, laga sikit jer tu.. tumpah pun setakat 'chinese tea' jer.. Takde gula, semut pun tak sanggup nak hurung. Bagi saya, ni semua permainan politik. Biasanya depan press, depan media bukan main mesra. Belakang wallahualam.. boleh pukul curi, sapa tau?
ya Apai... gigi sama putih tapi berus gigi lain-lain...
teruklah Dr. Liow kena bantai dua aktor MCA tu..
Hai hilbert..! Salam 1Malaysia to you! My first comment here...
Tak sangka bro pun peminat wrestling..! Era 80'an dan 90'an....those were the days lah..!!
Well coming back to our local scene, "wrestler" kita so far banyak cakap dari fight lah... Itu loi sek lagi manyak bikin kacaulah...sikit hari dulu, masa lepas PRU12...dia antara paling vokal kasi hantam UMNO, tuduh umnolah penyebab BN kalah teruk...kemudian mempertikaikan istilah ketuanan melayu. Macam ini ke partner...bila senang mau sama2..bila susah, lu kasik pijak lagi lu punya kawan..!??
Bila suruh MCA berambus dari BN, tak nak pulak!
Bagi sayalah, diorang nie bangsa yg tak tahu diuntung...maybe still have their taat setia with kuomintang..!
Ya, terima kasih S.Senja kerna sudi singgah sebentar di laman saya ini.
begitulah sebenarnya yang kita fahami tentang MCA dibawah Ong Tee Keat dan juga Soi Lek...tiada membawa kebaikkan kepada BN sebenarnya apabila sering bertindak bagaikan "gunting dalam lipatan"
Catat Ulasan