Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 30, 2012

Ibadah korban: Abby Abadi kena tegur dalam siaran Salam Baitullah 2012

Seperti biasa setiap malam bermula 10 Oktober 2012 jam 9 hingga 10 malam saya akan ikuti rancangan Salam Baitullah musim ke-3 yang diterbitkan siarannya oleh RTM TV1. Semalam, 29 Oktober adalah malam terakhir bagi seluruh krew Salam Baitullah yang bertugas dalam menjayakan rancangan berkenaan baik di dalam negara mahupun yang membuat liputan secara terus dari Tanah Suci Kota Mekkah.

Pada malam 27 Oktober, Salam Baitullah yang dikendalikan oleh Prof Madya Dr Mohd Reedhuan Tee Abdullah telah mengundang bekas Mufti Perlis YBhg Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ke studio bagi mengupas satu topik yang disediakan oleh TV1 iaitu "Kembali Fitrah."

Saya mengikuti program Salam Baitullah ini adalah kerana atas dasar minat terhadap rancangan tersebut sama seperti rancangan lain seperti Forum Perdana Ehwal Islam juga terbitan RTM dan juga siri Jejak Rasul terbitan TV3 yang mana bagi saya ianya merupakan racangan ilmu yang paling sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Berbalik kepada siaran pada malam 27 Oktober 2012 itu, tajuk yang dipilih "kembali fitrah" seperti tepat sekali rasanya apabila di akhir rancangan Dr Mohd Reedhuan Tee telah bertanya tentang pendapat daripada Datuk Dr Mohd Asri atau Dr Maza berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas pelakon drama Gerak Khas Abby Abadi tentang perihal ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiap kali menjelang hari raya korban pada setiap tahun sepertimana yang disebut dalam akaun twitter milik pelakon berkenaan.

Dr Mohd Asri secara peribadi menasihatkan Abby Abadi sekiranya beliau benar-benar ingin berubah demi agama maka beliau haruslah terlebih dahulu belajar serta mendalami ilmu agama daripada mereka yang betul-betul pakar dalam bidang agama sebelum mengeluarkan kenyataan yang begitu dangkal sekali mengenai hukum-hakam agama.

Yang lucunya iaitu pada suatu ketika apabila Dr Mohd Asri secara sepontan turut menyelar kenyataan Abby Abadi itu sebagai orang yang tidak tahu membeza antara bangkai haiwan dengan daging sembelihan. Menurut Dr Mohd Asri, daging ternakan yang melalui proses penyembelihan adalah halal untuk dimakan manakala daging haiwan ternakan yang dibunuh disembelih ikut hukum agama Islam adalah haram dagingnya untuk dimakan.

Ahad, Oktober 28, 2012

Kroni seberang lautan nampak, Nepotisme depan mata tak nampak !

Ini peribahasa baru khas buat Pakatan Haram Pembangkang sebab perangai serta kebiasaan mereka yang suka melihat kepada kesilapan dan kesalahan orang lain tanpa usul periksa lalu menggembar-gemburkannya sesuka hati mereka.

Buat tuduhan melulu, tabur fitnah yang bukan-bukan terhadap kerajaan sudah menjadi asam garam dalam kerjaya politik mereka. Cerita bohong, palsu serta rekaan sudah menjadi lumrah bagi mereka demi mencapai cita-cita untuk memerintah negara ini.

Kesilapan di pihak kerajaan walaupun belum tentu sah cerita sebenarnya begitu cepat mereka nampak lantas menyebarkannya ke seluruh pelusuk tanah air tetapi bila ianya berlaku di dalam kalangan mereka sendiri, berlaku di depan mata mereka sendiri telah membuatkan pandangan mereka menjadi kabur dan buta.

Kerana asyik melihat kepada kesilapan orang lain, sehinggakan segala yang tidak betul berlaku dalam pakatan itu sendiripun telah turut gagal untuk dilihat oleh para penyokong mereka..

Jumaat, Oktober 26, 2012

SCORPENE: DS Anwar Ibrahim luluskan pembeliannya pada 1995 !

Cadangan untuk membeli kapal selam Scorpene bagi tujuan pertahanan negara mula dibincangkan dalam kabinet Malaysia dalam tahun 1991.

4 tahun kemudian iaitu pada tahun 1995, setelah melalui banyak perbincangan mengenainya oleh Jemaah Menteri, kerajaan Malaysia akhirnya mengambil keputusan untuk membeli kapal selam berkenaan selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Namun perjanjian untuk pembelian Scorpene hanya ditandatangani pada tahun 2000 dan Malaysia mula menerima kehadiran kapal selam tersebut dalam tahun 2010. Lihat seterusnya di sini

Khamis, Oktober 25, 2012

Siapa pembunuh sebenar Altantunya Shaaribu ???

Drama bersiri "Scorpene" arahan Pakatan Pembangkang sudahpun memasuki episod yang terakhir dan jalan cerita yang diolah sejak mula sehingga kini pula semakin difahami oleh ramai pihak.

Persoalan dasar yang cuba dicari jawapan melalui drama ini ialah rahsia kematian model dari negara Mongolia Altantunya Shaaribu yang menjadi mangsa pembunuhan paling kejam dengan mayatnya diletup dengan bahan letupan sehingga berkecai.

