Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 12, 2009

Usah berbangga dengan kemenangan besar YB Tan Sri Isa Samad.

Kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang di Teluk Kemang Negeri Sembilan sudahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia lewat petang semalam.

Calon UMNO/BN Tan Sri Isa Abdul Samad menang besar dengan memperolehi undi majoriti sebanyak 5435 jauh mengatasi pencapaian yang diperolehi oleh BN pada PRU-ke12 2008 lalu. Tan Sri Isa mendapat undi tertinggi iaitu 8013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohd Nor yang hanya dipilih oleh 2578 pengundi sahaja. Lebih malang lagi apabila calon PAS itu kalah dikesemua 18 kawasan peti undi.

Belum terlambat untuk kami rakyat Sarawak untuk menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada YB Tan Sri Isa khasnya, UMNO khususnya dan BN amnya diatas kemenangan pertama BN pada pilihanraya kecil selepas PRU Ke-12 dulu. Pada PRK yang dulu-dulu selepas PRU Ke-12 BN mengalami kekalahan bersiri dan angkat bendera putih sekali.

Proses Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang telahpun selesai, dan sekarang tinggal untuk melunaskan apa saja janji-janji yang telah ditaburkan kepada rakyat dikawasan tersebut. Bagi saya BN tiada masalah dalam soal untuk menunaikan janji kerana BN sentiasa menepati janji mereka kepada rakyat tidak seperti Pakatan Haram DAP/PKR/PAS yang selalu menanam tebu ditepi bibir.

Selain semua itu ada satu lagi tanggungjawab besar sedang menanti Barisan Nasional yang dianggotai oleh 14 parti didalamnya untuk dilaksanakan iaitu usaha untuk membasmi atau menghapuskan rasuah secara berkesan. Apakah dengan kemenangan besar BN di DUN Bagan Pinang akan turut menyumbang ilham besar kepada Barisan Nasional bagaimana cara untuk menemui jalan bagi menghapuskan gejala rasuah dengan lebih berkesan agar ianya dapat terus dihapuskan.

Di waktu Barisan Nasional sedang meraikan kemenangan besar calonnya Di DUN Bagan Pinang diharap pemimpin-pemimpin besar didalam BN tidak terlupa dengan hasrat murni BN sebelum ini yang pernah menyatakan untuk memerangi kegiatan rasuah secara besar-besaran. Sebelum ini Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib pernah mengingatkan semua ahli UMNO dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atasan supaya bersedia untuk "berubah agar tidak rebah." Begitu juga kepada semua ahli parti dalam gabungan Barisan Nasional, peringatan serupa juga telah disampaikan oleh Perdana Menteri.

Dalam apa-apa hal juga, kemenangan besar yang diperolehi oleh UMNO/BN melalui YB Tan Sri Isa Samad haruslah diterima dengan rasa bersyukur kerana Barisan Nasional masih mampu mempertahankan kedudukannya disitu dan kemenangan itu juga tidaklah harus dijadikan sebagai suatu kebanggaan kerana jika perkara utama hampir dilupai maka tidak bermaknalah kemenangan itu. Soalnya, apakah selepas ini Tan Sri Isa Samad sanggup dan berani untuk membicarakan tentang masalah politik wang dan salah guna kuasa ? ...dan jika beliau berani berbuat demikian, tidakkah langkah itu tak ubah seperti usaha untuk "membuka pekung didada" sendiri"

Jika seseorang penagih dadah yang telah insaf dapat diterima masuk semula kedalam pangkuan masyarakat setelah mereka benar-benar berupaya berjaya meninggalkan amalan yang terkutuk itu serta berubah namun setelah itu mereka tetap juga terus akan dikenali sebagai "bekas penagih dadah," jadi bagaimana pula nanti dengan tanggapan masyarakat berkenaan dengan mereka-mereka yang telah dan pernah terlibat didalam lain-lain kegiatan yang tidak bermoral seperti salah guna kuasa, wang, kedudukan dan sebagainya apakah mereka juga akan dilabel sebagai "bekas" ?

Walau apapun, terima kasih kepada penduduk di DUN Bagan Pinang kerana telah memberikan UMNO dan Barisan Nasional satu kemenangan yang sangat besar dan sepatutnya kita harus berbangga dengan keputusan rakyat di Bagan Pinang yang masih memilih BN sebagai pemimpin mereka disitu tetapi kita tidak sepatutnya bangga dan megah dengan siapa yang menang disana. Pandangan saya yang mengelirukan... Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup UMNO! Hidup BN!

