Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 07, 2010

Apakah asas perjuangan PKR di Sarawak ?

Menurut Pengerusi PKR Sarawak Sdra Baru Bian, hasrat sebenar PKR pada pilihan raya umum negeri Sarawak nanti hanyalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional semata. Itu saja. Tiada lain, semuanya sama seperti perjuangan mereka di Semenanjung Malaysia.

Agak-agaknyalah seandainya khayalan mereka itu berjaya, maka bermakna agenda pertama mereka telah berjaya dan seterusnya mengira untuk merancang bagaimana caranya untuk membolot kekayaan yang ada di Bumi Kenyalang, merancang untuk menindas hak-hak kaum peribumi di Sarawak sebagaimana mereka lakukan di Pulau Pinang dan juga di Selangor... agak-agaknya begitulah.

Pihak mereka tiada hasrat lain cuma bila dah mendapat kuasa, semua janji-janji yang pernah ditaburkan kepada rakyat semasa kempen dengan mudah akan dibuang ketepi, manifesto dirangka cuma sebagai alat untuk memperdayakan rakyat yang kurang bermaklumat atau rakyat yang mudah untuk diperdaya tetapi sangat sukar untuk diubah semula fikiran mereka.

Hendak dikatakan PKR hadir di Bumi Kenyalang sebagai penyelesai ataupun untuk menegakkan keadilan buat rakyat di Sarawak yang kononnya telah ditindas oleh kerajaan BN, memang tiada masuk akal juga...sebab tiada isu penindasan terhadap rakyat di negeri ini sebenarnya sebagai yang telah berlaku terhadap rakyat di Pulau Pinang dan Selangor sekarang ini.

Saya tidak katakan 100% penduduk di Sarawak telah menikmati semua kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini, semuanya adalah disebabkan oleh keadaan geografi negeri serta masalah penduduk yang tinggal bertaburan disana-sini dan inilah sebenarnya yang menyukarkan sebarang bentuk peruntukan dapat disalurkan dengan mudah seperti jalan raya, bekalan air bersih, kemudahan telekomunikasi dan juga bekalan api elektrik.

Berbeza dengan penduduk yang tinggal dibandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dimana segala kemudahan bolehlah dikatakan semuanya sudah lengkap hanya tinggal setiap hujung bulan mereka dikehendaki menanti bil-bil menuntut bayaran keatas sesuatu perkhidmatan yang mereka terima. Apabila bil-bil mulai meningkatkan nilai bayarannya, maka sudah tentu akan timbul suara membantah, merungut walaupun beban yang yang ditanggung tidaklah sesukar masalah yang dihadapi oleh penduduk pendalaman yang masih lagi belum mempunyai sebarang kemudahan yang telah dinikmati oleh para penduduk di kawasan bandar.

Oleh itu, saya mahu mencabar para pemimpin PKR di Sarawak, sekiranya mereka benar-benar mahu memperjuangkan keadilan buat rakyat Sarawak, maka janganlah hanya bertumpu kepada penduduk-penduduk yang sudah lama hidup selesa dengan segala bentuk kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini, tetapi buatlah sesuatu yang meyakinkan para penduduk yang tinggal jauh dipendalaman dan jangan hanya mengharapkan undi daripada mereka yang dipendalaman dan tidak payah memperjuangkan nasib penduduk dibandar yang masalah mereka yang kadang-kala memang sengaja diada-adakan semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan yang semuanya percuma.

Inilah hakikat yang harus kita akui sekarang, golongan yang masih memerlukan khidmat daripada wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah penduduk luar bandar atau yang tinggal di pendalaman yang ada diantara kawasan mereka belum lagi ditembusi oleh sebarang kemudahan asas namun golongan inilah yang paling kuat menyokong calon-calon Barisan Nasional pada setiap kali diadakan pilihan raya.

Manakala bagi para penduduk dibandar-bandar utama iaitu apabila sudah terlalu selesa dengan apa yang sudah dinikmati dengan segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, mereka akan menjadi mudah lupa hanya disebabkan oleh isu-isu kecil seperti sistem perparitan yang tersumbat, jalan depan rumah berlopak sebesar gelas dan macam-macam lagi masalah yang remeh sebenarnya dan mudah diselesaikan sekiranya ada semangat berkerjasama sebagaimana semangat yang ada pada penduduk luar bandar di pendalaman.

Inilah golongan yang disasarkan oleh PKR sebenarnya iaitu golongan yang sudah selesa dengan segala kemudahan yang diberikan tetapi dalam pada itu juga golongan itu akan cepat tergolong didalam kumpulan masyarakat yang mudah lupa apabila berdepan dengan sedikit masalah dan inilah yang juga saya mahu melihat samada PKR Sarawak benar-benar bersedia untuk menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional dengan tidak memikirkan sebarang soal kesukaran apabila tiba ke isu untuk menyelesaikan masalah penduduk di pendalaman yang kebanyakkannya hanya bergantung kepada sistem pengangkutan air dimana memerlukan masa selama dua tiga hari untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Sabtu, Mac 06, 2010

Bukan lagi satu sandiwara...

Walaupun dulu saya pernah berpendapat bahawa tindak-tanduk oleh beberapa wakil-wakil rakyat dari PKR hanyalah sebagai satu sandiwara untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari hanya berterusan tertumpu melihat satu isu saja kepada isu yang lain, namun apabila keadaan yang jelas sukar lagi untuk dikawal dalam PKR kini terutamanya telah mula mengubah pandangan saya mengenai mereka-mereka ini yang telah bertindak keluar meninggalkan PKR.

Saya sebenarnya sangat tertarik sekali dengan alasan-alasan yang telah diberikan oleh beberapa orang daripada mereka akan sebab kenapa mereka meninggalkan PKR dan juga Anwar Ibrahim. Cuma alasan yang dikemukakan oleh YB Nibong Tebal, Tan Tee Beng saja yang kurang jelas apabila kenyataan beliau lebih kepada unsur-unsur tidak berpuashati tentang tanpa jawatan tertentu ketika sidang media berlangsung.

Ahli Parlimen Bayan Baru Pulau Pinang, YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, "meninggalkan PKR kerana tidak mahu suatu hari nanti akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai sebahagian daripada perosak agama, bangsa dan negara." Ini adalah alasan yang sangat menyentuh jiwa.

Bekas ADUN Penanti dan juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin pula berkongsi sebab dengan Ahli Parlimen Bagan Serai YB Mohsin Fadzli Samsuri apabila menyatakan tidak sanggup lagi melihat masalah agama dipermainkan terutamanya dalam isu Kalimah ALLAH dan keduanya juga tidak lagi rela apabila maruah dan kedaulatan negara ini cuba digadaikan kepada pihak asing oleh PKR, DAP dan PAS.

Kini apabila giliran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Dr Zulkifli Noordin mengambil tempat seterusnya dalam pergolakan dalam PKR apabila telah dipecat tetapi telah diberi peluang pula untuk merayu, beliau juga berkongsi alasan yang serupa dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Bagan Serai dan juga Sdra Fairus Khairuddin mengenai sebab-sebab kenapa beliau tidak akan merayu terhadap pemecatan keatasnya serta telah bertekad untuk keluar meninggalkan semua perjuangannya dalam PKR.

Hanya ucapan terima kasih saja yang mampu diberikan kepada mereka ini termasuk mereka yang sebelum ini seperti Dr. Chandra Muzzafar, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Datuk Marina Yusof, Ahli Parlimen Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham, Datuk Nallakarupan dan yang lain-lain lagi kerana tindakan mereka dengan meninggalkan PKR diharap dapat membuka mata dan hati rakyat yang selama ini telah tertipu dan terpedaya dengan kata-kata manis pemimpin PKR dan rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Posted by Picasa

Jumaat, Mac 05, 2010

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

Dua hari sebelum tarikh 16hb September 2008, Pakatan Pembangkang telah menghantar 5 wakilnya untuk mengejar lebih 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sedang melakukan lawatan sambil kerja ke Taiwan, tujuannya adalah untuk memujuk kesemua wakil rakyat BN agar melompat ke dalam parti Pakatan Pembangkang.

Dan sekiranya usaha mereka berhasil, bermakna hasrat mereka iaini Pakatan Pembangkang untuk membentuk kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada akan tercapai. Tetapi malangnya, apabila wakil Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh YB Saifuddin Nasution yang turut disertai oleh YB Tian Bite Chua, YB Elinaked Wong dan dua individu lagi telah gagal untuk mengesan akan kedudukan ahli parlimen BN ketika sudah berada di Taiwan.

Tambah malang lagi apabila wakil rombongan terdesak Pakatan Pembangkang tersadai untuk beberapa hari di lapangan terbang antarabangsa Taipei akibat kesan dari serangan taufan catrina yang ganas sehingga memaksa semua penerbangan keluar masuk Taipei telah dibatalkan manakala kesemua wakil rakyat daripada Barisan Nasional telah sempat terlebih dahulu berjaya berlepas ke suatu lokasi yang tidak diberitahu.

Itu cerita dulu, cerita dua tahun yang lalu. Cerita yang mengisahkan bagaimana Pakatan Pembangkang telah gagal untuk 'menjadikenyataankan' impian mereka untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan UMNO/BN apabila terpaksa berputih mata untuk pusingan yang kedua. Mereka gagal mengejar dan 16 September hanya tinggal angan-angan kosong.

Kini, satu persatu apa yang sedang mereka kendong juga turut semakin jatuh berciciran, dari mereka yang hanya ada kedudukan dalam parti kepada yang mempunyai kedudukan sebagai seorang wakil rakyat telah meninggalkan Pakatan Pembangkang untuk berdiri sebagai wakil rakyat yang bebas. Bermula dari Dr. Chandra Muzzafar kepada Mohd Ezam Mohd Nor, Datuk Nallakarupan, Datuk Marina Yusof dan lain-lain lagi terus membawa kepada perletakan jawatan masing-masing dalam PKR oleh YB Gabriel Adit, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Datuk Seri Zahrain Hashim, YB Tan Tee Beng, bekas TKM 1 Pulau Pinang sdr Fairuz Khairuddin dan yang terbaru YB Mohsin Fadli Samsuri...

