Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 28, 2009

Sidang DUN Perak vs Muktamar PAS hari ini...

Hari ini akan berlangsung dua peristiwa yang tidak kurang juga pentingnya kepada perkembangan terkini dalam politik negara kita.

Yang telah agak lama kita sudah ketahui atau sedia maklum adalah mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pertama selepas kejadian kekecohan di DUN yang sama satu ketika dulu.

Jadi kepada semua ADUN negeri Perak yang akan bermesyuarat mulai pagi ini nanti terutama sekali mereka dari kalangan Pakatan Pembangkang(DAP/PKR/PAS), kita sebagai mahu melihat kesungguhan dari pihak mereka untuk membela rakyat tetapi bukannya ingin melihat kesungguhan mereka untuk mendapat kuasa.

Oleh itu kita sebagai rakyat biasa ini juga mahu melihat suasana tenang dan aman akan mewarnai sepanjang persidangan itu nanti dan kepada YB Nizar, YB Nga, YB Ngeh, YB Siva...harap YB-YB ini semua patuhilah peraturan Dewan dan undang-undang yang sememangnya tidak membebankan dan oleh kerana itu tidak salah sekiranya anda sebagai YB-YB yang telah diplih oleh sesetengah rakyat Perak untuk tahu berdisiplin ketika didalam dewan dan duduk bersopan seperti anda semua dalam gambar yang ada terdapat diatas ini.

Kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang menjerit ketika diusung keluar YB S. Sivakumar, maka berusahalah untuk melupakan kenangan terindah anda kalian ketika bersidang di bawak pokok "demokrasi' itu dulu dan YB Siva lihat sendirilah keretakan yang ada pada plak itu dan jika YB Siva boleh tafsirkan maka begitulah retaknya hati dan jiwa rakyat negeri Perak apabila melihat tingkah laku serta kelakuan YB-YB dari dari kalangan Pakatan Pembangkang ketika hadir di DUN Perak.
Ingatlah pesan orang dulu-dulu, "barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang akan merosak badan" dan lantaran itu fahamilah maksud sebenar prinsip demokrasi yang sejak sekian lama telah diamalkan dalam sistem pemerintahan di negara Malaysia ini. Jangan rosakkan prinsip demokrasi yang sudah semakin dan sentiasa subur di negara kita.
Dan satu lagi peristiwa yang akan pasti kita tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya ialah Muktamar Khas PAS yang juga akan berlangsung di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini ekoran desakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu PAS memanggil EGM bagi membersihkan PAS daripada "dua tiga kerat" pemimpin yang beliau sebagai bermasalah didalam PAS.
Kepada persidangan atau Mukatamar Khas PAS ini juga rakyat ingin melihat kesungguhan yang luarbiasa akan dilakukan oleh para pemimpin-pemimpin dalam PAS untuk membersihkan parti mereka daripada mereka yang sebenarnya bermasalah dan bukan mereka yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz itu.
Selamat bersidang kepada DUN Perak dan juga selamat berMuktamar kepada PAS !

7 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, puak-puak pembangkang ini sebenarnya sudah merasa malu nak datang sebab selama ini mereka menuduh kerajaan yang ada sekarang sebagai 'haram', mereka wujudkan alasan macam-macam supaya sidang DUN Perak tidak dapat bersidang....

Inilah agenda komunis Malaya moden untuk menghuruharakan negara....

Siapa Ngah dan Ngeh ?

Inilah ketua komunis moden yang mempengaruhi Nizar lembu untuk membuat huruhara.....

hilbert berkata...

Ye Yanggambi,

sekarang kita dah nampak dengan jelas belang-belang yang ada pada diri..YB-YB Pakatan Pembangkang semuanya,,,

YOPSAPU berkata...