Ingin mengetahui siapa sebenarnya dalang di sebalik misteri pembunuhan model warga Mongolia itu...siapa mereka yang benar-benar bertanggungjawab dalam melakukan jenayah paling kejam itu...??

...apakah mereka-mereka itu yang begitu bersungguh-sungguh cuba untuk menutup "bangkai seekor gajah dengan daun pisang" mahu membawa masuk dua orang peguam dari Perancis memberi keterangan palsu di Dewan Rakyat minggu depan?

Rabu, Oktober 24, 2012

Baruk Bian mahu ketuai penduduk bantah projek kerajaan di Murum & Ba'Kelalan !

Sebelum dipilih sebagai wakil rakyat Ba'Kelalan beliau adalah antara pemimpin-pemimpin kanan pembangkang di Sarawak yang seringkali membangkit isu-isu tentang pembangunan yang tidak setara di kawasan-kawasan pendalaman khususnya di Ba'Kelalan serta kawasan Tanah Tinggi Kelabit di Bario, namun setelah menang pada PRN ke-10 tahun lalu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan DUN N.70 Ba'Kelalan, YB Baruk Bian telah bertukar nada.

Jika sebelum bergelar Yang Berhormat, bukan main lagi menuduh kerajaan Barisan Nasional dengan berbagai-bagai dakwaan kononnya tidak bersungguh-sungguh untuk membawa pembangunan di kawasan-kawasan pendalaman di Sarawak termasuklah di kawasan yang beliau wakili kini, mudah menuduh kerajaan BN khususnya kerajaan Barisan Nasional pusat telah menganaktirikan para penduduk di kawasan pendalaman dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak enak untuk didengar.

Tetapi kini sesudah kerajaan Barisan Nasional sudah mulai mengorak langkah baru untuk menunaikan beberapa janji sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib sebelum ini kepada rakyat setempat iaitu akan membina beberapa rangkaian jalanraya antara Ba'kelalan dengan Bario bagi memudahkan perhubungan penduduk kedua-dua kawasan berkenaan dengan kawasan lain di negeri Sarawak, malangnya apabila usaha-usaha kerajaan itu cuba disabotaj pula oleh puak-puak PKR di Sarawak dengan mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR termasuk Baruk Bian sendiri.

Kini pihak PKR Sarawak sedang giat berusaha membantah agar Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan bernilai RM42 juta itu yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia gagal dilaksanakan dan mereka mula meracuni pemikiran penduduk-penduduk di kawasan berkenaan supaya bangun dan turut bangkit menentang kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh pihak tentera apabila kemasukan jentera berat milik Tentera Diraja Rejimen Kejuruteraan dijadikan sebagai satu isu oleh PKR untuk menghasut penduduk di situ.

Alasan yang dikemukakan oleh YB Baruk Bian ialah apabila projek berkenaan menjadikan Sungai Muda di daerah berkenaan dijadikan sebagai laluan untuk pembinaan jalanraya tersebut yang kononnya mempunyai sejarah hitam bagi penduduk di kawasan tersebut seketika dulu selain itu menurut YB Baruk Bian lagi sekira Sungai Muda kekal dipilih menjadi laluan projek itu maka ianya akan membawa banyak kerugian kepada mereka yang menduduki kawasan berkenaan kerana kononnya akan merosakkan tanaman, memusnahkan sumber air bagi penduduk di sana tetapi YB Baruk Bian lupa satu perkara bahawa dalam apa juga situasinya, rakyat juga perlu lakukan sedikit pengorbanan jika mereka mahu kerajaan membawa pembangunan ke kawasan mereka.

Apa salahnya bagi sesetengah penduduk di kawasan Ba'Kelalan serta Bario untuk berkorban sesuatu bagi memberi laluan kepada projek jalanraya itu yang sekiranya melalui tanah-tanah milik mereka atau apa juga masalahnya jika projek berkenaan melalui kawasan Sungai Muda yang dipertahankan kerana seandainya kerajaan memilih kawasan yang lebih jauh dari situ apakah ianya tidak dilihat akan mendatangkan lebih banyak masalah lain kepada mereka kerana untuk menuju ke jalan utama mereka terpaksa pula mencari jalan pintas bagi menjimatkan masa dan cepat sampai.

Itu masalah yang cuba diwujudkan oleh PKR Sarawak pimpinan YB Baruk Bian bagi kawasan Ba'Kelalan tetapi ada satu lagi rancangan beliau untuk menggagalkan projek kerajaan iaitu mengenai isu Empagan Murum di Belaga. YB Baruk Bian menegaskan bahawa beliau akan tetap mempertahankan tindakan oleh suku kaum Penan di kawasan Belaga yang mengadakan sekatan bagi membantah projek Empangan Murum yang kononnya projek tersebut akan mengganggu kehidupan seharian masyarakat di situ.

