Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 21, 2012

Video BARUA 3.0: Tamrin turut menghina sejarah perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar !



Apakah Datuk Tamrin, anak kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba lupa bahawa pengunduran bapa beliau dari jawatan nombor dua dalam kerajaan serta parti pada tahun 1993 adalah kerana untuk memastikan demokrasi terus subur dalam parti disamping tidak mahu berlakunya sebarang perpecahan dalam parti berikutan sokongan yang semakin kuat diterima daripada UMNO Bahagian juga Cawangan terhadap Naib Presiden UMNO ketika itu Anwar Ibrahim yang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Tamrin patut sedar bahawa sekiranya memang tiada keterbukaan ataupun tidak ada amalan demokrasi dalam kepimpinan Barisan Nasional mahupun UMNO ketika itu sehingga kini apakah tidak timbul di dalam pikiran beliau yang Anwar Ibrahim tentu sekali tidak akan berpeluang untuk mencabar kedudukan bapanya dalam UMNO serta dalam kerajaan. Dan sudah pasti Anwar Ibrahim juga akan turut kempunan untuk merasa duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri kerana UMNO membelakangkan amalan demokrasi.

Namun sayang seribu kali sayang kerana Tamrin telah terlupa tentang sejarah kejatuhan karier politik bapa beliau adalah disebabkan perancangan yang halus serta licik mereka yang kini mendalangi perhimpunan haram bersih 1, bersih 2 serta bersih 3 iaitu Anwar Ibrahim. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim tentu sekali allahyarham bapa beliau akan bersara secara terhormat daripada parti serta kerajaan dan bukannya berundur daripada jawatan TPM akibat tewas kepada tekanan daripada pihak-pihak yang menyokong pemimpin yang mendakwa kononnya beliau adalah pejuang demokrasi dan kebebasan di negara ini.

Cuba baca kisah hidup serta kisah perjuangan yang dilalui oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba bersama UMNO di sini yang cuba dinafikan oleh anaknya sendiri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar bekas Ahli Parlimen BN Kawasan Batu Berendam Melaka.

Video BARUA 3.0: Kadir SheikS Fadzir menelanjang dirinya sendiri !



Cuba kita amati semua ucapan yang dibuat oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Kadir SheikS Fadzir dalam video Minaq Jinggo ini...

Dia tuduh bahawa tiada langsung sistem demokrasi diamalkan dalam proses pilihanraya di negara ini serta tiada langsung kebebasan diberikan oleh pihak kerajaan terhadap media massa mahupun media elektronik.

Apa Kadir SheikS Fadzir tidak ingatkah siapa yang menewaskan beliau di Parlimen Kulim Bandar Baru pada PRU-12 dulu ? Beliau ketika itu adalah calon Barisan Nasional namun telah ditewaskan oleh calon Pakatan Haram daripada PKR iaitu YB Datuk Zulkifli Nordin(kini wakil rakyat Bebas).

Patutnya kalau diikut dakwaan oleh Kadir SheikS Fadzir itu, beliau mestinya menang besar dikawasan tersebut kerana semua keputusan ditentukan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi itu tidak berlaku sebalik calon pembangkang pula yang menang dengan majoriti besar.

Kalau benarlah dakwaan mengarut Kadir SheikS Fadzir bahawa tiada amalan demokrasi dalam sistem pilihanraya di Malaysia khususnya ketika kemuncak karier politik beliau pada 2008, mengapa YB Datuk Zulkifli Nordin boleh menang dan beliau tewas?

Dan banyak lagi kerusi-kerusi Parlimen serta DUN yang sebelum itu telah menjadi milik BN tetapi terlepas ke tangan pembangkang?

Satu lagi, Kadir SheikS Fadzir menuduh kerajaan melalui Kementerian Penerangan telah menyalahgunakan kuasa apabila bertindak menyekat kebebasan media terutamanya ketika menjelang PRU-12 dulu. Apakah Kadir SheikS Fadzir terlupa siapa dia Menteri Penerangan Malaysia ketika itu kalau bukan dia sendiri? Memang lancaolah bekas pemimpin macam ini!!!

Apa Kadir SheikS Fadzir tidak perasan, sejak Kementerian Penerangan diterajui oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kebebasan media serta media elektronoik milik kerajaan sendiri seperti RTM TV1, TV2 serta radio lebih jauh terbuka jika dibandingkan ketika Kadir SheikS Fadzir menjadi menterinya.