Ahad, Oktober 11, 2009

"No Ganyang, Yes Kenyang" Demonstrasi rakyat Indonesia di Malaysia.

Hari ini tersiar satu berita yang tidak menggembirakan hati apabila perhimpunan yang tidak sebarang mempunyai permit oleh segolongan pekerja Indonesia yang bekerja di negara ini telah diadakan bagi membantah perbuatan sesetengah rakan-rakan senegara mereka di Indonesia yang terus-menerus cuba membangkitkan sentimen anti-Malaysia.

Kumpulan itu telah berhimpun dengan membawa sepanduk yang telah ditulis dengan berbagai-bagai kata-kata termasuk "No Ganyang, Yes Kenyang" bagi menyampaikan mesej kepada rakan-rakan mereka disana agar memberhentikan tindakan yang berkemungkinan pasti akan merugikan para pekerja itu sendiri.

Apa yang menjadi isu disini ialah apabila kumpulan itu meminta agar rakyat Malaysia harus bersabar dengan semua tindakan rakan senegara mereka terhadap Malaysia dan juga rakyat negara ini tetapi dalam waktu itu juga mereka telahpun membuat demonstrasi haram di negara ini pula.

Saya lihat perbuatan kumpulan ini langsung tiada keikhlasannya. Saya rasa sebab utama mereka berbuat begitu adalah kerana sementara mereka masih bekerja di Malaysia mereka haruslah berpura-pura seperti suka akan Malaysia disamping terus memuji negara ini. Cuba seandainya mereka telah kembali ke Indonesia, adakah mereka ini akan berani berbuat sedemikian dihadapan kumpulan BENDERA(Benteng Demokrasi Rakyat), NKRI(Blogger anti-Malaysia) dan lain-lain lagi. Saya yakin mereka juga akan turut sama melakukan perkara yang sama iaitu menghina Malaysia.

Saya ingin mengambil satu contoh rakyat Indonesia yang saya fikir adalah paling sesuai untuk dijadikan sebagai satu tauladan kepada warga Indonesia yang lainnya jika mereka benar-benar ikhlas untuk terus menganggap bahawa Malaysia ini adalah serumpun dengan Indonesia. Beliau berkarya atau menulis dari dalam negara beliau sendiri iaitu Indonesia untuk turut bersama-sama dengan rakyat di Malaysia bagi menghadapi apa jua bentuk fitnah yang dilemparkan terhadap rakyat di negara ini.

Aditya, pemilik blog http://mujahidin09.blogspot.com adalah merupakan sebagai satu contoh sangat terbaik bagi kita rakyat di Malaysia untuk melihat betapa beliau sangat ikhlas didalam hasil tulisan beliau berkenaan dengan Malaysia. Saya seringkali membaca apa saja yang beliau tulis di artikel walaupun adakalanya agak ringkas tetapi sangat berisi atau bermutu. Malah saya kadangkala berpendapat beliau lebih memahami tentang Malaysia lebih daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang memang lahir di negara ini.

Aditya sentiasa menekankan didalam tulisan beliau tentang pentingnya semangat saudara serumpun yang semulajadi diantara rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia haruslah dipelihara sebaik mungkin dan juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa disamping beliau begitu tegas menegur cara-cara segelintir rakyat Indonesia memperlakukan negara Malaysia. Dalam banyak hal beliau seringkali menyentuh tentang kekeliruan masyarakat Indonesia berkenaan dengan soal pertembungan budaya, makanan dan semua yang ada bersangkutan dengan sesuatu yang hampir ada persamaan diantara Indonesia dan Malaysia.

Oleh itu pendapat saya mengenai kumpulan rakyat Indonesia yang telah menganjurkan demonstrasi "No Ganyang, Yes Kenyang" di negara ini diharap tak payahlah nak buat perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagi saya jika mereka benar-benar ingin membantah perbuatan golongan yang anti-Malaysia di Indonesia, mereka haruslah menyalurkan suara hati mereka menerusi saluran yang betul. Jangan menambah lagi kekusutan yang belum lagi terungkai.

Tidak masuk akal jika mereka membantah perbuatan oleh sesetengah daripada rakan-rakan mereka di Indonesia yang berterusan menghina Malaysia dengan mengadakan pula perarakan atau perhimpunan di Malaysia. Walaupun kita fikir itu mungkin tindakan yang ikhlas, tetapi apabila dibandingkan dengan perbuatan oleh kumpulan-kumpulan yang membakar bendera Malaysia, yang "sweep org Malaysia" memang tiada bezanya.

