Krisis dalaman parti yang pernah melanda parti MCA suatu ketika dahulu pasti sekali lagi akan berlaku didalam parti itu sekiranya perkembangan semasa parti itu kini turut diambil sebagai renungan. Semua ini tentu sekali tidak mustahil akan terjadi sekiranya perkara yang sedang berlaku itu dibiarkan terus menjadi satu masalah bukan saja setakat hanya kepada MCA semata-mata malah pasti akan membebankan Barisan Nasional secara keseluruhannya.
Pada satu ketika dimana MCA pernah berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan yang dikenali sebagai "team A" yang diketuai oleh Datuk Seri(Tun) Dr. Ling Liong Sik, Presiden MCA waktu itu manakala satu lagi "team B" bagi pihak Tan Sri Lim Ah Lek. Namun kemelut parti itu berjaya diselesaikan dengan baik hasil campur tangan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional ketika itu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kita boleh lihat seandainya perkara itu akan berulang semula ke dalam parti MCA, kumpulan atau "team A" sudah pasti akan mewakili Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan beliau iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek dan sementara itu "team B" pula akan akan menyaksikan gandingan Naib Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan Ketua Pergerakan Pemuda MCA YB Datuk Wee Ka Siong.
Apabila sudah wujud puak-puak atau team didalam MCA kelak maka kita juga boleh menilai dari segi kemampuan, kejujuran, ketelusan, keikhlasan serta moral seseorang pemimpin itu berdasarkan kepada rekod serta pencapaian yang lalu dan disamping itu juga kita sendiri sememangnya suka meramalkan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Dan apabila kita telah meramalkan siapa yang layak untuk memimpin sesebuah parti itu maka bermakna kita juga turut menyokong cara kepimpinan beliau itu.
Setelah kita lihat walaupun tidak secara mendalam berkenaan dengan latar belakang kedua-dua tokoh yang berada didalam "team A" iaitu YB Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga Datuk Seri Chua Soi Lek, secara ringkasnya kita tahu bahawa kedua-dua mereka ini mempunyai masalah peribadi yang tersendiri dan bagi Datuk Seri Chua sebagaimana umum sudah sedia maklum bahawa beliau telah nyata berdepan dengan masalah moral yang sepatutnya tidak harus dilakukan oleh seseorang yang sedang berdiri sebagai seorang pemimpin.
Sementara itu, "team B" yang mungkin menggabungkan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Datuk Wee Ka Siong akan menyaksikan gabungan generasi muda yang mantap dan apa yang sangat penting adalah kedua-dua mereka ini belum lagi tercalar imej sebagai seorang seorang pemimpin. Jika MCA pada akhirnya akan menentukan bahawa kedua-dua pemimpin muda ini sebagai layak untuk mengemudikan parti dengan memandu MCA ke arah laluan yang betul untuk membawa kesemua ahli-ahlinya bagi menuju ke destinasi yang sepatutnya, maka sudah pasti MCA akan kembali selamat dari perpecahan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, November 05, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Akan adakah lagi 'korban' politik sepertimana terjadi semasa era Tun Ling Liong Sik?
Kali ini bagi pendapat saya, gabungan Ong (Team A) dan Chua (Team B) menjadi Team A-B JV akan menentang Team A1 pimpinan Liow.
Team A1 merupakan serpihan Team A. Sebelum dan semasa EGM berlangsung tempohari Liow lah orang yang paling setia menyokong Ong.
Beliau berasakan dikhianati dan dipermainkan taktik Presiden sendiri lantas terpaksa menjadi 'Hang Jebat' dalam MCA.
Saya percaya sebanyak mana pun pelan perpaduan atau formula penyelesaian cuba dibuat pasti akan menemui jalan buntu.
Kecuali dengan hanya satu cara. Keputusan MANDATORI oleh Pengerusi BN! Siapa yang ingkar, gugur sebagai ahli BN! Tiada kompromi!
Keputusan yang tegas walaupun tidak popular perlu diputuskan oleh orang no. 1 BN SEGERA!!
Local Fighter,
biar apapun, PM sebagai pengerusi BN beliau boleh menggunakan kedudukan beliau sebagai boss BN untuk masuk campur dalam kemelut MCA itu.
Catat Ulasan