RTM baik TV1 mahupun TV2 sejak dipimpin oleh Dr. Rais Yatim memang banyak menampakkan perubahan malahan lebih berani berdepan dengan cabaran dan ini boleh saja dilihat apabila mereka sering mengundang pemimpin pembangkang bersama para pemimpin kerajaan untuk muncul ditemubual serta meluahkan pandangan mereka dalam siaran tv RTM.

Adakah keadaan seperti ini pernah berlaku ketika RTM khususnya Kemeterian Penerangan dikemudikan oleh Kadir SheikS Fadzir? Tidak adakan...namun masa PRU-12 beliau boleh kalah kepada calon PKR. Itulah, kalau betul dakwaan serong Kadir Shek Fadzir itu tentang demokrasi telah mati di negara ini, kenapa beliau boleh kalah sedangkan beliau ketika itu mewakili UMNO serta Barisan Nasional?

Kalau benar semua jenis bentuk kebebasan termasuk demokrasi di negara ini berada di dalam genggaman pemimpin Barisan Nasional, adalah satu tindakan terlalu bodoh apabila pihak kerajaan sengaja untuk menyerahkan Pulau Pinang, Selangor, Kedah serta Perak kepada Pakatan Haram Pembangkang...

Sudahlah Kadir SheikS Fadzir,,,tak usahlah anda cuba untuk menipu atau memutar belitkan kenyataan...anda kalah kepada Datuk Zulkifli Nordin pada PRU-12 dulu bukan kerana pencabar kamu itu calon Barisan Nasional dan juga bukan kerana ketika itu kamu calon PAS atau PKR ataupun DAP tetapi kerana negara kita khususnya kerajaan BN sejak dulu sehingga kini memang terbukti mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya yang telus dan adil sehingga banyak kerusi yang disandang sebelum itu jatuh ke tangan pihak pembangkang..

Facebook: PM Singapura turuti jejak PM Malaysia..

Singapura 21 April - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam melancarkan laman sosial Facebook miliknya sendiri dalam usaha merapatkan hubungan bersama rakyat. Seterusnya di Utusan Malaysia

Jumaat, April 20, 2012

Kondom & KY Jelly bersepah di lokasi khemah haram pemberontak PTPTN !

Khemah haram percuma, nasi bungkus percuma, air minuman percuma, tidur percuma, kondom percuma, bahan pelincir KY Jelly percuma...semua percuma.

Kehadiran Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Sam Kemetot, Mamfuz Omar, Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasharuddin Tantawi serta beberapa pemimpin Pakatan Haram pembangkang ke lokasi para pemberontak PTPTN berkhemah di Dataran Merdeka adalah semata-mata untuk membekalkan keperluan tersebut.

Benda-benda itu semua memang amat diperlukan oleh para pemberontak tersebut kerana jika tanpanya semangat mereka itu terus hidup bergelandangan dalam cuaca sejuk dingin membeku di atas Dataran Merdeka tentu akan cepat luntur.

Cuba pembaca semua bayangkan, apabila dalam satu khemah terdapat tiga ataupun empat orang yang tidur di dalamnya dan pasti ketika tidur pula mereka akan berhimpit-himpit dan bagi yang punya nafsu songsang mungkin saat sedemikian sangat digemari hehehe....apa lagi,,,,,

Patutlah setiap pagi Detektif Conan sering terjumpa dengan bekas-bekas kondom yang dibuang di sekitar kawasan mereka berkhemah,,siap dengan bekas-bekas bahan pelincir KY Jelly :-]

BARUA 3.0: mereka tuntut 8 perkara, tapi lupa 5 perkara sebelum datang 5 perkara !

 Perkara ( 1 ) : Muda Sebelum Tua. Patutnya setelah memasuki usia senja mereka perlu kembali kepada landasan hidup yang sebenar dan bukan terus hanyut dengan tuntutan hawa nafsu duniawi.
 Perkara ( 2 ) : Sihat Sebelum Sakit. Semasa masih sihat patutnya buat perkara-perkara yang dituntut oleh agama dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah. Jangan menggadaikan maruah agama semata-mata mahu memenuhi kehendak politik dunia.
 Perkara ( 3 ) : Kaya Sebelum Miskin. Kata orang, beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.
 Perkara ( 4 ) : Lapang Sebelum Sempit. Mesti kena ingat, sebelum segala apa yang kita miliki hari ini menjadi hancur musnah, adakah kita rela menyerahkan tindakan kita untuk ditentukan oleh pihak lain hanya kerana untuk mendapat kuasa memerintah.
Perkara ( 5 ) : Hidup Sebelum Mati. Mati memang pasti dan hidup insya-Allah. Adakah sebelum mati kita semua telah bertaubat serta insaf atas segala kesilapan atau keterlanjuran yang pernah dilakukan? Bila lagi nak bertaubat? Apakah mahu menunggu sehingga misai, janggut tumbuh panjang dan beruban seperti janggut Pak Samad baru terpikir hendak bertaubat?