...dan perkembangan inilah juga yang menyebabkan MB Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa membuatkan beliau terpaksa keluar masuk kedalam Hospital kerana tidak dapat menyesuaikan pendirian yang sering berubah-ubah beliau itu dengan 'kejutan politik' yang semakin tidak menyebelahi pihak Pakatan Pembangkang sekarang ini.

Dulu sejurus selepas YB Badrul Hisham mengumumkan keluar daripada PKR, Datuk Nik Aziz terpaksa bermalam di wad hospital kerana kesan daripada kejutan yang tidak terduga itu dan sekarang setelah tiga orang wakil dari Pakatan Pembangkang keluar dari PKR dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas telah menyebabkan Datuk Nik Aziz sekali lagi terpaksa bertapa didalam wad Hospital. Fuhhhhh...!!! celako!, celako!, celako!...

Ketahuilah isyarat PRU DUN Sarawak semakin dekat...

Biasanya, apabila orang ramai atau rakyat sudah mulai sedar bahawa sesuatu pilihan raya itu pasti akan diadakan setelah penggal lima tahun untuk sesebuah kerajaan itu semakin berakhir dan memerlukan mandat baru daripada rakyat... tentu sekali persoalan demi persoalan akan bermain dipikiran, 'bila agaknya pilihan raya nak diadakan?', 'bila lagi Dewan nak dibubarkan?'...

Begitu juga dengan desas-desus mengenai Pilihan Raya DUN Sarawak, banyak pihak yang berminat mengenainya sejak dari beberapa bulan yang lepas telah membuat andaian serta berteka-teki tentang tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun bagi penduduk Sarawak sendiri, saya rasa mungkin kebanyakkan daripada mereka memang sudah dapat menghafal rahsia bagaimana hendak tahu atau dapat membuat ramalan secara agak tepat tentang bila tarikh Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diadakan.

Apa yang perlu kita mesti ambil tahu ? Jawapannya agak mudah, iaitu cuma kita perlu perhatikan sesuatu perubahan pada wajah Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, iaitu pada setiap kali sekiranya terdapat gambar beliau disiarkan didada-dada akhbar serta didalam mana-mana akhbar harian ataupun kita melihat beliau dimana-mana majlis yang dihadirinya dan apabila kita mendapat beliau sudah mulai memelihara misai serta membiarkan janggut panjang, maka bermakna pembubaran DUN Sarawak sudah semakin hampir.

Ini seumpama sebuah padang bolasepaklah, jika rumput dipadang semakin panjang jadi ianya membawa maksud rumput di padang berkenaan perlu untuk dipotong dan dibersihkan agar memudahkan sesiapa jua untuk bermain bola, berlari, melompat parti...disitu. Hendak menendang bola pun senang, tak payahlah nak bersusah-payah merebah dedaunan rumput atau memijak-mijak rumput lagi janji bola tidak bergoyang kena angin sudah...

Khamis, Mac 04, 2010

PRU Sarawak: M. Kyveas bertegas mahu menentang BN !

Walaupun Perdana Menteri telah menjelaskan semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-12 pada 02 Mac lalu bahawa UMNO dan PPP tidak perlu dan tidak akan mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang, namun masih ada pihak yang langsung tidak menghormati pendirian yang telah disuarakan oleh YAB Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP), Datuk M. Kyveas dalam reaksinya berkenaan dengan pendirian YAB Perdana Menteri itu terus menunjukkan sikap keras kepala beliau apabila masih berpegang kepada kehendak asal mahu PPP bertapak di Negeri Sarawak apabila beliau menegaskan sekiranya Barisan Nasional Sarawak terus tidak mahu menerima kemasukan PPP, maka pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak nanti PPP akan tetap menurunkan calonnya dan akan bertanding atas tiket bebas untuk menentang sebarang calon termasuk dari Barisan Nasional.

Inikah bentuk semangat kerjasama dalam Barisan Nasional yang diamal dan yang hendak ditunjukkan oleh M. Kayveas kepada rakyat Malaysia ? Apakah langsung tiada rasa hormat beliau terhadap pendirian Perdana Menteri itu dan adakah sememangnya tiada langsung rasa hormat beliau terhadap kemampuan para pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional negeri dalam mentadbir negeri Sarawak sejak dulu lagi ?

Inilah jenis pemimpin yang pada akhirnya akan merosakkan perpaduan yang ada dikalangan sesama ahli didalam parti mereka sendiri dan juga yang akan memecahbelahkan perpaduan antara sesama parti komponan didalam gabungan Barisan Nasional sekiranya tiada tindakan disiplin awal dikenakan terhadap pemimpin parti sebegini bagi mencegah mereka dari terus untuk menggugat kestabilan dalam Barisan Nasional.

Jika dibiarkan saja pemimpin seperti M. Kayveas ini bertindak sembarangan sehingga sanggup melanggar garis panduan sedia ada yang telah ditetapkan dalam Barisan Nasional kepada setiap mana-mana parti dibawah naungannya, nescaya pemimpin dari jenis inilah nanti yang akan sanggup menolak ketepi semua bentuk kerjasama dengan rakan-rakan didalam Barisan Nasional bagi kepentingan bersama semata-mata hanya kerana ingin mengejar sesuatu untuk kepentingan diri.

Kepada Datuk M. Kayveas, uruskan saja masalah berserabut yang masih membelenggu dalaman PPP yang masih belum selesai sehingga kini sebelum bercadang untuk melangkah keluar jauh dari lingkaran dimana tiada satupun kerusi Parlimen yang PPP dapat pertahankan semasa PRU-12 lalu, jadi tak usahlah menunjukkan sikap keras kepala serta memekakkan telinga dengan tidak mahu menghormati pandangan Perdana Menteri serta tidak mahu memahami akan kehendak para pemimpin tempatan di Sarawak sendiri.
Posted by Picasa

Rabu, Mac 03, 2010

PKR semakin rebah - YB Bagan Serai keluar parti hari ini...

PKR hari ini dikejutkan lagi dengan tindakan seorang lagi wakil rakyat daripada parti itu apabila Ahli Parlimen bagi kawasan P058 Bagan Serai di Perak, iaitu YB Sdra Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri telah meletakkan semua jawatan beliau didalam parti dan telah mengumumkan keluar dari Parti KeADILan Rakyat(PKR) dengan serta merta tengah hari tadi.

Syabas dan Tahniah buat YB Mohsin Fadli Samsuri kerana YB telah berani membuat keputusan yang begitu bermakna sekali buat rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara dari terus dinodai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terima kasih kepada YB Mohsin kerana sekurang-kurangnya tindakan YB itu akan dapat membantu sesetengah rakyat di Sarawak untuk berfikir dengan matang didalam menilai seseorang atau sesebuah parti itu samada mereka layak atau tidak untuk dipilih bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak nanti.

Blog ~ //jeffrydamien09 hilang dalam kebebasan media...

Blog milik blogger penyokong BPN iaitu saudara Jeffery, http://jeffrydamien09.blogspot.com kini telah tidak dapat dilayari lagi. Entah kenapa.

Di saat banyak pihak sedang memperjuangkan kebebasan bersuara untuk rakyatnya iaitu setelah kerajaan mulai menerapkan dasar keterbukaan sejak 6 tahun yang lalu dalam pemerintahannya maka dalam pada itu juga terdapat usaha untuk menyekat kembali kebebasan yang telah diperolehi itu apabila ianya tidak diizinkan kepada mereka-mereka yang tidak menyebelahi pihak-pihak yang tertentu.

Ke manakah hala tuju kebebasan serta keterbukaan yang diperjuangkan hendak dibawa ? Apakah ianya akan dibawa ke arah untuk menghancurkan kedaulatan negara, memusnahkan impian negara atau adakah ianya untuk dibawa ke arah memelihara perlembagaan negara, mempertahankan kedaulatan undang-undang negara, memperkukuhkan perpaduan dikalangan berbagai kaum di negara ? !!! bingung (((((((((0)))))))))

Rakyat Sarawak tetap akan setia dengan Barisan Nasional...

Melihat kepada situasi yang sedang berlaku dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang ketika ini dan juga melihat kepada cara mereka mentadbir negeri-negeri yang telah ditawan ketika PRU-12 yang lalu, kita yakin rakyat Sarawak dapat melihat perkara itu sebagai panduan ketika membuat keputusan penting untuk menentukan kerajaan yang harus dipilih.

Sekiranya rakyat Sarawak mahu terus menikmati keadaan yang sebagaimana yang dikecapi sekarang atau lebih lagi sejak ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional, maka pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak yang akan datang rakyat Sarawak harus keluarlah dengan satu matlamat iaitu untuk terus mempertahankan kerajaan yang sedia ada dan elakkan diri dari untuk memilih parti-parti yang sudah jelas gagal dalam serba-serbinya.

Jangan terpedaya dengan janji-janji pemimpin parti-parti yang sudah jelas gagal meyakinkan para ahli partinya sendiri mengenai dasar perjuangan parti. Gagal menguruskan ekonomi negeri-negeri yang mereka tadbir sebagaimana yang pernah dijanjikan semasa berkempen serta sepertimana yang terdapat didalam manifesto parti mereka pada PRU-12 yang lepas.

Seandainya rakyat Sarawak masih lagi menaruh harapan kepada parti yang jelas tidak tentu hala perjuangannya, maka mereka bakal akan menjadi sebahagian daripada rakyat Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang paling malang sekali. Mereka akan mendapat seorang wakil rakyat dari parti yang gagal menunaikan janji dan gagal memperuntukkan masa untuk mendengar masalah rakyat, gagal memperuntukkan masa untuk meninjau kawasan yang diwakilinya dan kesimpulannya gagal sebagai seorang wakil rakyat.

