Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, April 22, 2013

Malaysia akan ditadbir oleh kerajaan haram jika PR berjaya pada PRU13 !

Jikalau pakatan haram pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan membentuk sebuah kerajaan untuk memerintah Malaysia ini merupakan kali pertama negara semenjak hampir lebih 55 tahun mencapai kemerdekaan ditadbir oleh sebuah kerajaan haram yang tidak diiktiraf dari segi undang-undang walaupun pada dasarnya mereka menang melalui proses demokrasi pilihan raya bebas namun hakikatnya pakatan mereka sebenarnya adalah haram kerana tidak pernah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan serta tidak pernah memiliki logo rasmi sepertimana Barisan Nasional.

Biarpun menang tetapi tidak mustahil kiranya pihak Barisan Nasional akan mencabar kemenangan pakatan pembangkang dengan menggunakan kuasa mahkamah kerana jika dilihat dari sudut undang-undang memang jelas memperlihatkan pakatan tiga buah parti pembangkang itu tidak sah kerana selain tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan di samping tidak mempunyai sebarang lambang khusus mereka juga sering bertelagah sesama sendiri dalam perkara tertentu dan terbaru timbul perselisihan dalam isu pengagihan kerusi pada pilihan raya umum ke-13 ini di mana akhirnya menyaksikan calon DAP bertembung dengan calon PAS menentang calon BN dan begitu juga apabila calon daripada PKR, PAS serta DAP bertemu sesama mereka di beberapa buah kerusi berhadapan dengan calon daripada Barisan Nasional.

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Memang PR bukan satu badan gabungan yang didaftarkan. Ianya hanya nama panggilan sahaja dan bukannya nama rasmi.

Sekiranya gabungan ini mampu memperolehi cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan makan kerajaan tersebut tidak akan dipanggil Kerajaan PR tetapi dipanggil Kerajaan Campuran.

CUMA yang menjadi masaalah ialah Kerajaan Campuran SELALUnya tidak stabil kerana tidak ada kumpulan yang betul-betul dominan terutama sekiranya gabungan itu melibatkan Ahli Parlimen Bebas.

Ulasan di atas hanya dari pandangan aku yang bingai ni jer. hehehe

PRU13 - Pengundi Hantu Naik Hantu

Arkib Blog