Tak sabar lagi hendak melihat bagaimana agaknya Amerika nak menyerang sebuah lagi negara di rantau Asia ni...iaitu negara Komunis, Korea Utara. Apakah Amerika Syarikat akan melakukannya sebagaimana ia telah menceroboh negara Iraq seketika dulu.
Tapi suasana antara Iraq dengan Korea Utara agak berbeza sedikit. Jika dulu semasa Amerika Syarikat hendak menyerang Iraq, Setiausaha Agung PBB waktu itu adalah Kofi Annan yang berasal dari benua Afrika. Amerika Syarikat tidak mendapat restu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mereka menyerang Iraq.
Tetapi bagi kes Korea Uttara ini pula, PBB kini diterajui oleh seorang warga Korea Selatan iaitu Ban Kim-Moon. Untuk rekod, Korea Utara dan Korea Selatan adalah dua buah negara berjiran yang sentiasa berada dalam keadaan paling tidak kukuh dan stabil dari segi perhubungan dua buah negara sebagai dua negara tetangga.
Tapi malang sekali, semua tekanan yang telah dikenakan oleh masyarakat antarabangsa terhadap Korea Utara, langsung tidak mampu mengubah apa jua bentuk pendirian mereka terhadap perkara yang telah mereka buat malah Pyongyang nekad melancarkan beberapa buah lagi peluru berpandu milik mereka. Perbuatan Pyongyang itu telah mendapat berbagai bantahan daripada pemimpinn-pemimpin besar dunia.
2 ulasan:
SALAM ZIARAH TUAN RUMAH
HAII APE LAH NAK JD DGN 2 NEGARA BESAR NI? 2-2 GILE PERANG HEHEHE
http://jefrydamien09.blogspot.com
Salam Jeffry,
Kta bimbanglah dengan trend suka berperang negara luar ni, kalau dah jadi ikutan orang kita, parah jawabnya...
Nasib baik hanya berperang mulut dalam DUN dan Dewan Rakyat...
Catat Ulasan