8 perkara yang dituntut oleh BARUA 3.0;

[ 1 ] Bersihkan Senarai Undi

[ 2 ] Mereformasikan Undi Pos

[ 3 ] Gunakan Dakwat Kekal

[ 4 ] Tempoh Kempen Maksima 21 Hari

[ 5 ] Akses Media Yang Bebas Dan Adil

[ 6 ] Kukuhkan Institusi Awam

[ 7 ] Hentikan Rasuah

[ 8 ] Hentikan Politik Kotor

Bukankah perkara [ 1 ] sentiasa dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari masa ke semasa dan perkara [ 2 ] sedang dipertimbangkan oleh SPR bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di negara lain. Jadi apa lagi yang dimahukan oleh BARUA 3.0?

Begitu juga dengan perkara [ 3 ], kerajaan serta SPR telahpun bersetuju untuk menggunakan kaedah dakwat kekal pada PRU-13 nanti sebagaimana yang pihak pembangkang cadangkan sebelum ini, oleh itu dakwat yang bagaimana lagi puak-puak BARUA 3.0 mahu SPR gunakan nanti?

Manakala tuntutan BARUA 3.0 untuk perkara [ 4 ], [ 5 ], [ 6 ], [ 7 ] dan [ 8 ] telah lama digunapakai oleh SPR yang mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi dan tiada nampak lagi di mana keperluan bagi pihak BARUA 3.0 untuk mengadakan pemberontakkan di Dataran Merdeka 28 April ini.

Video: Jom Balik Pulau, panjat jambu !!!



Video seorang wakil rakyat pembangkang kena persenda dalam Parlimen :-)

Khamis, April 19, 2012

BARUA 3.0: wajah-wajah pemberontak bersiri yang akan bertempur pada 28 April ini !

 Wanita Besi Berkarat, Ambiga Sreenavasan satu-satunya wanita yang terus diberi kepercayaan oleh pihak penentang kerajaan untuk mengetuai kempen menghasut orang ramai serta seluruh rakyat Malaysia bangkit memberontak serta melawan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan beliau diselang-seli dengan usahanya menyokong perjuangan kumpulan LGBT yang mendesak kerajaan supaya membenarkan budaya songsang diamalkan oleh puak-puak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual di negara ini.
 Ini orang tua yang tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari... A.Samad Said menerusi beberapa puisi yang pernah didekliminasinya semasa perhimpunan haram BARUA 2.0 pada 9 Julai 2011 tahun lalu secara berlapik mendakwa beliau mencintai perpaduan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian namun dalam masa yang sama turut bersekongkol dengan puak-puak yang sedang giat untuk memporak-purandakan keadaan keselamatan dalam negara dan beliau juga merupakan antara individu yang begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan agar kerajaan segera menghapuskan PPSMI dari sukatan pelajaran negara.
 Tian Chua, wakil rakyat PKR kawasan Parlimen Batu. Terkenal dengan tabiat menyerang serta memberontak terhadap pihak berkuasa khususnya pihak polis. Pada perhimpunan haram BARUA 3.0 yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini, kemungkinan besar beliau akan menyertai perhimpunan haram tersebut, ini berdasarkan kepada sejarah pemberontakan beliau terhadap kerajaan yang tak sudah-sudah sehingga membawa menjadi satu kes di mahkamah.
 Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang...Zuraida Kamaruddin atau sering menjelma menjadi hantu Mak Limah Lampir memang tidak serik-serik untuk menyertai pemberontakan tanpa mengira siapa penganjurnya, asalkan pemberontakan dilakukan untuk menentang segala rancangan serta usaha murni yang dibuat oleh phak kerajaan.
 Pada perhimpunan BARUA 2.0 tahun lepas, Mat Syabu Timbalan Presiden PAS ini juga turut serta memberontak namun ketika kehadiran polis, beliau menjadi gelabah dan kemudian cuba melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu melanggar trak polis yang diletakkan di tepi jalan.
 Adam Songsang, mahasiswa yang telah disingkirkan oleh pihak universiti kerana telah menjatuhkan maruah universiti tempat beliau menimba ilmu apabila menyalahgunakan masa untuk belajar kepada kegiatan yang sangat bertentangan dengan peraturan serta undang-undang universiti. Sering mengetuai sekumpulan mahasiswa yang berjaya beliau perdayakan dalam perhimpunan haram menentang kerajaan. Memberontak dan mendesak kerajaan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sehingga kini terus menekan agar kerajaan memberi pendidika percuma kepada golongan mereka.
 Terkenal kerana sering terkencing dalam seluar, Shamsul Iskandar Akin atau lebih lebih dikenali sebagai Sam Kemetot oleh golongan blogger pro-BN. Beliau merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR atau singkatannya AMK. Pernah menghasut rakyat agar bangun bersama beliau bangkit memberontak menentang kerajaan dan lakukan kekerasan sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir terhadap kerajaan pimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak. Maknanya Sam Kemetot menyeru rakyat supaya memberontak sehingga kerajaan sedia ada menjadi lemah dan seterusnya memberi ruang kepada pihak Pakatan Haram DAP, PKR serta PAS untuk merampas kuasa.
Ini pula adalah Tamrin Abdul Ghaffar anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba. Allahyarham juga adalah merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO sebelum Anwar Ibrahim. Sebagai anak kepada bekas pejuang tulen bangsa dan negara, tindakan Tamrin yang sanggup bersekongkol dengan pengkhianat negara seperti S. Ambiga, A. Samad Said, Tian Chua dan lain-lain untuk turut serta dalam perhimpunan haram BARUA 3.0 pada 28 April ini adalah satu perkara yang sangat dikesali.