Rabu, Oktober 07, 2009

PKR Sarawak semakin berpecah... sama seperti logonya.

Parti KeADILan Rakyat(PKR) Sarawak akan terus menghadapi masalah perpecahan. Berpecah dan terus berpecah sama juga seperti keadaan logo parti itu yang memangpun kelihatan telah pecah dua.

Ramai daripada ahlinya kini sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah parti baru sebagai persediaan jika mereka telah keluar daripada PKR bermakna mereka sudah ada tersedia sebuah kapal untuk dinaiki.

Perkembangan ini telah mencemaskan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR di Sarawak dan pastinya yang resah gelisah ialah Datuk Hajjah Hafshah Harun, Dominique NG, Mustapha Kamal, Augustine Liom dan yang pasti paling bengang dengan situasi ini ialah Penasihat PKR 16September Anwar Ibrahim.

Berita yang diperolehi daripada sumber yang memang boleh dipercayai mengatakan bahawa sekumpulan pihak dalam PKR kini telah mulai menjalinkan kerjasama dengan Ahli Kongres Dayak Malaysia serta juga dengan bekas ahli-ahli dan juga bekas pemimpin Parti Bansa Dayak Sarawak(PBDS) yang dibubarkan pada tahun 2004 untuk mewujudkan sebuah parti baru yang akan diberi nama sebagai Parti Rakyat Malaysia(nama singkat belum tahu lagi).

Penubuhan parti baru itu dijangka akan dilakukan di Bandar Sibu dan akan dilancarkan pada 15 Oktober 2009 Khamis minggu depan. Perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Penerangan PKR Sarawak See Chee How. Keputusan golongan itu untuk menubuhkan sebuah parti baru walaupun sebelah kaki mereka masih berada didalam PKR difaham adalah disebabkan rasa tidak puashati mereka yang tertentu itu dengan cara kepimpinan PKR Pusat dan juga PKR negeri.

Biasalah tu, apabila kepentingan diri telah menguasai perjuangan yang kononnya untuk membela serta untuk memberi keadilan kepada rakyat, maka kepentingan rakyat mudah diketepikan. Pergi jahanamlah dengan janji-janji manis masa PRU-12 dulu, asalkan periuk nasi diri sendiri sentiasa penuh.

Perkembangan selanjutnya, kita kena tunggu sehingga 15 Oktober depan...tak lama lagi minggu depan...hari Khamis, di Sibu Sarawak.

Selasa, Oktober 06, 2009

"BENDERA" Indonesia hendak serang Borneo Malaysia ?

Ini berita yang melucukan. Sedikit seram tapi kurang mencemaskan. Pelik tapi benar. Apa yang benarnya ? Yang benarnya ialah mereka benar-benar berhajat nak serang Negeri Sarawak dan Sabah di Pulau Borneo. Mereka mendakwa semua rancangan serta strategi telah siap disusun untuk menawan dan menakluki bandar-bandar utama di Sarawak dan Sabah.

Siapa mereka itu ? Mereka ialah 1500 orang ahli yang menyokong pergerakkan yang diberi nama Benteng Demokrasi Rakyat atau nama singkatnya BENDERA. Darpada 1500 orang itu, 300 orang daripada mereka itu dikatakan mempunyai ilmu kebal, maknanya lut senjata atau seperti jam tangan jenis yang kalis air. Mereka telah menetapkan tarikh untuk bergerak iaitu pada 08 Oktober 2009 ini untuk menggempur Sarawak dan Sabah melalui Pontianak dan juga dari Pulau Nunukan di utara Kalimantan.

Namun adalah difahamkan bahawa pergerakkan itu sebenarnya adalah satu pergerakkan yang diharamkan oleh kerajaan Indonesia, begitulah menurut Konsulat Indonesia di Kuching Rafail Walangitan.Sumber berita dari akhbar tempatan "Utusan Borneo" di Sarawak saya perolehi. Berita dibahagian depan akhbar Utusan Borneo hari ini 06-10-2009, Selasa.

"Tidak perlu gusar ancaman BENDERA 'serang dan takluk' Sarawak, Sabah."
*****************************************************************************
KUCHING: Orang ramai di sini tidak perlu berasa gusar dengan ancaman Benteng Demokrasi Rakyat(BENDERA) yang dilaporkan akan 'menyerang dan menakluk' beberapa bandar di Borneo, merangkumi Kuching dan Tawau di Sabah pada 8 Oktober ini.