Rakyat Sarawak sendiri akan melihat keadaan jika ada diantara mereka masih lagi berkeinginan untuk terus memilih parti pembangkang sebagai pemerintah dimana wakil yang mereka sendiri pilih hanya akan memperjuangkan isu-isu yang tiada langsung berkaitan dengan masalah rakyat dikawasan mereka, wakil-wakil rakyat ini akan lebih suka keluar masuk Mahkamah, turun naik ke Mahkamah membela nasib hanya seorang individu yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat setempat.

Kita di Sarawak boleh merujuk kepada kes-kes yang sedemikian apabila kita selalu menoleh kepada apa yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia selama ini membabitkan wakil-wakil rakyat dari parti-parti pembangkang yang hanya menggunakan kuasa diberi oleh rakyat sebagai Yang Berhormat untuk kepentingan diri sendiri dan tingkahlaku mereka itu telah menyebabkan keperluan serta kehendak sebenar rakyat dikawasan yang mereka wakili telah terabai tanpa pembelaan.

Kita tidak rela keadaan seperti itu turut berlaku disekitar kita. Kita mesti mempunyai kerajaan yang kurang berpolitik tetapi sebaliknya lebih giat bekerja untuk memaju serta membangunkan ekonomi rakyat dan juga ekonomi negeri Sarawak bagi membantu Malaysia secara keseluruhannya untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.

Selasa, Mac 02, 2010

Keliru dengan desakan 'lucutkan' kes, rakyat Australia terus lucutkan pakaian...

Ini adalah kejadian yang baru berlaku semalam, hari Isnin 01hb Mac 2010 di hadapan Sydney Opera House, Australia. Negara Kanggaroo, Parlimen mereka juga sama macam Kanggaroo... suka menggaru ketiak orang lain.

Mungkin sebagai tanda menzahirkan sokongan terhadap 'desakan oleh 50 Ahli Parlimen Australia' baru-baru ini yang mahu kerajaan Malaysia melucutkan segera kes liwat yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka rakyatnya yang sudah lama sesat telah sama terikut dan menjadi semakin keliru apabila menyatakan sokongan tak berbelah-bahagi berkenaan dengan 'desakan oleh 50 Ahli Parlimen Australia' dengan segera juga melucutkan semua pakaian yang dipakai mereka sehingga bertelanjang bulat tanpa seurat benangpun tinggal menutupi batang tubuh mereka.

Segalanya terjadi akibat dari sikap para pemimpin dan juga rakyat Australia itu sendiri yang kurang memahami bahasa, adat resam serta budaya rakyat yang ada di Malaysia. Lebih parah lagi apabila terdapat masih ramai daripada Ahli Parlimen Australia yang belum sedar bahawa negara Malaysia sudah lebih daripada 52 tahun telah berstatus sebagai sebuah negara yang merdeka, negara yang berdaulat dan sebuah negara yang mempunyai perlembagaan serta undang-undangnya sendiri yang negara lain harus menghormatinya sebagaimana Malaysia menghormati kedaulatan negara-negara lain.

Maka itulah akibatnya apabila para pemimpin negara Kanggaroo itu yang buta sejarah telah mengajak rakyat mereka untuk turut sama berhimpun sebagai tanda sokongan terhadap desakan 'lucutkan' kes liwat, tak semena-mena timbul dalam pikiran rakyatnya yang dah lama hidup songsang telah membawa kepada maksud lain pula... otak sudah blue.., dilucutkan semua pakaian pula dah...
Posted by Picasa

PM di Sarawak hari ini 02 Mac 2010

Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak kini berada sekali lagi dengan rakyat di Bumi Kenyalang untuk merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) ke-12.

Selamat datang Yang Amat Berhormat !!!, kami rakyat Bumi Kenyalang sentiasa mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat ke Negeri Sarawak. Walaupun agak terlewat bagi saya untuk mengucapkan selamat datang kepada Perdana Menteri namun jauh disudut hati saya sebagai anak Sarawak ada tersimpan perasaan sangat bangga sekali apabila YAB Datuk Seri Mohd Najib sejak mengambil-alih pentadbiran negara telah memberi perhatian semula terhadap Sarawak dimana selepas 5 tahun sebelum itu iaitu selepas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bersara kami merasa seolah-olah mulai dipinggirkan.

Semoga dengan kehadiran YAB Datuk Seri Mohd Najib ke Perhimpunan Agung PBB itu nanti dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada semua perwakilan yang menyertainya kerana rakyat Sarawak sangat memerlukan semangat yang kuat dari seseorang pemimpin utama negara sepertimana pada waktu era pemerintahan Negarawan Ulung YABhg Tun Dr Mahathir dulu. Kini semangat itu telah menjelma semula dalam kepimpinan baru Datuk Seri Najib dan diharap kepada seluruh rakyat Bumi Kenyalang apabila melihat gaya kepimpinan yang ada pada YAB Datuk Seri Najib hampir menyerupai gaya kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir dulu, maka oleh itu tekadkanlah pendirian kita semua untuk terus memastikan agar Barisan Nasional tetap menjadi pilihan kita pada pilihan raya DUN Sarawak nanti.
Posted by Picasa

Isnin, Mac 01, 2010

Doa bala Nik Aziz berbisa, baik untuk PRU DUN Sarawak

Menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak nanti, banyak peristiwa yang sudah ditayangkan di depan mata dan harap seluruh rakyat Sarawak yang pastinya akan terlibat secara langsung dalam pilihan raya itu nanti agar dapat membuka minda mereka, membuka mata serta membuka fikiran setelah melihat apa yang sedang berlaku didalam gabungan Pakatan Pembangkang(DAP,PKR,PAS) sekarang ini, maka adalah sangat diharapkan supaya mereka tidak akan mudah terpedaya dengan siri pembohongan yang akan dijalankan oleh Pakatan Pembangkang masa PRU itu.

Dahulu Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menganjurkan satu doa khas ditujukan kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib serta seluruh menteri kabinetnya dengan harapan supaya kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib ditimpa musibah atau mala petaka, namun kita semua sebagai rakyat yang cintakan keharmonian, kesefahaman, keadilan, kesejahteraan negara amat bersyukur kerana 'doa bala' yang telah diusahakan YAB Datuk Nik Aziz akhirnya tidak menjadi dan apa yang sangat melucukan ialah apabila 'doa bala' oleh Nik Aziz itu kemudiannya mara menyerang, menghempas, memulas, membelit pihak mereka sendiri pula...

...sedangkan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib pula terus mara melangkah ke hadapan dengan penuh bergaya menuju ke arah kejayaan, kemajuan, keamanan serta kesejahteraan dengan hanya berbekalkan kepimpinan yang berteraskan keikhlasan, kejujuran, ketelusan, kecekapan dalam membangunkan ekonomi rakyat dan juga ekonomi negara menuju ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang lagi.
Posted by Picasa

Ahad, Februari 28, 2010

Keahlian terus BN hanya mengundang masalah baru kepada rakyat

Cadangan agar Barisan Nasional membukakan keahliannya secara terus kepada mana-mana individu, pertubuhan atau NGO-NGO yang cenderung menyokong dasar perjuangan BN tanpa perlu menganggotai parti-parti tertentu yang sedia ada didalam gabungannya seharusnya diteliti dan dikaji secara mendalam terlebih dulu sebelum dilaksanakan.

Dalam perkara ini saya berpendapat adalah sangat penting bagi kerajaan terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan terus daripada semua pihak seperti pendapat rakyat bawahan terutamanya kaum Bumiputera, ahli-ahli parti peringkat akar umbi dari setiap parti yang ada didalam BN itu sendiri, ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua bahagian samada mereka-mereka ini menyokong ataupun tidak akan cadangan seumpama itu.

Saya bukannya hendak mempertikaikan sangat perkara yang sedang didalam peringkat cadangan seperti itu, namun adakalanya kita sebagai rakyat biasa terutamanya kita sebagai kaum Bumiputera harus berpendapat adalah wajar bagi kita untuk menyatakan rasa bimbang apabila menyedari jika dalam seribu keputusan dianggap sebagai terbaik yang pihak kerajaan akan buat untuk rakyat namun pasti ada diantaranya yang akan merugikan rakyat pada akhirnya dan perkara itulah yang seharusnya kita beritahu kepada pihak kerajaan.

Berkenaan dengan isu 'keahlian terus' dalam BN, saya risau sekiranya cadangan tersebut akan menjadi kenyataan pada masa yang akan datang apakah ianya kelak tidak akan mewujudkan lebih banyak masalah kepada rakyat terutamanya bagi kaum Bumiputera walaupun kepada pemimpin, langkah yang diambil oleh pihak kerajaan itu boleh dilihat sebagai hanya penyelesai kepada masalah dalaman yang timbul diantara sesama parti dalam gabungan Barisan Nasional itu sendiri semata-mata tetapi saya melihat tidak kepada rakyat yang menyokong BN.

Hanya satu cerita yang boleh kita boleh ambil sebagai satu panduan untuk menentukan samada cadangan 'keahlian terus' itu sebagai jalan yang terbaik untuk masa depan rakyat Malaysia, untuk masa depan kaum Bumiputera, untuk masa depan UMNO, untuk masa depan PBB, PRS, SPDP juga untuk masa depan MCA, MIC, PPP serta untuk masa depan PBS, PBRS dan lain-lain lagi.

"Sebelum ini, kita rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional tidak kira kita adalah rakyat biasa yang menyokong perjuangan BN, ahli-ahli biasa parti dalam komponan BN, bekas-bekas pemimpin BN dan mereka-mereka yang sekarang ini masih lagi sebagai sebahagian daripada pemimpin dalam BN dimana semuanya makan diatas sebuah meja yang sama, makanan ada didalam pinggan masing-masing tetapi malang sekali sewaktu makan ada sesetengahnya yang masih lagi tidak mahu bersyukur dan mahu lagi mengambil makanan dari dalam pinggan rakan di sebelah walhal semuanya telah dibahagi samarata...