Sebagai anak kepada bekas pemimpin yang sangat dikagumi akan semangat kebangsaan dan juga semangat kenegaraannya, Tamrin tidak sepatutnya melibatkan diri dengan sebarang kegiatan songsang yang diterajui oleh puak-puak PAS(Parti Ambiga Sreenavasan) yang nyata boleh memudaratkan keadaan keamanan serta keharmonian di dalam negara. Beliau sepatutnya mempertahankan perjuangan murni yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghaffar dulu dan bukannya turut serta memberontak di jalanraya untuk memusnahkan semua hasil penat lelah perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang yang terdahulu termasuk allahyarham bapa beliau.

Gerhana lagi ? bulan berbentuk sabit setiap 5 pagi dari arah timur..

Ada yang perasan tak berkenaan dengan rupa bentuk bulan pada setiap jam 5 pagi yang terbit dari arah timur?

Nak dikatakan gerhana tidak juga, nak dikatakan anak bulan tidak juga sebab rupa bentuknya sama saja setiap pagi bila saya perhati bermula pada 17, 18 dan pagi ini tadi 19 haribulan April jam 5 pagi hari Khamis.

Apakah petanda-petanda ini semua membawa kepada makna bahawa hari kiamat sudah semakin menghampiri kita?

Rabu, April 18, 2012

Penagih berkhemah di tengah-tengah Ibu Kota KL ?

Orang lain kalau hendak berkhemah kena pergi jauh-jauh ke dalam hutan ataupun sekurang-kurangnya pasang khemah ketika berkelah di tepi pantai, namun apa yang peliknya bagi para pemberontak PTPTN apabila mereka memilih untuk berkhemah di dalam kawasan bandar yang sepanjang masa sibuk dengan segala aktiviti manusia.

Oleh itu, saya berharap agar pihak berkuasa khususnya pihak polis boleh kiranya menyiasat apakah kegiatan yang dilakukan oleh para pemberontak pimpinan Adam Adli sewaktu mereka sedang bertapa di dalam khemah yang mereka dirikan itu, samada mereka itu sedang melayan facebook, twitter, mengulangkaji pembelajaran, bermain daun terup, buat hubungan seks bebas ataupun tengah layan ketagihan syabu..

Harap pihak berkuasa menyiasat apa yang mereka lakukan dalam khemah-khemah tu, siasat jangan tak siasat !!!

Sampai bila kumpulan Adam Adli mahu terus menyusu?

Pendidikan percuma yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bermula dari darjah 1 sehingga ke darjah 6 dan seterusnya dari tingkatan satu membawa ke tingkatan 5 serta tingkatan 6.

Sejak dari sekolah rendah lagi rakyat Malaysia telahpun diperkenalkan dengan sistem pendidikan percuma oleh pihak kerajaan dan sepatutnya perkara ini diambilkira juga oleh mereka-mereka yang kini begitu giat mencabar kerajaan supaya terus menanggung kos untuk membiayai pengajian mereka di menara gading secara percuma.

Sebagai individu yang sudahpun masuk ke alam dewasa, mahasiswa-mahasiswa yang berada di dalam kumpulan Adam Adli sewajarnya sudah mampu untuk berfikir secara matang dan bersedia untuk belajar hidup "berdiri di atas tapak kaki sendiri" ataupun berdikari tanpa mengharapkan seratus peratus bantuan percuma daripada pihak kerajaan bagi menampung kos pengajian mereka.