Konsul Indonesia di Sarawak Rafail Walangitan berkata, aktiviti yang digerakkan kumpulan itu tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia dan justeru, ia tidak menggambarkan perasaan keseluruhan rakyat negara Republik berkenaan.

"Kumpulan itu tidak sah dari segi undang-undang Indonesia. Demonstrasi yang dijalankan (8 September 2009) adalah tidak sah kerana ia tidak mendapat kebenaran (daripada pihak berkuasa). Polis bertindak menangkap ahli-ahli kumpulan ketika mengadakan bantahan dan sekatan jalan raya (di Jakarta). Ini menunjukkan mereka bertindak bercanggah dengan undang-undang," katanya ketika dihubungi semalam.

Sambil menyifatkan BENDERA sebagai kumpulan pencetus masalah, beliau berkata polis Indonesia memantau rapi pergerakkan ahli-ahlinya dan telah mengenal pasti ketua mereka.

Beliau berkata, sentimen anti-Malaysia tidak sepatutnya wujud antara warga dua negara itu memandangkan sudah terjalin hubungan akrab umpama keluarga sejak sekian lama.

Laporan sebuah akhbar menyebut pada Khamis ini, kira-kira 300 orang ahli BENDERA yang memiliki ilmu kebal akan 'menyerang dan menakluki' beberapa bandar di Malaysia, khususnya di Borneo.

Sedikit ulasan saya;
Berita tentang perkara ini telah tersebar didalam beberapa blog sejak dari semalam. Ada yang memaklumkan bahawa pergerakkan BENDERA akan mulai berangkat pada 8 Oktober ini iaitu hari Khamis melalui pelabuhan di Surabaya, Indonesia. Dan dikatakan juga telah ada 10 orang daripada ahli itu berjaya meloloskan diri menyusup kedalam negara ini sejak kelmarin untuk menubuhkan "network" dikalangan para pekerja Indonesia yang bekerja dalam berbagai sektor di Malaysia.

BENDERA juga menegaskan bahawa mereka telah berjaya menghubungi dan akan merekrutkan 1.45 juta pekerja Indonesia di negara ini. Pekerja Indonesia yang telah berjaya dipengeruhi oleh BENDERA itu nanti akan dikehendaki untuk membakar semua tempat seperti asrama-asrama pekerja, kilang-kilang, pejabat-pejabat, setor-setor dan sebagainya yang terdapat ditempat mereka bekerja.

Cuma apa yang kita harapkan ialah, agar Kerajaan Malaysia serta pihak-pihak berkuasa janganlah memandang ringan tentang ancaman seumpama itu. Kerajaan tidak boleh meletakkan sangat keyakinan terhadap jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan Indonesia tentang perkara ini. Kita tidak boleh terlalu berharap dan bergantung sangat kepada sebarang jaminan yang dibuat oleh kerajaan Indonesia dalam sebarang masalah yang cuba ditimbulkan oleh warga mereka di Malaysia ini.

Pihak-pihak berkuasa terutamanya polis haruslah meningkatkan pemantauan terhadap setiap pergerakan warga Indonesia di negara ini. Kerajaan harus mengawasi pergerakan mereka dari masa ke semasa. Kita tidak boleh lagi meletakkan persepsi kita terhadap mereka sepertimana tanggapan kita tentang mereka sebelum ini.

Pandangan kita tentang mereka haruslah berubah. Jika dulu kita anggap mereka sebagai saudara serumpun, apakah salah jika selepas ini kita akan anggap mereka sama saja tarafnya dengan rakyat dari negara jiran kita yang lain seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja dan lain-lainnya. Tidak harus ada lagi keistimewaan buat mereka.

Kelengkapan Pertahanan Negara milik Angkatan Tentera Malaysia(ATM)













































Hanya untuk mempertahankan negara daripada serangan pihak musuh dan bukannya bertujuan untuk menyerang negara lain. Malaysia tidak ada rekod tercatat dalam sejarah pernah menyerang, menakluki atau menjajah negara lain. Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip "ingin memakmurkan jiran" iaitu sentiasa ingin berbaik-baik dengan semua negara-negara terutamanya dengan negara jiran tetangga.

Malaysia sentiasa mempertingkatkan keupayaan pertahanan hadapan negara. Malaysia tidak pernah takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Malaysia adalah pejuang tulen keamanan sejagat. Malaysia tidak suka bermusuh dengan mana-mana negara. Malaysia tetap akan bertahan dan bersabar walaupun terus menerus dilempar dengan berbagai-bagai tuduhan dan fitnah.