...dan seandainya, makanan itu akan dihidangkan kesemuanya diatas meja makan tanpa sebarang pinggan mangkuk, jadi maknanya... sesiapa saja yang hendak makan, maka makan sajalah dan siapa yang gelojoh maka dialah yang untung, siapa yang "brutal" maka merekalah yang akan terus kuat untuk mengumpul kekayaan di negara ini... dan dimanakah kedudukan kaum Bumiputera pada waktu itu ??? ...adakah kaum Bumiputera hanya akan berdiri ditepi sebagai pemerhati yang tidak boleh buat apa-apa ???

Sabtu, Februari 27, 2010

Berfikiran tertutup, punca sesetengah rakyat Indonesia sukar terima kenyataan !

Walaupun bukan semua, namun saya yakin bahawa lebih separuh daripada rakyat di negara Republik Indonesia mempunyai sifat yang boleh dikatakan sebagai semulajadi apabila mereka yang memang dilahirkan dengan sifat yang sedemikian, gagal menerima sebarang kenyataan kerana pemikiran mereka yang sudah sebati dengan tanggapan lama bahawa mereka lebih hebat, lebih gagah, lebih maju, lebih kuat dan punyai berbagai-bagai lagi kelebihan pada perkiraan mereka berbanding dengan negara tetangga Malaysia.

Negara yang mempunyai rakyat yang berfikiran ditahap yang mundur atau masih berada ditakuk lama akan gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang punya rakyatnya berfikiran lebih terbuka dan bersedia menerima apa jua kenyataan tanpa perlu menjatuhkan maruah negara sendiri dihadapan rakyat dari negara-negara lain. Lebih separuh daripada rakyat Indonesia juga masih tebal dengan anggapan kuno bahawa merekalah antara negara termaju dalam segala bidang dengan merujuk Malaysia sebagai perbandingan mereka.

Dimana majunya??? ...apakah perbuatan mereka yang menghina Malaysia pada insiden yang memalukan negara Indonesia sendiri baru-baru ini boleh dikatakan sebagai maju??? Maruah negara Indonesia sendiri yang sebenarnya telah tercalar gara-gara tindakan yang tidak bertamadun oleh sesetengah rakyatnya yang masih menyimpan dendam berpanjangan terhadap rakyat serta negara Malaysia.

Cuba kita lihat kepada satu berita dari BERNAMA Sabtu, 27 February 2010;
JAKARTA:
Aksi para penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam dalam pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di sini Isnin lepas, mengakibatkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) didenda AS$5,000(RM17,000).

Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) setelah Pengurus Pasukan Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana kelakuan itu telah mencemarkan maruah sebuah negara.

Walaupun Indonesia menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Uzbekistan Mei ini, aksi penyokongnya itu sedikit sebanyak mencemarkan kejayaan pasukan Republik itu.

Pasukan tuan rumah layak ke pusingan akhir di Uzbekistan setelah menewaskan Malaysia 3-5 di peringkat separuh akhir pada Rabu lepas.

Dalam kejadian pada hari Isnin di Stadium Tenis Tertutup Senayan itu, sejurus pasukan negara memasuki stadium dan lagu Negaraku dimainkan, para penonton telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya.

Nyanyian oleh para penonton yang ramai itu menyebabkan lagu Negaraku menjadi tidak kedengaran. Para penonton juga tidak bangun menghormati ketika lagu kebangsaan negara lain dimainkan.

Semasa permainan berlansung pula, ada penonton meneriak perkataan maling(pencuri) dan baci(pondan) kepada pemain pasukan Malaysia.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng telah memohon maaf berhubung kejadian itu.

Penganjur juga kemudiannya mengingatkan para penonton supaya tidak membuat bising dan bangun menghormati lagu kebangsaan negara lain ketika ia dikumandangkan, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada perlawanan seterusnya yang membabitkan Malaysia.

Pasukan negara pulang ke tanah air dengan hampa setelah tewas kepada Vietnam 3-6 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat semalam dan dengan kegagalan itu juga bermakna Malaysia gagal menempah tempat ke Uzbekistan.
-- Bernama.

...kepada pasukan Malaysia, tak payah gusar atau kecewa dengan kegagalan itu sebab perjuangan tidak terhenti setakat disitu saja malah Malaysia akan sentiasa melangkah untuk pergi lebih jauh lagi tanpa perlu memikirkan sangat pasal maki-hamun serta kata cerca oleh para penyokong yang kononnya mereka adalah maju itu ini tetapi tanpa mereka sedari dalam masa yang sama bahawa perbuatan mereka itu juga telah meragut maruah negara Indonesia sendiri.
Posted by Picasa

Selamat bersidang ! Pertahankan PBB hanya untuk Bumiputera

Hari ini Sabtu 27hb February 2010 bermulalah Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB). Kepada semua perwakilan daripada 71 cawangan dari seluruh pelusuk Bumi Kenyalang gunakanlah peluang yang tersedia untuk menyuarakan atau membentangkan perkara yang sering berbangkit pada peringkat akar umbi iaitu dalam masyarakat biasa di bawah.

Dan gunakanlah juga kesempatan yang ada pada persidangan agung PBB kali ini untuk mendapatkan ketetapan bersama dari kesemua cawangan perwakilan yang hadir untuk menyatakan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) tetap dengan pendirian yang ia tidak akan membuka keahlian kepada masyarakat bukan Bumiputera dan nyatakan juga bahawa PBB hanya akan terus kekal sebagai kuasa politik hanya untuk kaum Bumiputera Sarawak sahaja.

Rakyat dari golongan kaum Bumiputera di Sarawak harus faham bahawa dalam keadaan bagaimana sekalipun ada sesuatu perkara yang kita boleh berkongsi bersama dengan mereka dan selain itu pasti ada perkara lain yang kita harus pertahankan sebagai tetap hakmilik kita yang kita tidak rela boleh berkongsi dengan masyarakat bukan Bumiputera. Semuanya demi masa depan kaum Bumiputera Sarawak yang kebanyakkannya masih jauh ketinggalan dalam banyak bidang jika dibandingkan dengan masyarakat peniaga dari kaum bukan Bumiputera yang jauh lebih berjaya.

Selamat bersidang dan buatlah yang terbaik untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) supaya dapat terus berperanan sebagai paksi untuk memimpin kaum Bumiputera Sarawak khususnya dan juga rakyat Bumi Kenyalang amnya agar terus mara ke hadapan dan maju dalam semua bidang dan kerjaya setanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia.
Posted by Picasa

Jumaat, Februari 26, 2010

Menjelang Perhimpunan Agung PBB Ke-12, persiapan Pilihan Raya dan isu tanah NCR jadi tumpuan


'Transformasi Rakyat Untuk Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi'

MENJELANG Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan membuka tirainya pada 27hb February 2010 ini, masing-masing perwakilan daripada 71 cawangan parti itu diseluruh negeri mulai tiba satu-persatu di Bandaraya Kuching iaitu pusat perhimpunan pada tahun ini.

Berbeza dengan perhimpunan lepas yang diadakan di Miri pada 2007, perhimpunan kali ini bukannya tumpuan 5,000 perwakilan daripada 71 cawangan parti itu sahaja malah turut menarik perhatian perwakilan daripada parti-parti komponan Barisan Nasional yang lain baik di peringkat negeri mahupun diperingkat pusat malah tumpuan perwakilan tidak rasmi daripada parti-parti pembangkang dan rakyat di negeri ini.

Ini berikutan spekulasi yang menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 diadakan, selepas perhimpunan agung PBB ini, iaitu parti yang menjadi tulang belakang pemerintahan BN di Sarawak.

Pilihan Raya DUN Sarawak ke-9 yang diadakan pada 2006 akan tamat penggalnya pada 2011. Malah , Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda PBB, Gerald Rentap Jabu dalam sidang medianya baru-baru ini memberitahu perhimpunan agung bagi Pergerakan Pemuda kali ini akan menjurus terhadap persiapan menjelang pilihan raya negeri yang akan datang. Beliau berkata ini adalah relevan memandangkan pilihan raya bakal menjelang meskipun tarikh sebenar belum diketahui.

Justeru bagi memantapkan persiapan dan jentera, PBB perlu bersedia dari segenap aspek untuk menangkis serangan pembangkang yang sedaya upaya mencungkil apa jua silap dan isu untuk dijadikan modal menentang BN.

Sehubungan itu, 5,000 perwakilan daripada 71 cawangan yang akan berkampung di venue di perhimpunan agung kali ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) akan mempunyai peranan sebagai penyebar maklumat tepat berkaitan agenda pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) iaitu salah satu daripada isu yang sering menjadi fokus perwakilan pembangkang.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, topik tanah NCR dipilih pada perhimpunan agung kali ini kerana ia sejajar dengan tema perhimpunan 'Transformasi Rakyat Untuk Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi.'

Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, agenda pembangunan tanah NCR perlu diberi penjelasan terperinci kepada akar umbi agar matlamat kerajaan membasmi kemiskinan dapat dicapai. Malah katanya, antara kaedah membasmi kemiskinan yang diilhamkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, katanya adalah menerusi pembangunan tanah NCR.

"Pada pagi 1 Mac para perwakilan akan menghadiri seminar hal ehwal tanah dan ia merangkumi aspek undang-undang berkaitan tanah NCR," katanya dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-12 di Ibu Pejabat PBB di sini pada Rabu lalu.

"Ketua Menteri pernah menegaskan adalah sukar untuk mencari cara pantas bagi membasmi kemiskinan di luar bandar. Cara terbaik ialah menerusi konsep usahasama (antara pemilik tanah NCR dan Syarikat swasta)," katanya lagi.