Inilah kerjanya seorang pemimpin pembangkang yang sebelum ini sering mendakwa diri sebagai jaguh rakyat, konon mahu membela nasib rakyat tapi apa yang beliau buat itulah sebenarnya tindakan yang sungguh tidak bertanggungjawab apabila cuba menafikan hak rakyat untuk mendapatkan bahagian mereka masing-masing sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di kawasan lain. Sepatutnya YB Baruk Bian menasihati atau turut membantu rakyat di kawasan pendalaman supaya mereka segera menerima pembangunan daripada kerajaan dan bukannya bertindak mengapi-apikan perasaan mereka untuk menentang pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat selalu mungkir janji !

Jika sebelum ini Datuk Nik Aziz pernah berjanji akan turut bersara dan meletakkan jawatannya selaku Menteri Besar Kelantan sekiranya YABhg Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih Perdana Menteri Malaysia bertindak untuk berundur atau bersara dari menerajui kepimpinan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya daripada kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003 iaitu hampir genap 9 tahun sudah namun Datuk Nik Aziz sehingga kini masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa ada petanda atau petunjuk-petunjuk yang beliau akan berundur dari memimpin negeri Kelantan.

Begitu juga apabila beliau baru-baru ini pernah berjanji bahawa tidak akan bertanding dalam mana-mana kawasan pilihanraya DUN serta Parlimen pada PRU-13 nanti tetapi selepas itu beliau sekali lagi mungkir janji apabila berkata akan turut bertanding atas alasan sebab desakan datang daripada kepimpinan serta akar umbi PAS sendiri yang mahu beliau berbuat demikian.

Keputusan oleh Datuk Nik Aziz telah dibidas oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menganggap Menteri Besar Kelantan itu akan terus menjadi seorang pemimpin yang sentiasa memungkiri janji-janjinya sendiri sepanjang masa dan tidak akan pernah berpegang kepada apa yang pernah beliau katakan.

Selasa, Oktober 23, 2012

Puak2 pemisah Sarawak bergaduh sesama sendiri dalam page Facebook SSKM !

 Saya pun jadi naik bingung melihat hala tuju perjuangan sekumpulan kecil mereka yang mendakwa mahu membawa Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia. Atas alasan apapun sebab mereka bertindak sedemikian saya kurang pasti namun saya berpendapat mungkin kerana diri mereka sudah dipengaruhi emosi yang melampau gara-gara prasangka buruk yang bersarang di dalam hati masing-masing hingga sanggup untuk bertindak tanpa mengguna akal yang waras.
Kumpulan ini menamakan page pada facebook bagi menandakan perjuangan mereka sebagai "Sabah Sarawak Keluar Malaysia" dan telah wujud sejak beberapa bulan yang lalu. Perjuangan berkumpulan mereka ini rasa-rasanya telah disertai oleh ramai orang, tidak tahulah samada yang menyertai kumpulan SSKM ini menyokong perjuangan mereka ini ataupun cuma untuk memantau setiap perbincangan ahli-ahli dalam SSKM itu.

Yang sungguh melucukan dan paling kelakar sekali ialah, belumpun apa-apa... mereka dalam SSKM dah pun bercakaran sesama mereka, cabar mencabar sesama sendiri serta saling tuduh menuduh antara satu dengan yang lain kononnya siapa yang lebih hebat dan kuat yang patut menerajui SSKM hingga ada yang mengajak diadakan debat bagi membuktikan siapa yang benar-benar berpengaruh hehehe...adehhhh..!!!

Ini belum lagi berjaya menawan Sarawak dari tangan Pehin Sri Taib Mahmud, mereka awal-awal lagi telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap negeri ini. Mereka ini tiada matlamat yang jelas dalam perjuangan tetapi cuma bertindak ikut emosi mereka yang tidak stabil.

Ahad, Oktober 21, 2012

Lagu "Harapan Bangsa" bukan lagu kerohanian Kristian tapi lagu mewakili PR !



Cuba anda semua dengar betul-betul setiap senikata serta lirik di dalam lagu Harapan Bangsa nyanyian oleh Jacqueline Victor ini, bagi saya ia bukan satu lagu yang mewakili suara umat Kristian di Malaysia kerana saya tidak pernah rasa tersentuh hati apabila mendengar lagu tersebut sebabnya ialah lagu tersebut lebih mirip dengan perjuangan pihak pembangkang yang mahu melakukan perubahan dengan cara apa saja sekalipun.

Perubahan dari bentuk apa yang dimaksudkan sepertimana yang disebut dalam lagu Harapan Bangsa itu? Apa yang hendak dipulihkan dalam negara ini jika menurut kata lagu nyanyian Jacqueline Victor itu kalau lagu itu memang bukan mewakili suara pihak Pakatan Pembangkang?

Bagi orang Islam, lagu ini telah dianggap sebagai menghina agama mereka tetapi bagi saya lagu ini bukan saja setakat menghina agama serta umat Islam di negara ini malah lagu ini turut menyatakan hasrat pihak Pembangkang yang mahu melakukan perubahan kerajaan di negara ini kerana kononnya Malaysia di bawah kerajaan BN perlu dipulihkan segera dengan menukar kepada kerajaan yang baru

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim kena bertindak cepat terhadap lagu ini !!!