Mengambil contoh bayi yang baru lahir kuat menyusu susu badan ibunya, selang beberapa bulan perubahan demi perubahan berlaku pada bayi di mana bayi bertukar menjadi kanak-kanak kecil yang mulai tahu mengensot kemudian mula belajar merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari sehingga ia menjadi seorang kanak-kanak yang nakal iaitu dari seorang bayi yang minum susu ibu kepada susu botol lalu bertukar selera kepada minuman lain dan seterusnya lebih suka meneguk air biasa menggunakan cawan.

Kalau seorang bayi yang semakin meningkat usianya tahu jelak untuk meminum minuman susu secara berterusan tetapi bagaimana pula mereka-mereka yang dulunya dari kelas Tadika kemudian sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian ke pusat-pusat pengajian tinggi masih juga mahu dimanja dengan semua benda yang percuma.

Tidak terpikirkah mereka, bahawa sebagai pelajar yang telah bergelar mahasiswa mereka juga tentunya mempunyai tanggungjawab serupa sepertimana warganegara lain terhadap Malaysia serta rakyatnya. Tidak salah untuk mereka menuntut sesuatu yang menjadi hak mereka tetapi adalah sangat tidak wajar apabila mereka terus memaksa kerajaan tunduk mengikut segala kehendak mereka yang mahu PTPTN dihapuskan dan kemudian minta pula kerajaan beri pendidikan percuma.

Tanda2 kiamat? Gerhana bulan atau anak bulan terbit pagi dari timur?

Ini bukan gambar sebenar yang saya ambil sebab tidak cukup peralatan untuk merakam dengan jelas keadaan bulan seakan-akan gerhana namun berbentuk tidak ubah seperti anak bulan yang dapat saya saksikan sendiri waktu pagi 17 April dan pagi ini tadi 18 April iaitu dua kali berturut-turut.

Saya seperti biasa sering bangun awal jam 5 pagi tetap dan oleh kerana keadaan cuaca tidak mendung di langit, keadaan nampak sangat cerah membolehkan saya melihat kejadian agak aneh bagi saya iaitu bagaimana anak bulan boleh terbit dari arah timur lebih-lebih lagi pada waktu selepas subuh.

Pagi semalam saya mulai rasa seperti ada yang agak luarbiasa apabila bulan berada dalam keadaan sedemikian namun pagi ini saya sudah memang bersedia untuk melihat sekali lagi adakah kejadian begitu berulang semula dan nyata telahan saya tepat sebaik saya menoleh ke langit bentuk bulan sama seperti pagi semalam iaitu seolah-olah sedang mengalami gerhana juga berbentuk seperti anak bulan.

Haraplah kepada mereka-mereka yang pakar tentang fenomena yang berkaitan dengan bulan ini dapat kiranya pada pagi esok untuk sama-sama melihat apakah sebenarnya yang terjadi terhadap bulan dan mudah-mudahan cuaca baik seperti pagi semalam dan juga pagi ini bagi membolehkan kita untuk melihat dengan jelas kejadian ini.

Selasa, April 17, 2012

Adam Adli digesa pulangkan balik wang pinjaman PTPTN !

Negarawan Ulung YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan mana-mana mahasiswa yang mahukan PTPTN dihapuskan agar segera memulangkan wang yang telah mereka terima daripada perbadanan berkenaan sebelum ini dan tidak usah berdemo dijalanan semata-mata kerana mahu PTPTN dimansuhkan. Seterusnya, di sini

Begitu juga dengan pihak yang telah mengapi-apikan kemarahan para mahasiswa untuk menentang PTPTN ini supaya kelak mereka mengambil-alih tanggungjawab PTPTN terhadap pelajar terbabit supaya membiayai pengajian kumpulan para pelajar itu di mana-mana juga pusat pengajian tempat mereka menuntut ilmu.

PTPTN diwujudkan bermatlamat untuk membantu pelajar yang datang dari golongan keluarga miskin dan bukannya golongan kaya seperti Adam Adli serta penyokong beliau yang rata-rata adalah anak orang berada, anak orang kaya, paling tidakpun sebaik mereka berpihak kepada pembangkang khususnya PKR besar kemungkinan kos pengajian mereka juga turut mendapat suntikan daripada parti berkenaan yang kita sudah sedia maklum memang punya wang banyak yang luarbiasa hasil daripada dana asing luar negara..