Jabu berkata, pelaksanaan usahasama pemilik dan Syarikat swasta kini telah menyaksikan pembukaan tanah kira-kira 200,000 hektar dan melihat kepada hasil yang telah memberi manfaat kepada peserta, kira-kira 200,000 hektar lagi tanah akan dibuka untuk tujuan itu.

Menurut beliau, seminar itu juga akan bertujuan untuk mengurangkan tuntutan bertindih hak milik tanah NCR dikalangan penduduk luar bandar. "Kita berada dilandasan betul dan perlu menyebarkan maklumat tepat kepada perwakilan agar tidak wujud salah faham," katanya.

Namun dalam membuat pelbagai persiapan untuk menguatkan jentera dan menangkis serangan pembangkang, PBB tetaptidak gentar dengan kehadiran mereka terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kalaka, YB Datuk Abdul Wahab Aziz, PBB sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku semasa pilihan raya yang akan datang.

"Kami PBB, khususnya saya sendiri sudah bersedia untuk menghadapi tentangan daripada pihak pembangkang yang akan memfokuskan kawasan luar bandar. Tiada perkara ataupun isu yang boleh dimainkan oleh pihak pembangkang dalam menghadapi pilihan raya kali ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PBB, pada wawancara yang sama kelmarin.

Mengenai perhimpunan agung kali ini pula, Naib Presiden PBB YB Datuk Daud Abdul Rahman berkata beliau berbangga kerana PBB dapat mengadakan Perhimpunan Agung PBB terbesar yang disertai lebih daripada 5,000 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh Sarawak yang sudah mulai membanjiri Bandaraya Kuching.

Beliau yakin dengan adanya perhimpunan sebegini ia akan dapat memperkuatkan lagi barisan pemimpin PBB dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang. "Saya yakin dengan kekuatan yang ada pada PBB serta sokongan daripada rakyat, PBB akan memenangi semua kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Sarawak Ke-12 diadakan serentak pada 27 dan 28 February ini di BCCK. Bagaimanapun acara tidak rasminya sudahpun bermula pada 26 February dengan majlis suai kenal dan taklimat perhimpunan, diadakan di Hotel Pullman bagi Wanita PBB dan Hotel Riverside bagi Pemuda PBB.

Upacara perasmian perhimpunan agung kedua-dua pergerakan itu akan diadakan 27 February bertempat di BCCK dan dijangka di sempurnakan oleh Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, pada jam 10 pagi. Ia seterusnya menyaksikan pembubaran dan pemilihan ahli-ahli MKT kedua-dua pergerakan terbabit.

Manakala pada 28 February pula akan menyaksikan perbahasan ucapan dasar Presiden PBB pada sebelah pagi diikuti oleh perbahasan usul pada sebelah petang dan penggulungan serta penutupan oleh masing-masing Ketua Wanita dan Ketua Pemuda PBB.

Pergerakan Wanita PBB terus diterajui oleh Senator YBhg Dato Sri Empiang Jabu selepas resolusi sebulat suara oleh 71 cawangan yang mahu supaya cawangan tertinggi pergerakan itu tidak dipertandingkan. Manakala jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda PBB pula yang sebelum ini menjadi isu hangat selepas ahli MKT YB Abdul Karim Rahman Hamzah mengemukakan pencalonannya untuk mencabar penyandang Ketua Pemuda, YB Haji Fadillah Yusof.

Bagaimanapun kehangatan untuk menyaksikan pertandingan yang pertama kali dalam tempoh 30 tahun itu reda apabila semangat setiakawan, komitmen dan persepakatan terhadap parti mengatasi segalanya. YB Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda pada Ahad selepas menyerahkan pencalonannya pada Khamis, minggu yang sama. Penarikan beliau sekaligus memberi laluan kepada YB Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengekalkan jawatannya.

Sementara itu pada 2 Mac pula bakal menyaksikan perasmian Perhimpunan Agung PBB Ke-12 oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional. Acara perasmian ini akan bermula jam 10 pagi diikuti dengan perasmian Galeri Pameran dan Jualan sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-12 itu, pada jam 1.30 petang juga bertempat di Borneo Convention Centre Kuching.

Pada 3 Mac pula akan berlangsung acara kemuncak perhimpunan kali ini iaitu pemilihan bagi jawatan-jawatan Majlis Tertinggi PBB mengikut Fasal 13(3)(h) Perlembagaan PBB.

Manakala pada 4 Mac diadakan perbahasan ucapan dasar Presiden PBB diikuti dengan pembentangan dan perbahasan usul-usul pada sebelah pagi, manakala pada sebelah petang pula ialah ucapan penggulungan dan penutupan oleh Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Acara Majlis Malam Mesra Bersama Pemimpin pula diadakan pada sebelah malam.

Perhimpunan Agung PBB kali ini melabuhkan tirainya pada 5 Mac dengan acara lawatan untuk para perwakilan dan pemerhati ke bangunan baru Kompleks DUN Sarawak, Taman Orkid dan Tebingan Sungai Sarawak. -
Utusan Borneo, edisi Jumaat, 26 February 2010.

CATATAN Anak Merdeka;
Selamat bersidang kepada semua perwakilan dan buatlah yang terbaik kepada PBB-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, untuk masa depan rakyat Negeri Sarawak dan juga demi masa depan yang gemilang buat negara Malaysia yang bertuah ini.

Israel terjerat sendiri gara-gara perangkap Mossad

Kerana keangkuhan tebal yang tiada terbatas, rejim Israel yang senantiasa mendakwa bahawa bangsa mereka iaitu bangsa Yahudi adalah umat pilihan Tuhan dari kalangan semua umat manusia yang ada dimuka bumi ini sehingga membuat sifat sombong, bongkak dan angkuh mereka terhadap bangsa lain diseluruh dunia menjadikan semakin menebal dan sangat sukar untuk dikikis.

Tanggapan mereka mengenai hal tersebut iaitu tentang asal-usul kewujudan bangsa Yahudi di muka bumi ini telah membuat kaum ini semakin berani bertindak sesuka hati terhadap bangsa lain sehingga jelas sekali menunjukkan sikap mereka ini yang memang sangat payah untuk dibawa berbaik-baik dengan masyarakat disekeliling mereka dan tindakan Israel ini sebenarnya telah menafikan hak-hak bangsa lain dalam mempertahankan apa yang telah menjadi milik masing-masing.

Pada awal tahun 2010, Rabu 20hb January yang baru lalu, dunia telah dikejutkan dengan berita pembunuhan salah seorang pemimpin Pergerakan Hamas iaitu Komander Kanannya, Mahmoud al-Mabhuh di sebuah hotel mewah di Dubai yang dipercayai telah dilakukan oleh agensi perisikan Israel yang juga adalah skuad pembunuhnya iaitu Mossad.

Apa yang sangat menarik perhatian seluruh dunia mengenai kejadian pembunuhan itu ialah bagaimana pihak Israel yang sebelum ini didakwa mempunyai kepakaran paling tinggi dalam soal risikan ataupun intipan terhadap pihak yang menjadi sasaran mereka, namun kali adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi pihak Israel dan juga Mossad sendiri apabila strategi yang cuba digunakan untuk mengenakan pihak Hamas telah memerangkap diri mereka sendiri.

Bayangkan, bagaimana agaknya kerajaan rejim Israel sekarang ini akan berdepan dengan masalah hubungan diplomatik dengan 4 negara dari Kesatuan Eropah(EU) dan juga sebuah lagi negara polis di Asia iaitu Australia berhubung dengan penggunaan passport antarabangsa Britain, Ireland, Jerman, Perancis dan Australia yang telah digunakan oleh 15 suspek termasuk seorang wanita yang ditahan setakat ini dalam kes pembunuhan Mahmoud al-Mabhuh itu.

Disinilah kita sudah nampak bagaimana pihak Israel yang selama ini pernah diakui sebagai memiliki pasukan risikan yang hebat serta yang bijak dan licik didalam menyusun dan mengaturkan langkah untuk mengintip, memerangkap, memperdaya serta menyerang pihak lawan tetapi kini telah terjerat dan jatuh masuk kedalam perangkap yang mereka pasang sendiri.

Terbaru, kerajaan Australia turut mengikuti langkah 4 pemimpin negara yang terlibat dari Eropah yang mana passport antarabangsa mereka telah disalahgunakan oleh pihak berkuasa Israel untuk tujuan membunuh sudah memanggil duta Israel untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu disamping memberi amaran keras jika Israel tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan antaranya dengan pihak berkuasa Dubai, Eropah dan Australia bagi memberkas pihak yang bertanggungjawab didalam pembunuhan Mahmoud al-Mabhuh itu.

Khamis, Februari 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431...

Dengan bertemakan "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah," perayaan bagi menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW pada tahun ini akan disambut oleh umat Islam seluruh Malaysia dan juga oleh penganut Islam seluruh dunia esok Jumaat 12 Rabiulawal 1431 Hijrah bersamaan dengan 26 February 2010.

Bersempena dengan sambutan hari Maulud Nabi Muhamad SAW, saya ingin menyampaikan ucapan salam Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan juga kepada semua sahabat-sahabat blogger saya yang saya sedia maklum bahawa kesemuanya beragama Islam antaranya seperti Kumbang, PanglimaPerangCyber, Yanggambi, CucuTokSelampit, ISAC, PuteraMerdeka, FaizalAIDC, ArifOmarPG, GunungMatCincang, JeffryDamienDimensi, AfzainizamPowerStartingAutomobil, AbgTuah, Jebat, GAP, AntiPKRSarawak, ApaiNgelai, MamakPenang dan lain-lain lagi yang tidak tertulis disini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah...