Malaysia mempunyai rakyatnya yang berjiwa besar dan matang. Rakyat Malaysia tidak akan melayan sebarang perkara-perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Rakyat Malaysia akan terus memandang kehadapan demi untuk mengejar segala kemajuan. Rakyat Malaysia tidak akan menoleh kepada perkara-perkara kecil yang hanya akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dan mundur.

Isnin, Oktober 05, 2009

Tukar nama "Tabung Gempa 1Malaysia untuk Asia" kepada nama lain !

Diharap supaya Kerajaan Malaysia terutamanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim sudi untuk mengkaji semula nama yang digunapakai untuk tabung bantuan khas bagi mangsa gempa bumi di Padang Pariaman Sumatera kepada nama yang agak sesuai dengan suasana yang sebenar berlaku.

Cuba kita lihat dan dengar bila di sebut "Tabung Gempa 1Malaysia untuk Asia", apabila kita dengar perkataan 1Malaysia itu disebut ianya akan kedengaran sebagai "Satu Malaysia" iaitu seolah-olah satu Malaysia dilanda gempa bumi. Bukan negara kita yang dilanda gempa bumi jadi mengapa harus diletakkan nama Malaysia untuk meraih derma daripada rakyat negara ini. Nama tabung itu betul-betul menggerun dan mencemaskan perasaan kita rakyat di negara ini.

Tabung bencana itu telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim di Port Dickson baru-baru ini dan berkemungkinan mengambil sempena nama gagasan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia. Walaupun dilihat idea YB Datuk Seri Dr. Rais itu baik tetapi saya berpendapat ianya tidak sesuai digunakan bagi tujuan untuk membantu mangsa gempa di Indonesia.

Adalah lebih baik tabung bencana itu ditukar kepada nama lain sebagaimana yang pernah Malaysia tubuhkan ketika Aceh di landa gelombang Tsunami pada 26 December 2004. Ketika itu Malaysia telah menubuhkan satu tabung khas untuk tujuan itu yang dinamakan sebagai "Tabung Bencana Tsunami Aceh", ianya sesuai kerana ianya berlaku di Aceh.

Oleh itu adalah sangat diharapkan agar nama untuk tabung yang telah diwujudkan itu bagi memungut derma daripada rakyat di Malaysia ini akan ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai dengan keadaan dimana sesuatu kejadian bencana itu telah berlaku. Jangan babitkan nama Malaysia dengan musibah yang menakutkan itu.

Diharap juga kerajaan serta pemimpin-pemimpin di Malaysia ini juga harus memahami perasaan kebanyakkan rakyat yang di negara ini yang telah terjebak dalam dilema yang tidak menentu iaitu berada didalam keadaan yang paling serba-salah. Hendak membantukah ataupun tidak. Apa yang penting sekarang ialah agar peribahasa "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan" tidak berbangkit selepas ini.

Dalam pada kita hendak membantu pada waktu itu juga kita terus dihina, dicerca dan sebagainya dan ada pula yang bertekad hendak menyerang negara kita Malaysia. Tidak hendak membantu tentu sekali kita tidak dapat menipu perasaan kita sendiri yang sangat simpati, sedih dan kasihan melihat mangsa-mangsa gempa sedang menanggung penderitaan.

Betul-betul kita rakyat Malaysia sekarang ini sedang berada didalam keadaan yang sangat serba-salah. Rakyat Malaysia sedang berperang dengan perasaan mereka sendiri. Haruskah kita membantu? Nasib kita rakyat Malaysia sekarang tidak ubah seperti nasib seseorang yang hendak menyelamatkan satu sarang tebuan yang telah terjatuh kedalam sungai.

Samada kita hendak mendapatkan sarang tebuan itu supaya ianya tidak akan terus dihanyut oleh aliran sungai dan jika kita cuba untuk menyelamatkannya maka kita terpaksa berdepan dengan risiko akan disengat tetapi jika kita terus membiarkan sarang tebuan itu terus hanyut mungkin kita akan merasakan diri kita sebagai bersalah kerana gagal untuk menyelamatkan habitat itu daripada terus pupus.

