Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 23, 2009

N.34 Lunas : UMNO/BN harus tunggu dan lihat...

Keputusan mengejut yang telah dibuat oleh wakil rakyat DUN Lunas dari Parti PKR Yang Berhormat Mohd. Radzhi Salleh yang mana beliau juga adalah salah seorang daripada exco kerajaan negeri Kedah untuk keluar daripada PKR dan akan menjadi seorang wakil rakyat bebas.

Dalam pada itu juga Mohd. Radzhi telah memaklumkan kepada media bahawa tetap akan kekal untuk menjawat jawatan sebagai seorang exco kerajaan negeri.

Susulan daripada perkembangan terbaru ini saya berpendapat adalah lebih sekiranya pihak UMNO dan juga Barisan Nasional dapat untuk tidak selalu kerap mengulas atau menyentuh perkara ini agar tidak terperangkap dengan permainan kotor Pakatan Pembangkang.

Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang pengakuan yang ahli-ahli PKR ini memang ikhlas untuk meninggalkan parti itu. Mana tahu dalam masa 48 jam keputusan itu akan ditarik balik setelah mereka-mereka yang telah mengumum keluar dari PKR akan membatalkannya semula apabila terpukau dengan pujukan Anwar nanti.

Pandangan saya lebih terarah kepada usaha Anwar untuk memenangkan calon PAS saudara Salleh Man di DUN Permatang Pasir. Anwar akan sanggup buat apa saja untuk mencapai niatnya biarpun ianya akan menyebabkan PKR akan dilihat oleh masyarakat sebagai parti yang semakin teruk walaupun pada hakikatnya PKR memangpun sebuah parti yang paling teruk.

Biar apapun, saya akan mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Mohd. Radzhi Salleh jika beliau benar-benar ikhlas untuk meninggalkan PKR tanpa takut akan kehilangan jawatannya didalam kabinet negeri Kedah. Ini juga akan petanda awal yang menunjukkan bahawa lama-kelamaan PKR akan terpaksa gulung tikar juga akhirnya...

5 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam,
setuju bro! jangan terperangkap dengan mainan politik sempit dan jahat pembangkang!
terima kasih

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Apa pun persoalannya, kebenaran UMNO-BN sedikit-sedikit dipertonjolkan Allah SWT dari keangkuhan PAS....

hilbert berkata...

Salam PM, Yanggambi,

itulah...mungkin taktik mereka sahaja menjelang pembuangan undi di Permatang Pasir tu... untuk melekakan jentera parti UMNO/BN..

kelambuharimau berkata...

jika betul syabas diucapkan kerana pintu hatinya telah sedar untuk tinggalkan pakatan jahanam

hilbert berkata...

Saya yakin dah yang YB Mohd. Radzhi Salleh memang ikhlas meninggalkan PKR dan jadi sebagai wakil rakyat yang bebas.

Saya dah baca semua perkara berkaitan dengan tindakan YB Mohd Radzhi itu sebagaimana yang telah ditulis oleh Anggota Parlimen Bandar Baru Kulim YB Zulkifli Noordin dalam artikel terbaru di blog beliau.

Saya terasa sangat terharu membaca tulisan YB Zulkifli yang begitu telus dan ikhlas sekali apabila menyentuh mengenai mengapa YB Mohd Radzhi mengambil keputusan yang sebegitu rupa.

Saya juga melihat YB Zulkifli sebagai seorang wakil rakyat yang punya sikap sangat terbuka serta sedia menerima sesuatu perkara itu walaupun ianya sangat sukar.

Arkib Blog