Rabu, Februari 24, 2010

Bakti dan khidmat yang berterusan untuk rakyat Bumi Kenyalang

SIBU: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukkan khas RM35 juta untuk tiga projek bagi meningkatkan mutu kehidupan penduduk empat skim penempatan semula kawasan RASCOM di sini yang dahulunya pernah diancam para pengganas komunis.

Perdana Menteri berkata, peruntukkan itu termasuk antuan berjumlah RM18 juta untuk memperbaiki keadaan 1,420 buah rumah panjang di skim-skim penempatan semula Nanga Jagau, Nanga Ngungun, Nanga Sekuau dan Nanga Tada.

"Sejumlah RM8 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan jalan antara Nanga Jagau dan Nanga Ngungun dan RM9 juta untuk pembinaan sebuah klinik di Nanga Tada," katanya semasa berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Ugap Seribu di Nanga Tada, Kanowit dalam Bahagian Sibu.

Selain bantuan-bantuan ini, Najib mengumumkan bantuan kewangan kepada 477 orang pelajar sekolah di kawasan skim penempatan semula itu dalam bentuk simpanan di Bank Simpanan Nasional.

Menerusi program itu, pelajar sekolah rendah akan menerima RM450 setahun setiap orang manakala pelajar sekolah menengah mendapat bantuan RM600 setahun seorang.

Beliau turut meminta Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Industri Getah(RISDA) untuk mengenal pasti kawasan di skim-skim penempatan semula ini yang berpotensi untuk penanaman getah secara kekal.

Ini katanya adalah untuk membantu rakyat di skim-skim berkenaan untuk menikmati pendapatan tetap melalui penglibatan mereka dalam projek penanaman itu.

Skim-skim penempatan semula RASCOM telah diwujudkan sejak 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein yang juga bapa YAB Datuk Seri Najib, dengan tujuan melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis ketika itu.

Menurut Najib, usaha baru beliau membantu rakyat di kawasan skim itu diharap akan dapat membuka lembaran baru bagi mereka untuk melakar zaman yang lebih makmur selepas ayah beliau berjaya melindungi mereka melalui penubuhan skim-skim itu.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan pusat bersedia untuk membantu membawa kembali jenazah 22 orang askar Sarawak yang sekarang dikebumikan di Semenanjung Malaysia untuk disemadikan di negeri asal mereka.

Katanya askar-askar berkenaan yang berperanan sebagai renjer dan 'tacker' ini telah terkorban semasa mempertahankan negara daripada ancaman komunis. - Berita di petik dari akhbar harian Sarawak ( Utusan Borneo ) edisi Rabu, 24 February 2010.

Sedikit ulasan Anak Merdeka : ...khususnya kepada generasi lama dan muda terutamanya para pelajar di kawasan yang telah menerima khabar gembira sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib, maka gunakanlah sebaik mungkin pemberian ikhlas itu untuk menimba apa juga ilmu yang berguna dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang gilang-gemilang dikemudian hari bukan saja untuk negeri Sarawak bahkan untuk negara Malaysia secara keseluruhannya.

Kepada rakyat di Sarawak, inilah buktinya kerajaan yang tidak hanya suka membuat janji-janji kosong malah jika kita berbalik semula kepada suasana semasa PRU-12 atau Pilihan Raya-pilihan raya yang sebelumnya dan cuba kita lihat dengan apa yang sedang kerajaan Barisan Nasional laksanakan sekarang untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, pasti kita semua akan sedar bahawa ternyata kebanyakkan apa yang ditunaikan tiadapun terdapat didalam janji-janji mereka semasa kempen pilihan raya yang lepas tetapi kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menunaikannya lebih dari apa yang pernah mereka janjikan kepada rakyat, contohnya ialah bantuan yang diberikan kepada 477 orang pelajar di sekolah-sekolah dalam kawasan skim-skim penempatan semula RASCOM, Kanowit.
Posted by Picasa

Selasa, Februari 23, 2010

Pakatan Pembangkang ancaman kepada keselamatan Malaysia

Apabila soal kepentingan negara kita baik dari aspek seperti isu keselamatannya, ketenteraman dan juga kesejahteraan semakin cuba untuk digadaikan kepada pihak luar oleh sesetengah para pemimpin politik dari Pakatan Pembangkang sejak kebelakangan ini saya lihat ianya jika tidak dikawal segera dengan tegas nescaya bukan hanya sekadar akan mempertaruhkan masa depan negara sehingga boleh menjadi hancur tetapi juga akan turut menyebabkan rakyat secara keseluruhannya boleh hilang semua apa yang telah mereka miliki selama ini dan tidak mustahil akan menyebabkan semua apa yang sedang mereka kecapi seperti kebebasan untuk bergerak kemana saja, bebas berniaga, bebas menyuarakan pendapat dan sebagainya akan lenyap perlahan-lahan.

Sebagai contohnya, iaitu isu yang sedang negara kita hadapi pada waktu ini iaitu isu yang berkaitan dengan isu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar sebagai contoh. Kita lihat bagaimana tergamaknya para pemimpin tertentu dari kalangan mereka dalam Pakatan Pembangkang yang sanggup mengiyakan desakan yang telah dibuat oleh 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini yang mahu kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar di Mahkamah.

Perbuatan yang menyetujui desakan oleh 50 Ahli Parlimen Australia itu terbukti apabila telah diikuti pula dengan desakan sendiri dari dalam negara oleh Penasihat DAP YB Lim Kit Siang kepada Speaker Dewan Rakyat untuk diadakan sidang khas tergempar bagi membahaskan isu yang berkaitan dan ini secara tidak langsung telah mengundang campur tangan kuasa asing dalam urusan di negara ini.

Apa yang telah dilakukan oleh Lim Kit Siang itu jelas membelakangi prinsip demokrasi berteraskan keluhuran undang-undang yang diamalkan selama ini apabila enggan menyerahkan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah sebaliknya mahu ianya dibawa balik semula ke Parlimen untuk dibahas dalam Dewan dimana tempat semua undang-undang telah digubal dan diluluskan sebelum digunapakai oleh pihak Mahkamah. Semuanya dilakukan sebagai menyahut desakan oleh 50 Ahli Parlimen negara Kanggaroo itu.

Tindakan oleh Lim Kit Siang itu juga bertentangan sama sekali dengan ayat-ayat yang terkandung didalam teks akuan bersumpah iaitu semasa majlis mengangkat sumpah berlangsung sebagai seorang Anggota Parlimen setelah menang dan dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya diadakan dimana ayat-ayat yang dilafaz pada perenggan akhirnya yang berbunyi "menumpahkan taat setia sebenarnya kepada Malaysia dan harus memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya" jelas menuntut mereka yang telah bersumpah dengan melafazkan ayat tersebut sambil mengangkat tangan supaya terus berpegang kepadanya sehingga berakhir penggal mereka sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat.

Tetapi sayang sekali apabila semua itu sudah tidak dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting apabila ianya telah dijadikan hanya sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu iaitu semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dan apabila kuasa telah berada didalam genggaman maka mereka akan gunakannya untuk memenuhi segala muslihat tanpa memikirkan lagi samada bertentangan atau tidak dengan undang-undang negara atau telah melanggar sumpah sendiri sebagaimana yang dibuat semasa mengesahkan mereka sebagai seorang Ahli Yang Berhormat dulu.

Kini kita sendiri boleh melihat apabila terdapatnya percubaan demi percubaan oleh pihak luar untuk masuk mempengaruhi segala urusan didalam negara ini yang kelihatanya semakin hari semakin menjadi, semuanya gara-gara kecenderungan pihak Pakatan Pembangkang yang begitu ghairah sekali sehingga sanggup mengundang kerjasama kuasa asing demi untuk memperolehi kuasa memerintah Malaysia dan apa yang pasti ialah perkara ini jika tidak ditentang dengan lebih awal dan betul-betul tegas tentunya tidak mustahil ianya akan terus merebak dan kemudian akan membelenggu sistem pemerintahan di negara kita dimana akhirnya kita hanya mampu melihat kemerdekaan negara kita akan menjadi musnah bilamana maruah dan kedaualatan negara ini gagal untuk dipertahankan.

Laporan Polis perlu dibuat terhadap SPRM Kelantan jika benar dakwaan...

Saya sangat terkejut apabila terbaca satu posting terbaru hari ini didalam ruang artikel saudara Pisau di http://www.pisau.net/2010/02/panas-sprm-cawangan-pas-lindungi-nik-html iaitu berkaitan dengan siri siasatan oleh para pegawai SPRM Cawangan Kelantan terhadap dua laporan kepada SPRM berhubung dengan kes salahguna kuasa melibatkan Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Laporan terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah berdasarkan isu tajaan untuk mengerjakan fardu haji ke Tanah Suci Mekah daripada seorang pemilik syarikat penyedia papan-papan iklan serta tanda atau billboard di Kelantan yang bernilai RM65,000.00 dan dan satu lagi iaitu isu perlantikan anak menantu beliau Mohd Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Ekskutif PMBK yang dikatakan telah melanggar akta SPRM.

Saya berpendapat, adalah sangat perlu laporan polis dibuat dengan kadar segera terhadap para pegawai SPRM Cawangan Kelantan yang didakwa telah mengkhianti amanah yang diberikan kepada mereka. Ini perlu dilakukan demi untuk menjaga nama baik Suruhanjaya itu daripada terus menjadi bahan ketawa orang ramai akibat dari kelemahan segelintir para pegawainya berpegang kepada prinsip perjuangan SPRM itu sendiri sebagai sebuah badan yang telah diiktiraf bebas daripada mana-mana pengaruh pihak lain.

Isnin, Februari 22, 2010

Maulidur Rasul: Bumi Kenyalang tetap sambut tapi kenapa tidak Negeri Serambi Mekah ?

Perayaan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW yang disambut setiap 12 Rabiulawal tiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia, pada tahun ini bakal disambut pada 26hb. February 2010 Masehi bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 Hijrah dan jatuh pada hari Jumaat iaitu satu hari yang dianggap sebagai penghulu bagi segala hari.