YOPSAPU- SORI BRO, KAT BLOG INDON KITA BERSAMA MENGHENTAM INDON TAPI DALAM MALAYSIA AKU PEMBANGKANG. AKU ORG PERAK AKU TAHU APA YG BERLAKU DI SANA. TO YANG GAMBI, KO ORG MANA? PAHANG? JGN SESEKALI MENGATA LEMBU KPD ORANG LAIN, NANTI KO YG JADI LEMBU ATAU SEMEMANGNYA KO LEMBU? AKU SEMEMANGNYA TIDAK MENYOKONG BN, PKR APATAH LAGI DAP. JIWA AKU HANYA PAS. UNDI AKU HANYA UTK PAS. SBB APA? SEBAGAI ORG ISLAM ADAKAH KITA TIDAK MAHU MELIHAT UNDANG2 ISLAM BERPANDUKAN AL QURAN DAN HADIS TERTEGAK DIBUMI MALAYSIA INI?
SUDAH BERAMA LAMA UMNO MEMERINTAH? APA UNDANG2 ISLAM YANG KITA ADA? BANK ISLAM? MENGHARAPKAN UMNO UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM? JAUH PANGGGANG DARI API. MAHKAMAH SYARIAH PUN TAK BOLEH NAK DI SERAGAM. MCMANA UNDANG2 ISLAM NAK TERTEGAK JIKA YG MENENTANGNYA ADALAH ORANG ISLAM SENDIRI! AKU TAK HAIRAN JIKA KARPAL SINGH, SAMMY VELLU, Dr TAN SENG GIAW, CINA2 DAN INDIA LAIN MENENTANG UNDANG2 ISLAM SBB MEREKA KAFIR MUNGKIN TAK TAHU APA2 TTG ISLAM TAPI AKU BERASA AMAT PELIK JIKA YG MENENTANGNYA ADALAH ORG ISLAM SENDIRI. ISLAM ADALAH AGAMA YANG SEMPURNA,DI DALAMNYA ADA BERBAGAI,ADA PERNIAGAAN, POLITIK BAH KAN NAK MASUK TANDAS PUN DI AJAR BAGAIMANA CARANYA.KAMU TAHU SIAPA YB Dr NIZAR? JIKA DI BANDINGKAN KEPIMPINAN DIA DI DALAM POLITIK DAN AGAMA DGN MB 786, AMAT JAUH BEZANYA. KALAU KAMU NAK HENTAM DAP,PKR SILAKAN TAPI JIKA NAK ENTRY TTG N TUAN GURU NIK AZIZ TOLONG BERHATI-HATI.ADAKAH KAMU MENDENGAR SENDIRI APA YG DIA UCAPKAN ATAU SEKADAR MENYAMBUNG BERITA DARI UTUSAN? HATI-HATI DGN FITNAH. SESEKALI CUBALAH BACA HARAKAH.CUKUP SETAKAT INI DULU.WASSALAM...

YOPSAPU berkata...

YOPSAPU- SORI BRO, KAT BLOG INDON KITA BERSAMA MENGHENTAM INDON TAPI DALAM MALAYSIA AKU PEMBANGKANG. AKU ORG PERAK AKU TAHU APA YG BERLAKU DI SANA. TO YANG GAMBI, KO ORG MANA? PAHANG? JGN SESEKALI MENGATA LEMBU KPD ORANG LAIN, NANTI KO YG JADI LEMBU ATAU SEMEMANGNYA KO LEMBU? AKU SEMEMANGNYA TIDAK MENYOKONG BN, PKR APATAH LAGI DAP. JIWA AKU HANYA PAS. UNDI AKU HANYA UTK PAS. SBB APA? SEBAGAI ORG ISLAM ADAKAH KITA TIDAK MAHU MELIHAT UNDANG2 ISLAM BERPANDUKAN AL QURAN DAN HADIS TERTEGAK DIBUMI MALAYSIA INI?
SUDAH BERAMA LAMA UMNO MEMERINTAH? APA UNDANG2 ISLAM YANG KITA ADA? BANK ISLAM? MENGHARAPKAN UMNO UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM? JAUH PANGGGANG DARI API. MAHKAMAH SYARIAH PUN TAK BOLEH NAK DI SERAGAM. MCMANA UNDANG2 ISLAM NAK TERTEGAK JIKA YG MENENTANGNYA ADALAH ORANG ISLAM SENDIRI! AKU TAK HAIRAN JIKA KARPAL SINGH, SAMMY VELLU, Dr TAN SENG GIAW, CINA2 DAN INDIA LAIN MENENTANG UNDANG2 ISLAM SBB MEREKA KAFIR MUNGKIN TAK TAHU APA2 TTG ISLAM TAPI AKU BERASA AMAT PELIK JIKA YG MENENTANGNYA ADALAH ORG ISLAM SENDIRI. ISLAM ADALAH AGAMA YANG SEMPURNA,DI DALAMNYA ADA BERBAGAI,ADA PERNIAGAAN, POLITIK BAH KAN NAK MASUK TANDAS PUN DI AJAR BAGAIMANA CARANYA.KAMU TAHU SIAPA YB Dr NIZAR? JIKA DI BANDINGKAN KEPIMPINAN DIA DI DALAM POLITIK DAN AGAMA DGN MB 786, AMAT JAUH BEZANYA. KALAU KAMU NAK HENTAM DAP,PKR SILAKAN TAPI JIKA NAK ENTRY TTG N TUAN GURU NIK AZIZ TOLONG BERHATI-HATI.ADAKAH KAMU MENDENGAR SENDIRI APA YG DIA UCAPKAN ATAU SEKADAR MENYAMBUNG BERITA DARI UTUSAN? HATI-HATI DGN FITNAH. SESEKALI CUBALAH BACA HARAKAH.CUKUP SETAKAT INI DULU.WASSALAM...