Ahad, April 15, 2012

Pelarian PTPTN bina khemah dalam bandar elak bayar hutang !

 Ketua pemberontak PTPTN, Adam Adli bersama rakan kelihatan duduk keletihan sementara menunggu nasi bungkus yang akan dihantar sekejap lagi oleh pihak penganjur.

Gara-gara enggan membayar balik pinjaman yang hanya memerlukan mereka menjelaskan 5.4% dari wang yang diterima di mana kerajaan menanggung subsidi yuran sebanyak 85% - 95% menyebabkan pemberontak pimpinan Adam Adli sanggup bergelandangan, berlapar serta berhujan di tengah-tengah bandaraya...
Ini dia rupa bentuk khemah-khemah yang didirikan oleh para pemberontak PTPTN yang cuba lari dari membayar hutang mereka yang masih tertunggak mahupun yang masih lagi belum dilunaskan...

Mereka ini dulu sebelum menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak PTPTN adalah sangat mustahil tidak memahami semua terma ataupun sebarang pra-syarat sebelum pinjaman masing-masing diluluskan.

Tetapi kenapa setelah wang pinjaman yang diluluskan bagi membiayai yuran pembelajaran mereka itu sudah diterima dan dibelanja dan mungkin juga sudah kehabisan baru nak mengata itu dan ini tentang PTPTN konon menipu, zalim, kejam dan sebagainya?

Kenapa dulu sebelum memohon pinjaman daripada PTPTN tidak terlebih membuat pertimbangan yang bijak dan sewajarnya samada mahu meminjam ataupun sebaliknya ataupun kenapa tidak buat saja pinjaman dari agensi-agensi kewangan seperti bank-bank dan lainnya?

Sabtu, April 14, 2012

Bershit 3.0: dimanakah letaknya ilmu Pak Samad ?

Kalau diikut tafsiran orang-orang dulu dan juga sebahagian daripada orang-orang sekarang, sebaik terlihat seseorang yang menyimpan janggut serta misai yang panjang tentulah beranggapan bahawa orang tersebut memiliki banyak ilmu, tak kiralah ilmu apa yang dia ada.

Begitu juga dengan Datuk A. Samad Said, kita sudah biasa dengan penampilan beliau yang bermisai panjang serta berjanggut panjang berjuntai dan ditambah lagi dengan gelaran Sasterawan yang dimilikinya setelah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan atas beberapa sumbangan beliau terhadap bidang pendidikan negara sebelum ini.

Manakala ada juga yang berpendapat jika kita berilmu adalah lebih baik jangan menunjuk-nunjuk agar tidak riak. Namun bagi yang berilmu pula, mereka berhak untuk menentukan kepada umum bagaimana caranya untuk memberitahu kepada masyarakat umum bahawa mereka ada ilmu ataupun berilmu.

Menyimpan misai tebal, panjang dan juga semestinya janggut panjang adalah merupakan pengenalan kepada mereka-mereka yang kononnya orang yang berilmu akan tetapi jika tindakan mereka itu dilihat semakin terkeluar daripada sifat-sifat seseorang yang berilmu, maka harus dimana lagi letaknya ilmu yang ada pada mereka yang wajip untuk kita percayai?

Seperti Pak Samad ini, beliau dikenali semua sebagai seorang yang sangat berilmu dalam bidang yang tertentu, tetapi apabila beliau melibatkan diri secara aktif didalam siri demonstrasi serta rusuhan di jalanan semata-mata terikut yang kemudiannya mengetui segolongan pihak untuk menentang kerajaan secara keras, jadi apakah ilmu yang ada pada Pak Samad itu masih tersangkut dalam janggut mahupun misai beliau?

Patutnya, jika Pak Samad masih lagi berkeras tetap mahu bersama-sama dengan S. Ambiga Sreenavasan, Hishamuddin Rais serta yang lainnya untuk mengetuai perusuh di perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka nanti maka adalah lebih baik potong saja janggut serta cukur semua misai yang sudah tidak bernilai dan tidak berharga itu serta tidak membawa sebarang makna apapun...

Jumaat, April 13, 2012

Bershit 3.0: Ambiga & Pak Samad adalah ancaman besar kepada ketenteraman awam di Malaysia !