Biar apa-apapun, kepada mana-mana individu terutamanya rakyat Malaysia sendiri, segalanya terpulang kepada diri kita sendiri, jika kita rasa perlu untuk menyumbang maka kita harus berbuat demikian. Berdasarkan kepada keadaan semasa yang sedang kita lihat sekarang ini berhubung dengan maklumbalas yang kita terima daripada masyarakat Indonesia terhadap Malaysia waktu ini, maka tidak akan timbul soal tekanan dari mana-mana pihak agar orang-orang tertentu harus menderma. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Ahad, Oktober 04, 2009

Selamatkah Tangan Yang Membantu...?

Sikap memusuhi rakyat dan negara Malaysia oleh sebilangan rakyat Indonesia rupa-rupanya tidak kendur walaupun dalam waktu yang sama ribuan daripada rakan-rakan mereka warga rakyat Indonesia sedang menderita dan dipercayai lebih 4000 orang masih terperangkap didalam timbunan runtuhan bangunan akibat bencana gempa bumi Padang Pariaman Sumatera Barat 30 September lalu.

Malah berita yang terbaru saya ikuti dari siaran Buletin Utama TV3 (04hb Oktober 2009) jam 8 malam sebentar tadi, menyiarkan bagaimana kempen anti-Malaysia terus giat dijalankan di Kota Jakarta. Rakyat Indonesia yang anti-Malaysia terus menjalankan kempen perang terhadap Malaysia. Mereka langsung tidak memikirkan kesengsaraan yang sedang ditanggung oleh mangsa gempa bumi di Padang Sumatera Barat yang masih lagi bergelut dengan segala kesukaran.

Saya juga terbaca mengenai bantuan untuk mangsa bencana di Padang Sumatera tidak diterima dan tidak dihargai oleh rakyat yang sedang merana disana. Mereka menolak segala bantuan yang dihulur oleh Kerajaan Malaysia atas alasan sumber bantuan itu adalah hasil haram tetapi mereka turut mendakwa dengan senang hati telah menerima sumbangan yang dihantar oleh negara lain seperti Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, Amerika, Brazil tanpa banyak soal.

Jadi sekiranya soal halal dan haram menjadi ukuran bagi rakyat Indonesia ini untuk mahu ataupun tidak mahu menerima apa jua sumbangan dari negara-negara yang datang untuk memberi bantuan, oleh itu dari mana maklumat yang mereka perolehi yang sumbangan dari Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar adalah halal sedangkan mereka tahu bahawa negara-negara tersebut bukanlah negara Islam.

Saya pun sudah semakin muak untuk menulis tentang sikap sebilangan dari rakyat Indonesia ini yang langsung tidak faham-faham lagi tentang apa yang telah diperjelaskan oleh berbagai pihak di Malaysia tentang semua perkara yang berbangkit antara negara Malaysia dan negara Indonesia. Mereka lebih suka memilih jalan yang paling tidak digemari oleh rakyat Malaysia.

Mereka masih juga tidak mahu menerima hakikat bahawa dalam suasana getir seperti yang sedang berlaku di Padang Sumatera Barat sekarang, sebenarnya kejadian itu menuntut agar ada di antara mereka itu bermuhasabah diri atau merenung kembali untuk seketika tentang segala perbuatan mereka selama ini adakah ianya betul ataupun salah. Namun apa yang kita dapati semuanya tidak membawa apa-apa pengertian bagi diri mereka. Malah mereka semakin meningkat usaha untuk terus berbalah dengan rakyat Malaysia.

Melihat semua perkembangan yang semakin tidak memberi sebarang faedah kepada negara kita, saya rasa apakah perlu bagi Malaysia untuk terus memujuk jiran yang langsung tidak kenal apa itu erti semangat kejiranan agar mereka dapat menerima Malaysia ini sebagaimana yang sebelumnya. Saya rasa tidak perlu lagi bagi rakyat Malaysia untuk terus menggadaikan maruah negara kita semata-mata untuk memenangi hati sesetengah daripada rakyat negara jiran kita itu yang semakin sombong dan bongkak. Kita tidak akan rugi apapun jika kita tidak menjalinkan sebarang hubungan lagi dengan mereka.

Sebagai rakyat negara ini kita juga punya hak untuk mempertahankan Malaysia dari terus dicemuh, dicaci, dihina oleh rakyat negara lain walaupun dengan cara kita sendiri. Jika negara kita diserang dengan tulisan yang sengaja untuk memburuk-burukkan nama baik negara, maka kita juga berhak untuk mempertahankannya dengan cara kita juga biarpun kita pasti tidak akan membalas balik dengan cara sebagaimana cara segelitir rakyat Indonesia gunakan.

Arkib Blog