hilbert berkata...

Oh ya...YopSapu..salam.

YopSapu, saya faham apa yang anda jelaskan dan saya juga tidak akan memperkatakan sesuatu perkara tanpa memerhatinya terlebih dahulu. Prinsip saya ialah, "saya hanya percaya kepada apa yang saya lihat tetapi tidak akan percaya kepada sesuatu kepada perkara yang hanya didengar".

Anda harus mempunyai pendirian sendiri didalam menilai sesuatu perkara, seperti saya juga iaitu saya tidak mahu pandangan saya terikat hanya kepada satu kumpulan saja.

Kita sebagai rakyat sudah tentu punya hak memilih dan menilai sendiri secara bijak dan jika kita tidak mampu untuk menggunakan peluang itu maka tiada ertinya kita hidup didalam negara yang merdeka dan yang lebih manisnya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

Dan yang sangat penting bagi saya ialah, tiada salahnya kita untuk menyokong mana-mana parti yang bagi kita ianya sesuai dengan kehendak kita sendiri namun ianya tidak bermakna untuk memaksa hati, jiwa, perasaan serta diri kita sendiri taksub kepada seseorang itu hanya berdasarkan kepada apa yang kita dengar dan baca tanpa kita menggunakan akal fikiran kita sendiri setelah melihat sesuatu telah terbentang didepan mata.

Anda perhati sendiri, PAS dulu dengan PAS sekarang sudah tidak samakan. Dulu PAS kata sesiapa yang bekerjasama dengan orang bukan Islam(merujuk UMNO+MCA+MIC) maka orang itu Kafir. Maksudnya haram bekerja dengan orang Kafir tetapi itu dulu.

Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Bukan saja setakat berubah menjadi boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam(PAS+DAP+PKR) malah PAS sanggup untuk menutup pintu bagi sebarang rundingan dengan UMNO yang 9.9% adalah orang Melayu dan Islam. Jadi kenapa perkara seperti boleh terjadi ?

Bagi saya UMNO adalah sebuah parti yang sederhana saja sifatnya..orang bukan Melayu atau Islam seperti saya juga boleh terima cara kerja UMNO. UMNO tidak pernah memperalatkan Islam demi kepentingan politik. UMNO tidak pernah membiarkan orang MCA atau orang MIC untuk sesuka hati mempersendakan ayat-ayat suci dari Kitab Suci Al-Quran tetapi berbeza pulak dengan PAS. Masalahnya ialah mengapa PAS hanya membiarkan agama anda dipermainkan kandungannya oleh DAP ?

YOPSAPU berkata...

YOPSAPU- Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan.
http://perakexpress.com/www/2009/10/19/mengapa-pakatan-rakyat-perak-dijatuhkan/

YOPSAPU berkata...

YOPSAPU- NIZAR LAWAN ZAMBRY: HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.

DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.

Jesteru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Perak. Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Arkib Blog