Walaupun sudah berpuluh-puluh laporan polis dibuat oleh rakyat yang cintakan kedamaian dan ketenteraman berhubung penganjuran Perhimpunan Haram Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu oleh S. Ambabiga Sreenavasan, A. Samad Said dan yang lainnya serta tanpa adanya tindakan susulan oleh pihak berkuasa, dan kini pihak yang sama sekali lagi mahu mengadakan satu perhimpunan haram serupa iaitu Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Terus bermaharajalela dan mereka semakin berani mencabar undang-undang dan juga kedaulatan negara, pihak S. Ambiga dan Pak Samad nyata semakin angkuh, biadap untuk mengheret seramai mungkin rakyat negara ini untuk berhimpun secara haram mengikut juga menyokong pihak mereka bagi tujuan menentang segala usaha yang telah dan akan dibuat oleh pihak kerajaan.

Sengaja memekakkan telinga serta membutakan mata terhadap semua pembaharuan yang giat dilakukan dari masa ke semasa oleh kerajaan, nyata sekali pihak S. Ambiga dan Pak Samad yang merasakan diri mereka sudah begitu kebal di sisi undang-undang tetap mahu terus menggugat ketenteraman dalam negara tanpa menghiraukan keselamatan orang awam, tanpa peduli perasaan serta hak majoriti rakyat yang tidak suka dengan apa yang sedang pihak Bersih lakukan kini.

Sebagai salah seorang rakyat yang sudah begitu bosan, sudah muak dengan segala tindak-tanduk pihak S. Ambiga dan Pak Samad ini, maka apa masalahnya jika kita sarankan kepada pihak berkuasa di negara ini khususnya pihak polis yang bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan dalam negara serta ketenteraman awam supaya menahan, menangkap untuk tempoh beberapa lama Datuk S. Ambiga Sreenavasan, Datuk A. Samad Said, Hishamuddin Rais dan juga mana-mana mereka yang begitu beriya-iya untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih 3.0 itu nanti.

Tangkap dan tahan mereka ini mengikut mana-mana Akta yang bersesuaian agar apa juga perkara yang jelas boleh menimbulkan keadaan tidak membantu negara yang selamat untuk rakyatnya berteduh dapat untuk dielakkan daripada berlaku. Cegah sebelum parah.! Bertindaklah sebelum terjadinya sebarang kejadian yang tidak diingini. Lagi satu, sebagai rakyat...saya rasa berhak untuk menyatakan bahawa wang ringgit yang digunakan untuk tujuan mengawal sebarang bentuk keganasan pada hari perhimpunan haram itu nanti adalah lebih baik digunakan untuk tujuan yang berfaedah.

Pada Perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas, kerajaan telah menggunakan begitu banyak wang semata-mata untuk kegunaan mengawal keadaan keselamatan hari berkenaan. Wang telah dibazir untuk perkara yang jelas tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat yang terbanyak. Jadi, apa masalahnya bagi pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa polis untuk menangkap serta menahan beberapa ekor petualang bangsa dan negara demi keamanan berterusan dalam negara kita. Belanja untuk kegunaan makan minum kalau mereka ditahan bukannya banyak sangatpun...

Khamis, April 12, 2012

Mat Syabu akan 'bercawat' di Miri esok, 13 April..

Jika sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang pernah menghina kaum Dayak di Sarawak dengan berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."

Kata-kata itu dihambur oleh Haji Abdul Hadi ketika satu sidang media bersama wartawan semasa Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai beberapa tahun lepas dan ianya ditujukan kepada para pengundi berketurunan Iban serta Dayak yang menolak calon pembangkang dan memilih Malcom Mossen Lamuh sebagai Yang Berhormat bagi mewakili rakyat di DUN Batang Ai Sarawak.

Sudah hampir tiga tahun penghinaan yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi itu terhadap kaum Dayak namun sehingga kini beliau belum lagi berusaha untuk memohon maaf daripada masyarakat peribumi terbesar Sarawak itu. Akan tetapi pada hari ini, entah bagaimana tetiba sahaja PAS yang diterajui oleh Haji Abdul Hadi sekali lagi mempermainkan hati dan perasaan kaum Iban dan Dayak Sarawak apabila hendak meletakkan seorang calon dari kaum tersebut untuk mewakili PAS pada PRU-13 bagi kerusi Parlimen Sibuti.

Calon PAS untuk Parlimen Sibuti sudahpun dikenalpasti sebagai Bobby Zaid Tandang, seorang profesional dan sedang bertugas di Semenanjung Malaysia. PAS mahu Bobby menentang calon daripada Barisan Nasional yang berkemungkinan besar sekali lagi akan menurunkan penyandang sedia ada iaitu YB Ahmad Lai Haji Bujang sebagai calon.

Maka untuk mengesahkan perkara tersebut, maka esok Timbalan Presiden PAS Mat Syabu akan berlepas dari KL ke Miri dan akan berada di beberapa tempat dalam kawasan Taman Tunku Miri untuk program-program yang telah diatur oleh PAS cawangan Miri.