Jumaat, Oktober 19, 2012

AES : kerajaan Sarawak wajar bantah pemasangannya di negeri ini!!

Saya tidak bermaksud untuk membantah seratus peratus akan perlaksanaan sistem AES (Automated Enforcement System) oleh pihak JPJ di negeri ini tetapi saya merayu agar kerajaan khususnya kerajaan negeri Sarawak janganlah terlalu tergesa-gesa dalam membenarkan pihak swasta yang dilantik untuk memasang kamera AES itu supaya kelak tidak akan menimbulkan masalah baru kepada semua pengguna jalanraya di negeri ini.

Sepertimana yang semua sudah sedia maklum bahawa mutu ataupun keadaan permukaan jalanraya sepanjang Leuhraya Pan Borneo dari Sematan di Kuching hingga ke Miri di Utara Sarawak dan seterusnya merentasi wilayah negara Brunei Darussalam kemudian memasuki Bahagian Limbang kemudian masuk semula ke wilayah negara Brunei Darussalam dan seterus masuk ke Daerah Lawas sebelum memasuki wilayah negeri Sabah bukanlah tempat yang sesuai buat masa ini untuk dipasangkan dengan kamera perangkap laju berkenaan.

Saya ingin mengambil contoh beberapa tempat jalan yang sangat bermasalah di negeri Sarawak ketika ini iaitu dari Sri Aman - Sibu, Sibu - Selangau, Selangau - Tatau, Bintulu - Miri yang mana keadaan pada permukaan jalan berkenaan yang berlubang-lubang akibat kenderaan berat, permukaan jalan yang sudah pecah adalah sangat tidak sesuai untuk diletakkan kamera tersebut.

Para pemandu yang melalui jalan-jalan seperti itu setiap hari terpaksa memperlahankan kenderaan mereka supaya senang untuk mengelak sekira ternampak jalan berlubang di hadapan di mana walaupun di kawasan berkenaan had kelajuan diperbolehkan sehingga 100km/jam tetapi oleh kerana keadaan jalan yang agak teruk maka pengguna jalanraya cuma memandu pada tahap kelajuan 30km - 60km/jam bergantung kepada sejauh mana kerosakan pada jalan raya. Di sini saja sudah berapa banyak masa yang terbuang.

Jadi, andaikata kamera AES itu dipasang di kawasan-kawasan jalanraya yang mana permukaan jalannya masih elok atau rata, sudah tentulah untuk para pemandu yang sebelumnya telah melalui banyak kali jalan-jalan yang rosak untuk memandu lebih laju lagi agar lebih cepat sampai ke destinasi tidak dapat kerana bimbang akan dikenakan saman automatik RM300. Oleh itu saya berpendapat bahawa pemasangan kamera AES untuk negeri Sarawak belum lagi sesuai buat masa ini kerana kualiti jalanraya di negeri ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan keadaan jalanraya di Semenanjung Malaysia.

Khamis, Oktober 18, 2012

Hentikan hasrat nak pisahkan Sarawak daripada Malaysia !!!

Sejak beberapa hari yang lalu saya dapat petunjuk ada usaha oleh pihak-pihak tertentu di negeri Sarawak yang cuba meniup sentimen pemberontakan terhadap Malaysia di mana mereka saya rasa secara halus melalui media baru seperti facebook dan media alternatif lainnya sedang berbincang ke arah tersebut serta membina rangkaian kerjasama secara tersembunyi, aktif di bawah satu organisasi yang telah wujud di negeri ini.

Rakyat negeri Sarawak perlu faham apabila Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam ucapan beliau pada malam sambutan Hari Malaysia di Bintulu 16 September 2012 lalu telah menjelas mengapa Sarawak harus perlu untuk terus berada di dalam Persekutuan Malaysia dan beliau juga telah menekankan sebab mengapa Sarawak harus kekal dalam Malaysia.

Antara lain Pehin Sri Taib menjelaskan sekiranya Sarawak bersendirian (berpisah daripada Malaysia) maka negeri ini memerlukan perbelanjaan yang jauh lebih besar atau berlipat kali ganda untuk membina pertahanan sendiri seperti angkatan tentera sendiri, pasukan keselamatan seperti polis sendiri dan apabila ini berlaku bermakna Sarawak terpaksa membelanjakan wang yang begitu tinggi hanya untuk tujuan keselamatan serta keamanan negeri belum termasuk untuk memabangunkan berbagai-bagai infrastruktur untuk rakyat dan sebagainya.

Disebalik usaha sebahagian besar pemimpin-pemimpin serta rakyat di negeri ini yang mahu terus mengukuhkan kedudukan negeri Sarawak di dalam Malaysia tidak disangka pula bahawa telah wujud puak-puak yang sedang bergerak untuk menentang arus. Harap seluruh rakyat Sarawak bangkit menghalang niat jahat kumpulan ini.

Dan kepada mereka-mereka ini harap hentikanlah niat buruk anda sekalian dan kita alih sejenak perhatian di saat Bangsamoro selatan Filipina sedang meraikan perjanjian damai dengan Manila mengapa pula anda semua cuba untuk mewujudkan ketegangan di sebelah sini dan setelah Gerakan Aceh Merdeka sudah berdamai dengan Jakarta anda pula seolah-olah mahu suasana yang pernah berlaku di sana akan terjadi di sini pula !