Jika di Sarawak walaupun majoriti penduduknya bukan beragama Islam, namun sambutan tetap akan diadakan seperti biasa sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas yang disambut di kesemua 11 Bahagian yang ada di negeri Sarawak dan begitu juga di semua daerah-daerah kecil yang terdapat dalam kesebelasan bahagian-bahagian utama dimana perarakan sebagai menandakan sambutan juga turut diadakan meskipun mereka yang beragama Islam di kawasan yang tertentu itu jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan penduduk yang bukan beragama Islam yang ramai.

Perkara seperti ini adalah biasa bagi penduduk di Sarawak dan ianya tidak akan menjadi satu masalah kepada kaum lain yang berada di sekitarnya.

Tetapi apabila Negeri Kelantan Darul Naim dimana kebanyakkan penduduknya adalah orang Melayu dan lebih-lebih lagi ianya merupakan sebuah negeri yang mahu dikenali sebagai Negeri Serambi Mekah oleh para pemimpin PAS serta para pengikutnya telah dikatakan tidak akan menyambut perayaan yang tidak kurang pentingnya bagi umat Islam sebagai tanda kasih dan sayang kepada Nabi Muhamad SAW, dengan alasan yang hanya berpandukan kepada tafsiran-tafsiran oleh golongan ulama politik mereka saja dan ini telah menimbulkan tandatanya dikalangan umat Islam dari negeri-negeri lain di Malaysia terhadap langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Walaupun kalau dilihat dari sudut sejarah perayaan itu sendiri, Maulidur Rasul dipercayai mula disambut oleh umat Islam dibeberapa daerah di Iraq dan di Syria sejak tahun 300 Hijrah. Ini bermakna ia hanya disambut selepas 300 tahun peristiwa hijrah Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah atau 200 tahun selepas kewafatan Baginda, lalu ini bukanlah satu alasan yang boleh diguna oleh Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz untuk menafi hak rakyat Kelantan dari turut serta merayakan Maulidur Rasul seperti menganjurkan perarakkan-perarakkan sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.

Di Malaysia khususnya Malaya ketika itu iaitu sebelum pembentukan Malaysia dimana selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb. Ogos 1957 dan setelah Malaysia dibentuk dengan Sarawak serta Sabah turut bergabung dengan Tanah Melayu bagi menubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16hb. September 1963 maka sambutan Maulidur Rasul telah mulai disambut secara rasmi dan besar-besaran setiap menjelang 12 Rabiulawal setiap tahun Hijrah.

Sangat pelik bagi saya apabila hanya beberapa amalan saja kita nampak bagaimana Menteri Besar Kelantan seakan berpura-pura merujuk kepada Nabi Muhamad sebagai panduan kononnya dalam tindakan tertentu oleh beliau dengan mendakwa itulah teladan yang diambil dari Baginda namun dalam lain perkara beliau dilihat seolah-olah cuba untuk mempertikaikan pula apa yang orang lain buat sebagai untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan sejarah hidup Nabi Muhamad SAW sendiri iaitu saat mulai Baginda diputerakan seperti perarakkan Maulidur Rasul sehingga di saat Baginda wafat.

Bagi pandangan saya secara peribadi, adalah sangat sukar dan tentu mustahil bagi setiap orang dari kalangan manusia biasa dapat untuk mencontohi sepenuhnya sifat mulia serta keperibadian yang begitu tinggi yang dimiliki Nabi Muhamad SAW apatah lagi bagi seseorang yang terlibat sepenuh masa dalam politik yang ideologi, dasar serta perlembagaannya kadangkala boleh berubah dan diubah mengikut kesesuaian masa dan zaman.

Dan itulah yang saya nampak pada kebiasaan tindakan yang seringkali Menteri Besar Kelantan itu ambil, apabila sesuatu perkara itu beliau lakukan demi untuk kepentingan pihak beliau sendiri seperti PAS atau sesuatu perkara itu dirasa akan menyebelahi pihak PAS maka dengan selamba saja beliau akan kata semua itu menuruti sunnah Nabi tetapi sekiranya sesuatu itu tidak menguntungkan pihak beliau seperti yang kita sudah sedia maklum berkenaan dengan tentangan hebat daripada kaum Melayu Pulau Pinang terhadap pembatalan Perarakkan Maulidur Rasul di negeri tersebut oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada hari Jumaat ini, kita dapat lihat bagaimana reaksi kilat Datuk Nik Aziz yang jelas menyebelahi Lim Guan Eng sehingga sanggup menuduh orang Islam lain yang menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhamad SAW sebagai meniru budaya orang Kristian yang setiap tahun menyambut Keputeraan Nabi Isa a.s pada Hari Krismas 25hb. Disember setiap tahun Masehi.

Apakah hanya kerana keinginan untuk menjaga dan mengejar kepentingan politik maka tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk memelihara kesucian agama turut diabaikan dan lebih parah lagi kenapa sanggup untuk menggadai maruah serta kesucian agama semata-mata hanya kerana untuk menjaga kerjasama politik dengan mereka yang tidak seagama walaupun cuma hanya dilihat seolah-olah selorong namun pada hakikatnya tidak seiya-sekata didalam hati ?

Ahad, Februari 21, 2010

Nama 'Pekan Lachau' di Sri Aman Sarawak harus ditukar

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini telah berada di Sarawak untuk mengadakan lawatan kerja selama dua hari mulai esok 22hb sehingga 23 hb February ke beberapa kawasan tertentu di Bumi Kenyalang sepertimana yang telah dijadualkan.

Jadual lawatan YAB Perdana Menteri kali ini ke Sarawak dikatakan terlalu padat kerana lawatan tersebut merangkumi kawasan-kawasan yang kebanyakannya terletak dibahagian pendalaman Sarawak dimana sistem pengangkutan utama masih bergantung sepenuhnya kepada laluan sungai.

Antara tempat yang akan menerima kunjungan Perdana Menteri kali ini ialah "Pekan Lachau" yang terletak didalam bahagian ke-2 Sarawak iaitu Sri Aman.

Jadi sempena dengan lawatan bersejarah oleh seorang Perdana Menteri ke pekan tersebut, diharap ada pihak yang dapat membuka mata untuk melihat ada sesuatu yang tidak kena pada nama pekan itu yang jika disebut maka bunyinya seolah-olah menghina orang disitu disamping orang yang bertamu di pekan yang berkenaan.

Sebelum ini nama bahagian kedua di Negeri Sarawak iaitu Simanggang boleh di tukar kepada Sri Aman sempena dengan perjajian damai serta perletakan senjata oleh pemimpin Parti Komunis Utara Sarawak, Bong Kee Chok dengan kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri ketika itu YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub.

Begitu juga dengan nama Daerah Bintagor dalam bahagian Sarikei yang sekarang, jika dahulu ianya dikenali dengan nama Binatang dan ditukar sebagai Bintangor oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib dikala beliau mula menjawat sebagai Ketua Menteri Sarawak awal tahun 1980an.

Sementara itu, kawasan Parlimen Tanjung Manis yang kini diwakili oleh YB Datuk Norah Tun Abdul Rahman sebenarnya nama asal untuk daerah berkenaan dulu yang ketika itu masih didalam kawasan Parlimen Rejang telah dikenali sebagai Tanjung Mani. Penukaran nama kawasan tersebut dari Tanjung Mani cuma ditambah dengan huruf "S" kepada Tanjung Manis juga telah dilakukan oleh YAB Pehin Sri Abdul Taib.

Perubahan nama untuk kawasan-kawasan tersebut terpaksa dilakukan mungkin disebabkan bunyi sebutannya kurang sedap untuk didengar dan seakan-akan bunyi mengejek serta lucah.

Bagi saya, jika nama bagi kawasan-kawasan yang saya sebut itu dapat diubah kepada nama yang agak elok untuk disebut dan tidak malu untuk didengar, mengapa tidak untuk Pekan Lachau ? Maka bubuhlah nama yang bagus sikit untuk pekan itu dan boleh juga dicadangkan nama-nama pahlawan Iban yang terkenal seperti Rentap, PW1 Kanang, Datuk Tawi Seli dan ramai lagi.

Taruhlah nama-nama yang boleh menarik minat pelancong agar mereka mempunyai keinginan untuk berkunjung ke sana dan saya rasa jika mereka kurang maklumat berkenaan dengan nama Pekan Lachau yang jelek untuk didengar saya fikir tentu para pelancong atau orang luar akan berfikir dua tiga kali sebelum mereka mengambil keputusan samada untuk terus menjejakkan kaki di pekan yang namanya agak pelik itu ataupun tidak.