Kepada bakal calon PAS di Parlimen Sibuti itu saya ingin melihat seorang pemimpin yang tahu erti bagaimana hendak menjaga maruah bangsa yang pernah dihina. Adakah dengan menerima tawaran tersebut atau akan menolaknya?

Cuma saya terpikir, andaikata Bobby Zaid nanti gagal membantu PAS untuk merampas kerusi Parlimen Sibuti daripada tangan BN pada PRU-13 nanti, apakah jaminan daripada Haji Abdul Hadi Awang yang beliau tidak akan menghina kaum Dayak buat kali yang kedua sebab untuk kesalahan penghinaan beliau yang dulu terhadap kaum Iban pun masih lagi belum selesai.

Yang di-Pertuan Agong XIV: kumpulan Azmin Ali hina majlis Pertabalan

Tidak sangka juga apabila seseorang yang telah diberikan dengan gelaran sebagai "Yang Berhormat" boleh berkelakuan sungguh kurang ajar malah lebih buruk lagi langsung tidak tahu beradat serta tidak bertamadun seperti Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta beberapa orang lagi daripada pembangkang ketika berada di dalam Dewan Balairong Seri Istana Negara pada Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam. AIDC ada butirannya di sini

Sungguh memalukan sebenarnya apabila rakyat mempunyai seorang wakil rakyat seperti mereka itu. Tahap disiplin mereka betul-betul teruk, tidak kira di mana...mereka memang bersifat seperti orang tidak berpendidikan malah Orang Utan lagi tahu malu...

Rabu, April 11, 2012

Daulat Tuanku! DYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

 KDYMM Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong V pada 23 Julai 1970
 dan pada waktu yang sama juga Malaysia dpimpin oleh Perdana Menteri kedua YABhg Tun Hj Abd Razak bin Hussein
 hari ini 11 April 2012 tercatat satu lagi sejarah besar buat Malaysia negara tercinta ini apabila buat kali keduanya KDYMM Seri Paduka Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV
di mana ketika ini Malaysia baru meraikan genap tiga tahun pentadbiran YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6...

Jumaat, April 06, 2012

Bershit 3.0: siapa yang ganggu siapa ni, Pak Samad???

Sentiasa tidak berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional, itulah dia A. Samad Said. Apa jua yang dilakukan oleh kerajaan BN semuanya tidak betul dimata A. Samad Said. Dalam pemikiran A. Samad Said hanya dia, hanya S. Ambiga Sreenavasan, hanya pihak Pakatan Haram Pembangkang saja yang sempurna, yang betul segalanya.

Setelah kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib nampak semakin banyak melayan hampir separuh dari tuntutan serta kehendak pihak mereka namun itu semua juga seakan-akan masih tidak cukup bagi A. Samad Said serta puak-puak beliau daripada Pakatan Haram. Kerajaan sudah turut kemahuan mereka yang ini, mahu lagi paksa kerajaan menurut semua apa yang ada didalam benak mereka. Memang sial!!!

Lagi mahu berdemo 28 April ini, apakah A. Samad Said langsung tidak terpikir tentang perasaan majoriti rakyat di negara ini yang tidak suka kepada apa yang pihak lakukan. Apakah A. Samad Said pikir seluruh rakyat Malaysia menyokong apa yang puak-puak mereka tu lakukan. Tidakkan beliau terpikir kesannya ke atas ekonomi, keamanan serta keselamatan negara jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku andai diteruskan juga rancangan Bershit 3.0 itu nanti.

A. Samad Said kata beliau terus terganggu serta tidak berpuas hati dengan kerajaan(di sini)

Khamis, April 05, 2012

Video Sula: apesal pula perasuah kena hukum sula???



Hukum sula ni kalau tak silap sayalah menghendaki pesalah zina atau yang terbabit di dalam jenayah seksual dihukum mengikut kaedah seperti dimasukkan buluh tajam yang telah diruncing ke dalam dubur si pesalah hingga menembusi jantung.

Tu cara hukuman orang dulu-dulu...agak lapok juga, kejam serta zalim dan kurang sesuai untuk digunapakai terhadap manusia.

Tetapi hukuman sula yang bagaimana pula yang mahu dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim ke atas mereka yang terlibat di dalam kegiatan atau gejala rasuah? Mengapa perlu disula kenapa tak dikenakan saja hukuman ikut undang-undang sedia ada?

Nak sula tu pakai apa pula... sebelum lakukan sula tu kena sapu juga ke bahan pelincir supaya buluh mudah masuk dengan lancar ;-)

Arkib Blog