Selasa, Oktober 16, 2012

Perdamaian MILF dengan Manila petanda baik untuk BN menjelang PRU13

Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam rundingan damai antara puak pemisah Bangsamoro Selatan Manila (MILF) dengan kerajaan Filipina sejak sekian lama sesungguhnya membawa pengertian yang cukup bermakna sekali bagi negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Rundingan yang berjalan sejak bertahun-tahun itu akhirnya telah menghasilkan suatu Perjanjian damai antara kedua belah pihak yang bertelagah. Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang menjadi saksi penting kerajaan Filipina dan juga pihak MILF dalam perjanjian damai itu.

Kalau dilihat dari sudut politik Malaysia, perjanjian damai yang baru dimeterai serta turut disaksikan oleh Presiden Filipina Tuan Beniqno Aquino tentunya akan memberi faedah sangat besar kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Najib.

Ringkasnya, jika rakyat serta negara luar menaruh keyakinan yang begitu tinggi kepada keupayaan kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam menstabilkan keadaan ekonomi mahupun politik negara lain mengapa rakyat Malaysia sendiri tidak dapat melihat perkara itu sebagai satu pengiktiraf sungguh membanggakan bagi negara kita?

Perdamaian yang ditandatangani antara MILF dengan kerajaan Filipina telah meletakkan Malaysia di tengah-tengah sebagai pengantara kedua-duanya dan pastinya perkembangan ini perlu dinilai secara adil oleh rakyat Malaysia betapa rakyat negara lain menaruh kepercayaan yang sangat tinggi terhadap negara kita yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional dan saya yakin ini merupakan satu suntikan baru bagi BN dalam mendapatkan sokongan berterusan daripada majoriti rakyat di negara ini.

Syabas Datuk Seri Mohd Najib !

Syabas Barisan Nasional !

Dan syabas kepada Kerajaan Malaysia atas keterlibatan secara langsung dalam rundingan tersebut sehingga terbentuknya perjanjian damai antara MILF dengan Kerajaan Filipina itu !

Rabu, Oktober 10, 2012

Sistem AES: janji yang tak ditepati Kerajaan BN !

Saya sebagai salah seorang daripada jutaan pengguna jalanraya di negara ini juga amat bersetuju dengan tulisan oleh saudara Faisal dalam blog beliau berkenaan dengan Sistem AES atau Automated Enforcement System yang mula diperkenalkan oleh pihak JPJ pada 23 September bulan lalu yang kini telah menjadi topik panas di kalangan rakyat negara ini.

Sistem AES ini asalnya diperkenalkan bertujuan untuk merakam kesalahan pemandu yang memandu kenderaan melebihi had laju sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ Lihat di sini

Kita tidak berniat hendak membantah setiap peraturan atau undang-undang yang baru atau yang telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi biarlah ianya nampak sesuai dengan keadaan semasa serta berpatutan  dengan tuntutan semasa.

Jika peraturan sedemikian dibuat tanpa mengambil kira masalah yang mungkin timbul kemudiannya ekoran tindakan saman dikenakan kepada setiap pengguna jalanraya yang didapati melanggar undang-undang lalulintas menerusi rakaman AES itu, saya rasa ianya juga tidak akan mampu membantu mengurang kadar kemalangan daripada berlaku dari masa ke semasa.

Setiap tempat telah ditentukan oleh pihak JPJ had laju yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalaraya dan sekiranya ada yang masih ingkar dengan memandu lebih dari had yang telah ditetapkan serta dirakam pula oleh kamera AES ini mereka pasti akan berdepan tindakan saman TETAPI bagaimana pula pihak JPJ melihat dari segi keperluan untuk memandu laju contoh di Lebuhraya Pan Borneo jalan Sibu - Bintulu bermula dari Rumah Ambang yang ditetapkan kelajuan pada tahap maksima 90 km/jam?

Ada selepas itu jalan yang perlu untuk kita memandu lebih laju sehingga 120 km/jam malah sehingga 140 km/jam apabila kenderaan bergerak dijalan yang agak elok, jadi saya rasa untuk sampai dengan lebih cepat ke destinasi yang kita hendak tuju itu apakah kita perlu tertakluk kepada peraturan yang hanya menghadkan kelajuan sekitar 90 km sejam sedangkan ada sesetengah tempat jalan yang membolehkan kita untuk memandu lebih laju daripada itu.

Saya tidak melihat tindakan yang dibuat kerajaan dalam perkara ini boleh membantu dalam mendidik para pengguna jalanraya agar lebih berhemah ketika berada di atas jalanraya tetapi mungkin boleh menjauhkan lagi rakyat daripada pihak kerajaan yang selalu tampil dengan undang-undang serta peraturan baru yang nyata menyusahkan rakyatnya sendiri.

Isnin, Oktober 08, 2012

Scorpene: PR & Suaram sudah temui ajal !

