Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, November 12, 2009

RM65,000.00 tajaan nak ke Mekkah ???

Perasaan terkejut ada dan rasa hairan pun ada apa apabila terbaca di blog rakan-rakan yang menyatakan bahawa MB Kelantan Darul Naim YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ada mengakui bahawa pemergian beliau untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekkah kebiasaannya ditanggung atau dalam ertikata lainnya "ditaja." Wah ! wah ! wah ! ...macam permainan bolasepak pulak dah, siap dengan penajanya sekali.

Lagi satu perkara yang sangat melucukan apabila Nik Aziz turut mengakui bahawa selipar "jepun" yang beliau pakai pernah kena curi orang tapi menurut Nik Aziz lagi si pencuri tu datanglah pulak menemui beliau lalu berkata yang dia ambil selipar Nik Aziz supaya mendapat "berkat." !!!isshhh...betul-betul sesat dah manusia zaman sekarang nih, ataupun ini semua sudah menandakan bahawa "dunia hampir nak kiamat" sampaikan manusia sesama manusia kekadang sering bertelagah dan lepas tu pulak ada lagi yang menganggap manusia lain tu seperti malaikat yang boleh memberkat manusia yang lain lagi...

Dalam pengakuan pertama tentang tajaan untuk pergi mengerjakan Fardu Haji tu oleh Mursyidul Am PAS tu tak tergerak ke hati Mr. SPRM nak buat siasatan atau kaji selidik. Ya lah, kalau tak mahu buat siatan kerna takut tak masuk ke Syurga maka buatlah kaji selidik agar formula seperti taja-menaja hendak buat Umrah ke Tanah Suci itu juga turut diberikan kepada umat Islam yang kurang berkemampuan maka saya fikir itu akan lebih mulia daripada menaja seseorang Menteri Besar yang gaji mereka melebihi belasan ribu setiap bulan belum lagi elaun mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ada yang tak kena dengan pengakuan terbuka Nik Aziz tu. Wajarkah seorang yang sedang menjawat jawatan atau lebih tepat lagi sebagai seorang anggota pentadbiran untuk sesebuah kerajaan negeri itu di pelihara oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu juga ? Jika kita fikir betul-betul, daripada wang itu digunakan untuk mengerjakan haji untuk kali yang keberapa sudah, adalah lebih baik jika wang itu digunakan untuk membantu rakyat yang benar-benar sangat memerlukan bantuan, tentu sekali jika amalan seperti itu terus diamalkan pasti hidup akan sentiasa di berkati dan berkat tidak akan diperolehi jika hanya dengan "mencuri" selipar Nik Aziz.

1 ulasan:

Mohammad Roslan berkata...

Kalau taja emak dan bapak patutlah tapi ini taja MB apa hal?. Mungkin kaki lobi kawasan kayu balak kot?. MB Kelantan cukuplah tibai kayu balak. cari hasil dari pelaburan luar negeri buat anak-anak Kelantan boleh terus hidup bersama keluarga dan isteri-isteri yang tersayang. Tak payahlah pakai 65K itu..bagikat fakir miskin yang memerlukan. Syarat sekali Haji sudahlah Tuan Guru!. Tiada beban, batu jadi digalas nanti kalau terima offer itu.

Arkib Blog