Sabtu, Februari 20, 2010

Brunei Darussalam bangga dengan negeri Sarawak


MIRI: Delegasi dari Brunei yang diketuai oleh Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral(B) Datuk Seri Pahlawan Mohammad Daud berbangga dengan pembangunan pesat infrastruktur tenaga di Sarawak, termasuk loji arang batu di Mukah.
Menteri Kemudahan Awam dan Perancangan Sumber Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan ketika ditemui disini semalam berkata, rombongan dari negara itu amat terpegun dengan kerancakkan pembangunan tenaga di negeri ini.
"Mereka terpegun dengan loji arang batu Mukah yang direka bentuk menggunakan teknologi tinggi serta kesan pencemaran yang sedikit," katanya sebelum berlepas ke Kuching semalam.
Menurut Tengah, stesen tenaga arang batu yang bernilai RM800 juta yang mempunyai kapasiti 270 megawatt itu dibina oleh China National Machinery and Equipment Import and Export Corporation(CMEC) dibawah kontrak bernilai RM736 million.
Kawasan Mukah Balingian yang kaya dengan arang batu ini mampu beroperasi sehingga 50 tahun dengan kadar penggunaan dianggarkan bernilai 1.2 million setan setahun.
Sementara itu rombongan lawatan disertai oleh Timbalan Setiausaha Tetap(Tenaga) Brunei Awang Ismail Awang Hashim, Ketua Bahagian Tenaga Brunei Alidi Mahmud, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik Brunei, Ketua Transmisi dan Pengedaran Brunei, Awang Musa Awang Metali dan Menteri Muda Kemudahan Bekalan Air Sarawak, YB Sylvester Entri Muran.
Pada 7hb Mei tahun lalu, Brunei diwakili Jabatan Perkhidmatan Elektrik Brunei di Jabatan Perdana Menteri telah menandatangani memorandum persefahaman(MoU) dengan Sarawak Energy Berhad(SEB) untuk bekerjasama dalam membekal dan menyalur tenaga elektrik dari Sarawak ke negara itu.
Memorandum ini termasuk pemasangan sambungan transmisi fasa pertama dari stesen pencawang kecil Tudan di Miri ke Brunei menggunakan sistem grid di Kuala Belait, diikuti fasa kedua projek empangan hidro dari Limbang I dan Limbang II yang berpotensi menghasilkan 245 megawatt.
Menurut Awang Tengah, menjelang 2012, Sarawak dijangka mengeksport bekalan tenaga sebanyak 100 megawatt dan 200 megawatt dengan kadar penambahan 50 megawatt menggunakan sistem grid. - Oleh Sudan Ajang --> Utusan Borneo
Komen; ...fakta sejarah Negeri Sarawak sebelum membantu pembentukan Persekutuan Malaysia yang ingin dikongsi bersama -: secara keseluruhannya wilayah Sarawak sebenarnya sebelum kedatangan keluarga James Brooks dari British adalah merupakan sebahagian daripada wilayah dalam pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei.
Sehingga ke hari ini terdapat kaum-kaum yang tertentu di Sarawak yang masih lagi memelihara budaya serta menggunapakai adat-istiadat yang diwarisi dari Negara Brunei sebagaimana yang diamalkan baik pada majlis-majlis perkahwinan atau adat ketika ada berlakunya kematian sejak zaman berzaman walaupun kini Sarawak telah menjadi sebahagian dari negeri dalam Persekutuan dalam Malaysia.
Walauapapun, semua itu telah menjadi sebahagian daripada bahan sejarah negara dan kini Sarawak terus melihat kehadapan dengan perjuangan "politik pembangunan" yang menjadi inspirasi kerja Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud jelas mampu bergerak seiringan dengan negeri-negeri lain yang ada dalam Malaysia baik dari segi ekonominya, penyediaan peluang kerja kepada rakyatnya dan sebagainya lagi.
Dan semua ini terhasil setelah rakyat Sarawak terus yakin dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini dan akan sentiasa memberi sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada BN untuk kekal mentadbir Malaysia selama-lamanya.

Giliran Hj Hadi selamatkan orang hampir lemas dipantai politik pula...

Baru-baru ini Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah turut bersama dengan orang ramai menyelamatkan salah seorang pengunjung yang dalam lingkungan usia warga emas iaitu agak sebaya dengan Tuan Guru Haji Hadi sendiri dari menjadi mangsa lemas di Pantai Rusila, Marang di Terengganu.

Syabas dan tahniah diatas bantuan yang dihulurkan oleh Tuan Guru Haji Hadi itu dan itu sebagai tanda prihatin beliau kepada mereka-mereka yang terperangkap didalam keadaan yang sangat memerlukan serta terdesak. Walaupun saya pada mulanya melihat kejadian itu seperti sesuatu yang dirancang namun apabila saya mendapati ianya jelas melibatkan soal hidup atau mati lalu saya telah buang jauh-jauh tanggapan tidak berasas saya itu.

Ambil kejadian itu sebagai satu ikhtibar. Dan selepas ini saya harap YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi meneruskan pula peranan beliau yang telah jadi penyelamat kepada seorang individu biasa untuk menyelamat pula orang tertentu yang kelihatan semakin hanyut dan mungkin akan terus lemas dibuai ombak-ombak politik, contohnya YAB MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta para pemuja beliau dari leka dengan tafsiran-tafsiran lemah beliau berkenaan dengan isi kandungan agama Islam ala ramalan kaji cuaca oleh Jabatan Metreologi.

Jika semalam YB Datuk Seri Haji Hadi berpendirian senada dengan pendirian pemimpin-pemimpin serta seluruh rakyat Malaysia lainnya untuk tidak bersetuju dengan tindakan oleh 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat DSAI dan ini menunjukkan beliau mempunyai rasa tanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan undang-undang di negara ini dari campurtangan oleh kuasa luar berbeza pula jika dibandingkan dengan YB Lim Kit Siang yang yang bertindak sebaliknya dalam isu ini.

Jumaat, Februari 19, 2010

LKS turut desak gugur kes liwat, dakwaan terhadap kematian TBH bagaimana pula ?

DAP menerusi Penasihatnya iaitu YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur telah mengemukakan usul atau cadangan kepada Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya diadakan sidang tergempar sebelum persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada 15hb Mac depan bagi mendapatkan reaksi segera daripada semua Ahli Parlimen Malaysia berhubung dengan desakan oleh 50 Ahli Parlimen Kanggaroo Australia yang mahu kes liwat yang sedang dihadapi oleh Penasihat PKR serta Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.


Tapi sayang sekali, YB Lim Kit Siang rupa-rupanya belum lagi memahami sepenuhnya peraturan Dewan iaitu bagaimana dan siapa yang mempunyai kuasa sebenar untuk memanggil sidang tergempar walaupun beliau sudah berpuluh tahun bernafas sebagai seorang Anggota Dewan Rakyat serta telah terlibat sama didalam menggubal dan meminda undang-undang untuk digunapakai dalam negara ini sehingga beliau terpaksa dimasukkan semula kedalam kelas tadika oleh YB Tan Sri Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat dimana yang kemudiannya Tan Sri Pandikar Amin menjelaskan kepada YB Lim Kit Siang bahawa kuasa memanggil sidang khas atau tergempar adalah pada ketua kerajaan yang memerintah iaitu YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib.


Tindakan oleh YB Lim Kit Siang itu adalah susulan daripada tindakan membuta-tuli oleh 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini yang sengaja untuk mencampuri segala urusan dalaman di Malaysia sehingga mendapat tentangan hebat daripada rakyat, para pemimpin kerajaan, badan-badan bukan kerajaan(NGO) lainnya, yang tidak mahu kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dicerobohi serta tidak rela untuk melihat keluhuran undang-undang negara ini diperlekehkan dengan begitu mudah dan sesuka hati oleh masyarakat luar.


Apabila tindakkan biadap oleh pihak luar itu turut dijejaki pula oleh Ahli Parlimen dalam negara ini sendiri, maka disinilah kita dapat melihat betapa rendah dan lemahnya pendirian Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Lim Kit Siang dan mereka yang lainnya dalam Pakatan Pembangkang sehingga mereka lupa bahawa di Malaysia, semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang politik, budaya, bangsa keturunan dan agama adalah tertakluk dibawah peraturan dan undang-undang yang digubal, dibahas dan dipinda dalam Dewan yang selanjutnya telah diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mana mereka sendiri adalah sebahagian daripada penggubal undang-undang itu.


Jika kita melihat kepada tindakan oleh YB Lim Kit Siang ini dari sudut dimana beliau sebagai seorang warganegara Malaysia, ternyatalah perbuatan beliau itu sangat bercanggah dan bertentangan samasekali dengan perkataan yang pernah dilafaz ketika mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat yang antara lainnya menyebut " Saya sesungguhnya bersumpah, ..bahawa saya akan dengan secara jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian, dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia sebenarnya kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

Dalam konteks lainnya, tindakkan yang telah dilakukan oleh YB Lim Kit Siang itu juga ternyata boleh membawa beliau kepada dituduh telah menghina Mahkamah apabila arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan pihak yang berwajib baru-baru ini berkenaan dengan larangan kepada semua pihak daripada menyentuh isu pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar diluar Mahkamah yang kini sedang dalam proses perbiacaraan telah tidak dihormati malah tidak dipatuhi oleh beliau.

Terlanjur sudah YB Lim Kit Siang telah mendesak Kerajaan supaya menuruti gesaan daripada 50 Ahli Parlimen Australia itu yang mahu pertuduhan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar digugurkan, maka saya dan anda juga boleh bertanya kepada beliau, bagaimana pula dengan kes kematian mendiang Teoh Beng Hock(TBH) yang pemimpin DAP termasuk YB Lim Kit Siang, ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lim serta para pemimpin PKR telah mendakwa bahawa mendiang telah mati dibunuh serta menuduh pegawai SPRM terlibat dalam pembunuhan itu, jadi kes itu bagaimana ? ...hendak digugurkan juga???

Dan begitu juga dengan kes kematian mendiang Kugan ketika dalam tahanan polis, bagaimana??? ...adakah YB Lim Kit Siang serta DAP mahu digugurkan juga tuduhan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebelum ini yang mendakwa polis bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut ? Kita perlukan jawapan daripada YB Lim Kit Siang mengenai perkara ini...

Khamis, Februari 18, 2010

Rayu lagi, tangguh lagi... hmmmmmmmmmmm

Kes liwat telah ditangguh lagi yang sepatutnya perbicaraan berlangsung pada hari ini Khamis 18hb February 2010 namun telah ditunda ke tarikh baru iaitu pada 25hb Mac depan. Lebih kurang satu bulan dari sekarang.

Tak tau nak tulis apa lagi pasal senario seperti ini tetapi persoalan tetap ada dalam diri apakah trend seperti ini akan berpanjangan dan memang tiada lagi kesudahannya ?

Cuma harapan diberi kepada saudara Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan, semoga beliau terus sabar dan sentiasa tabah ketika berhadapan dengan semua itu.

Arkib Blog