Nampaknya para pemimpin Pakatan Haram Pembangkang kena sediakan jawapan serta alasan munasabah bagi soalan mengapa mereka sanggup menipu serta membohongi rakyat Malaysia tentang isu pembelian kapal selam negara dari Perancis.

Apabila orang Perancis sendiri yang menepis tuduhan oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang mengenai isu pembelian Scorpene yang mereka sendiri sengaja ada-adakan tentu ini akan mengundang banyak tandatanya daripada ramai rakyat di negara ini. Selanjutnya di sini (Bernama)

Jumaat, Oktober 05, 2012

Mana dia pemimpin Bumiputera Sabah/Sarawak dalam kabinet bayangan PR??

Tengok saja barisan jemaah menteri di dalam kabinet bayangan Pakatan Pembangkang, ada tak nampak muka-muka pemimpin dilantik oleh Anwar Ibrahim untuk mewakili suara kaum Bumiputera dari Sarawak dan juga dari Sabah? Tiada kan...yang ada cuma YB Chong Chien Jen, Ahli Parlimen Bandar Kuching.. itupun hanya mewakili kaum Cina Sarawak.

Dari Sabah, pemimpin yang dipilih untuk duduk dalam kabinet kerajaan Pakatan Haram itu adalah Datuk Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah dan dia juga bukan mewakili suara kaum Bumiputera dari Sabah melainkan hanya untuk menjaga kepentingan kaum Cina Sabah. Dalam kabinet nepotisme itu jelas keluarga yang berkuasa, bapa jadi Perdana Menteri, bini jadi Menteri Pelancongan manakala anak perempuan mereka jadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Begitu juga dalam kabinet, bapa dan anak ada. Bapa jadi Menteri Dalam Negeri sementara si anak juga jadi menteri penuh dalam kabinet tersebut. Ini semua tak pernahpun berlaku dalam kepimpinan Barisan Nasional walaupun ia telah begitu lama memerintah negara Malaysia malah kerajaan BN sentiasa cuba untuk mengelak berlakunya perkara-perkara yang membabitkan keluarga di dalam kabinet atau jemaah menteri.

Selasa, Oktober 02, 2012

Siapa yg takut lawan sumpah laknat, serah sampel DNA dan jalani ujian Polygraph..DS Najib ke Anwar?

Kecoh dari petang semalam sehingga ke hari ini..dari Semenanjung Malaysia sampailah ke Sarawak terus ke Sabah, cerita pasal Perdana Menteri Datuk Seri Najib takut nak berdebat pasal Bajet 2013 dengan Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat semalam.

Dalam facebook, dalam twitter meeka bukan main lagi pemuja-pemuja Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya boss mereka berani, gagah perkasa hinggakan Perdana Menteripun takut untuk bersemuka dengan dia dalam Dewan Rakyat.

Tapi mereka lupa, mereka tak ingat siapa yang sebenarnya takut kepada kebenaran, takut terima hakikat kalau bukan boss mereka Anwar Ibrahim. Mereka tak ingat masa Mohd Saiful Bukhari Azlan mencabar Anwar untuk sama-sama melakukan sumpah laknat...ada Anwar Ibrahim berani?

Lagi...pihak PDRM mahu dapatkan sampel darah bagi menjalani ujian DNA, ada Anwar Ibrahim berani?...tak ada kan kawan-kawan...macam-macam Anwar bagi alasan sama pihak polis..

Ada satu lagi...Anwar Ibrahim tak berani jalani ujian Polygraph bagi memastikan samada beliau bercakap benar atau berbohong masa sessi soal siasat kes liwat II dia dulu...Anwar Ibrahim mana ada berani sahut semua cabaran tu kan...

TAPI hari ini tetiba saja para pemuja Anwar Ibrahim mengisytiharkan boss mereka itu sebagai ayam jantan...siap lagi buat ilustrasi seekor ayam jantan berkokok sambil pegang mikrofon sedang jerit ke arah DS Najib..

Yang peliknya..ketika PM masih ada dalam Dewan Rakyat selepas selesai membentang Bajet 2013 petang Jumaat 28 September lalu, tak ada seorangpun wakil-wakil Rakyat dari Pakatan Pembangkang yang bersuara tanya itu ini daripada Datuk Seri Najib...semua diam membisu termasuk Anwar, cuma ada yang terpekik terlolong menjerit dalam dewan macam orang sewel mungkin akibat penangan bajet yang baru PM umumkan...

Jumaat, September 28, 2012

BAJET 2013: kenapa DS Najib pakai baju Melayu warna hijau?

Sebaik sahaja Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib muncul di kaca tv dengan mengenakan baju Melayu berwarna hijau ketika membentangkan Bajet untuk tahun 2013 di Dewan Rakyat petang tadi, saya tertanya sendiri apakah mesej yang hendak disampaikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat melalui baju Melayu berwarna hijau yang dia pakai?

Saya terpikir sendiri, jika pada tahun yang sudah-sudah, Datuk Seri Najib biasanya mengenakan baju Melayu dengan warna yang berbeza-beza untuk setiap tahun iaitu bermula pada tahun 2010 warna biru muda, 2011 warna merah jambu dan 2012 warna merah hati. Tetapi berbeza pula pada Bajet untuk tahun 2013 ini apabila beliau memakai baju Melayu warna hijau. Namun saya terus mengikuti kandungan Bajet 2013 menerusi ucapan yang beliau sampaikan sebentar tadi.

Setelah saya mengamati betul-betul ucapan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri petang tadi ternyata beliau ada mesej tertentu untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia melalui warna baju yang dipakai mahu agar rakyat dapat mengimbau kembali kepada satu peristiwa yang pernah berlaku pada 20 Disember 1974 di mana pada tarikh berkenaan ayahnya Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah melancarkan sebuah buku yang dinamakan sebagai "Rancangan Buku Hijau."

Matlamat utama Rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Tun Hj Abdul Razak ketika Allahyarham menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kedua ketika itu adalah untuk menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan Negara serta dapat menambahkan pendapatan rakyat, pegawai kerajaan agar lebih cergas untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha pembangunan.

Jika dihuraikan dengan lebih meluas lagi tentang matlamat yang telah menjadi asas di dalam Rancangan Buku Hijau itu ianya boleh dilihat hampir sama atau seakan-akan mirip dengan kandungan yang ada dalam Bajet 2013 ini kerana nyata kedua-duanya lebih banyak menyentuh tentang kepentingan rakyat, kakitangan kerajaan serta negara.

Saya berpendapat, mungkin inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Datuk Seri Najib melalui warna baju Melayu yang beliau pakai pada pembentangan Bajet 2013 hari ini, supaya rakyat negara ini akan dapat memahami bahawa beliau sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri ke-2 mahu memenuhi semua matlamat yang telah digariskan oleh ayahnya dalam Rancangan Buku Hijau 37 tahun yang lalu demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.
 Pada pembentangan Bajet 2012, Perdana Menteri mengenakan baju Melayu warna merah hati.
 Ketika membentang Bajet 2011 pula, Perdana Menteri memakai baju Melayu warna merah jambu.
Sewaktu pembentangan Bajet 2010, pertama kali sebagai Perdana Menteri..Datuk Seri Mohd Najib lengkap berpakaian baju Melayu warna biru muda...

Khamis, September 27, 2012

Bajet 2013: PR janji Tak Pasti vs BN janji Ditepati !

 Bajet 2013 oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang bagi menarik perhatian para pengundi menjelang PRU-13 nanti telahpun diumumkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam dan Bajet PR kali ini menelan belanja sebanyak RM234 bilion dengan pendapatan kononnya akan mereka perolehi sekitar RM197 bilion untuk mencapai defisit 3.5%.

Pakatan Pembangkang menggunakan tema "Ekonomi Rakyat Negara Berkat" pada Bajet 2013 mereka dengan sasaran "lebihan wang dalam saku rakyat" apabila mereka mendakwa bahawa Bajet 2013 itu membolehkan rakyat berbelanja besar daripada biasa kerana sudah ada lebihan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 sebulan.

Janji lain dalam Bajet 2013 Pakatan adalah harga kereta akan diturun sebanyak RM70.00 bagi setiap sebuah pembelian kereta, bermakna tidak mengira jenis atau model kereta yang dibeli. Selain itu, Bajet 2013 mereka juga berjanji untuk menghapuskan semua kutipan tol di setiap laluan keluar lebuhraya, dan ini juga bermakna kerajaan yang mereka tadbir sudah hilang salah satu daripada sumber kewangan yang biasanya menjana kepada sebahagian perolehan dalam negara kasar.

Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN juga kalau mengikut dalam Bajet 2013 yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim akan dimansuh serta dihapuskan. Mana-mana pelajar yang layak untuk mendapatkan pinjaman pendidikan di masa hadapan hanya akan diberi pinjaman sebanyak RM200 sebulan. Jika ini diamalkan oleh pihak Pakatan dalam mentadbir negara maka peluang para pelajar miskin luar bandar akan tersekat hanya pada peringkat menengah atau pada peringkat rendah saja.

Bajet 2013 Pakatan Pembangkang ini juga menjanjikan bahawa mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagih-agihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum. Maknanya dalam kerajaan mereka nanti kekayaan negara akan dikongsi sama ratalah. Tak adalah nanti Tan Sri Robert Kwok terus setiap tahun disenaraikan sebagai individu terkaya dalam Malaysia atau Tan Sri T. Anandakhrisnan sebagai orang kaya nombor dua. Mungkin tahun 2013 nama Mat Syabu ke, nama Mahfuz Omar ke atau nama Azmin Ali yang akan duduk di tangga teratas dalam senarai nama-nama orang terkaya dalam Malaysia.
Walau apa-apapun yang ada pada Bajet 2013 PR itu...namun petang esok, marilah kita semua, seluruh rakyat Malaysia tumpukan perhatian kepada siaran langsung pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang akan membentangkan Belanjawan yang sah daripada sebuah kerajaan yang sah untuk rakyat Malaysia menilai mana satu Janji Tak Pasti dan mana satu Janji Akan Ditepati..

Selasa, September 25, 2012

Mahu jadi PM, tapi jadual penerbanganpun tak reti nak urus !!

Antara lain alasan Anwar Ibrahim mengapa beliau serta rombongan yang disertai oleh YB Dr Hatta Ramli, YB Zuraida Kamaruddin, YB Tian Chua, YB Dr Teng Seng Giaw menaiki sebuah jet mewah adalah disebabkan semua tempat duduk pesawat sudah penuh dan tiada penerbangan pada jadual yang sepatutnya mereka berlepas.

Malangnya, bagaimana Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia namun dalam masa yang sama beliau juga awal-awal lagi sudah menunjuk ketidakmampuannya untuk menguruskan hal yang sekecil itu apatah lagi untuk mengurus hal ehwal berkaitan negara yang jauh lebih besar daripada masalah tiada tempat duduk dalam pesawat ?

Ke mana perginya setiausaha-setiausaha politik atau pembantu peribadi yang mereka lantik, masakan untuk menentukan jadual hari bila masa mau berangkat atau mendapatkan tiket penerbangan pergi balik dari lapangan terbang itupun tidak dapat dilakukan dengan teratur...jadi macamana mau menjadi Perdana Menteri Malaysia..

Isnin, September 24, 2012

Peringatan yang amat berguna daripada Tun M bukan saja untuk Melayu malahan untuk Bumiputera seluruhnya..

Ini adalah satu peringatan yang amat berguna sekali daripada seorang Negara Agung kita YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan sahaja dilihat sangat berguna untuk bangsa Melayu itu sendiri malahan nasihat serta peringatan sebegini daripada seorang pemimpin yang penuh berpengalaman serta pernah mengalami kesukaran hidup dalam tiga era penjajahan pihak luar juga sangat bernilai dalam ertikata lain kepada seluruh kaum Bumiputera di serata Malaysia khususnya di Sarawak juga Sabah. Seterusnya...

Ahad, September 23, 2012

Isu royalti 5%: tidak pernah terkandung di dalam tuntutan 18/20 Perkara oleh Sarawak dan Sabah!

Setelah saya menyemak beberapa kali tentang isi kandungan tuntutan 18 Perkara bagi Sarawak manakala tuntutan 20 Perkara oleh Sabah sebelum tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963 dulu iaitu yang berkaitan dengan royalti minyak sebanyak 5% untuk kedua-dua negeri ini yang seringkali dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang ternyata sekali tidak pernah wujud dan maknanya tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin ada sesetengah di kalangan rakyat Sarawak sendiri mahupun rakyat di negeri Sabah sekiranya menyedari tentang hal ini pasti akan tertanya-tanya mengapa pula boleh jadi begitu?

Namun dalam pandangan saya, kenapa perkara tersebut tidak dimasukkan serentak oleh Sarawak serta Sabah dalam tuntutan 18 dan 20 Perkara sebelum memutuskan untuk turut bersama Tanah Melayu dan Singapura menubuh Persekutuan Malaysia adalah kerana mereka sedar jika ianya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara maka sudah pasti untuk melakukan semakan terhadap royalti minyak memang sangat sukar untuk dijalankan tetapi jika ianya dibiarkan saja sebagai satu perkara yang terbuka untuk dibincang, diubah semula mengikut kesesuaian masa, jadi eloklah perkara berkenaan kekal menjadi satu hal yang tidak terikat dan ianya bebas untuk dikaji semula.

Jadi di sinilah saya nampak kebijaksanaan para pemimpin Sarawak dan juga pemimpin Sabah yang terdahulu dalam membuat keputusan, mereka berpandangan jauh di dalam perkara ini dan sudah tentu mereka juga sudah boleh menjangka apa yang bakal terjadi sekiranya bayaran royalti 5% minyak untuk Sarawak dan Sabah diikat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan semakan semula terhadap perkara tersebut memandang ianya sudahpun termaktub sebagai satu perjanjian kekal atas persetujuan bersama antara Sarawak, Sabah, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.

TETAPI apa pula dengan Deklarasi Kuching tentang 7 Perkara yang diumumkan oleh pihak Pakatan Pembangkang baru-baru ini. Pada perkara ke-6 itu saja ianya telah menyebut tentang royalti minyak 20% untuk Sarawak dan Sabah dalam Ketetapan Kuching dan sekiranya terlaksana kelak Deklarasi itu akan berperanan seperti Perlembagaan Malaysia juga di mana jika sudah termaktub maka bermakna Perkara ke-6 itu akan dianggap sebagai satu perjanjian bersama Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang tidak sama sekali tidak boleh diusik lagi walau pada bila-bila masa.

Untuk makluman seluruh rakyat Sarawak serta Sabah, bahawa Deklarasi Kuching itu sebenarnya satu ketetapan sebelah pihak saja dan langsung tidak mendapat pandangan atau pendapat daripada majoriti rakyat kedua-dua negeri ini terlebih dahulu sebagaimana yang dilakukan untuk tuntutan 18/20 Perkara satu ketika dulu kerana Deklarasi Kuching ini jelas telah digaris dan ditentukan sendiri oleh para pemimpin pembangkang DAP, PKR dan PAS dari Semenanjung untuk memperbodohkan pemimpin pembangkang di dua negeri ini.

Arkib Blog