Begitu juga dengan kegiatan mencari gali minyak yang dilakukan di luar pantai Sarawak ianya telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi iaitu berpuluh-puluh tahun sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia dan sejak dari saat itu tiada sesiapapun di kalangan rakyat Malaysia tahu ke mana hasil minyak itu pergi dan tiada seorangpun daripada rakyat Sarawak yang bertanya berapa peratus dari hasil minyak yang dipulangkan kepada negeri ini.
Demikian juga dengan hasil balak serta beberapa sumber hasil lain yang dikeluar dari negeri Sarawak ketika itu, tiada seorangpun rakyat negeri ini yang berani mempertikaikan cara pembahagian kekayaan hasil bumi negeri ini oleh pihak penjajah pada masa itu sepertimana yang dilakukan sekarang oleh segolongan kecil rakyat yang kini menggelarkan kumpulan mereka sebagai Sarawak Sabah Keluar Malaysia atau SSKM.
Perjuangan SSKM hanya berlandaskan kepada dakwaan kononnya banyak hasil makhsul Bumi Kenyalang telah dilarikan ke Semenanjung Malaysia oleh kerajaan pusat iaitu semenjak Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah membentuk negara Malaysia 49 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, maka SSKM berpendapat untuk menyelamatkan harta serta sebarang kepentingan negeri ini dari terus dibawa keluar adalah dengan membawa Sarawak keluar daripada persekutuan Malaysia.
Cuma di sini saya mahu mana-mana pihak daripada SSKM agar membuktikan jika benar dakwaan seumpama, maka buktikanlah andaikata benar dalam masa 49 tahun Sarawak bersama Malaysia banyaknya kekayaan negeri di bawa keluar dan nyatakan satu persatu apa dia, tampilkan bukti dengan nilai-nilai serta jumlah kesemuanya sekali. Jika tiada, janganlah kelirukan rakyat Sarawak dengan dakwaan yang tidak berasas seperti itu.
Semua pihak di Sarawak juga perlu sedar, dalam waktu kita asyik mendakwa kononnya dalam tempoh 49 tahun Sarawak dalam Malaysia, kita telah hilang begitu banyak hasil negeri kononnya akibat dibawa lari keluar oleh kerajaan pusat tetapi adakah kita semua sedar semasa Sarawak beratus-ratus tahun berada di bawah pemerintahan kerajaan Kesultanan Brunei, di bawah pemerintahan kerajaan keluarga James Brooke, ketika di bawah penjajahan Jepun dan kemudian di bawah jajahan British...kemanakah kesemua hasil-hasil negeri kita di bawa?
Rakyat Sarawak janganlah mudah terpengaruh dan dikelirukan oleh pihak yang menggelar kumpulan mereka sebagai SSKM ini kerana sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara kita harus akui akan hakikat bahawa hanya setelah Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah menubuhkan negara Malaysia barulah hasil kekayaan negeri ini dapat dikongsi serta dinikmati bersama oleh rakyat di negeri ini melalui berbagai-bagai bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
2 ulasan:
itu dulu .. arus di jadikan panduan. sekarang ni dan akan datang yang yang harus dihadapi. kalau nak ingat zaman brooke's atau yg beratus tahun dahulu tu jadi kan tauladan . kenapa tak boleh berpakaian dikhalayak ramai seperti dahulu sekarang ni .mcm kat airport pakai pakai ngayau complete set .nak ke korang lihat mcm tu? kalau nak tahu la korang apa jawapan nya. kalau tak nak tengok mcm tu .mcm tu la rasa kami tak nak borneo yg tempat lahir kami ni terus di rogol sebab itu beratusan tahun dahulu dah buat mcm tu. contoh... taib nak ke kalau harta dia habis di kebas. dato nak ke kalau org buat mcm tu kat u. mesti suka kan . kalau nak diteruskan balak dan minyak ni di rampas dah hanya 5% untuk sarawak teruskan lah sebab kata korang sudah ratusan tahun ,sudah terjadi sebelum terbentuknya malaysia. kenapa kat borneo ada undang undang tak boleh bunuh orang .sedanngkan ,headhunter kat borneo memang sejak beratusan tahun dahulu bermula. kalau nak di teruskan memungut hasil dari negara sarawak n sabah teruskan lah, jadi teruskan la kami dengan tradisi kami . saya hairan bila kerajaan sekarang suka hati memerintah . tapi kalau rakyat buat suka hati dia, rakyat akan masuk penjara.dulu ada org kampung pertahan kan tanah diorang ,apa terjadi kat org kampung, polis tembak org kampung. bayangkan org yg di tembak itu ibu kita semua . apa kita rasa ? ibu yg pertahankan tanah kita di tembak oleh polis.
jangan lah kerana ..... minyak n balak di sarawak n sabah sudah beratusan tahun di ambil, mana boleh itu menandakan tak da siapa boleh halang org pungut hasil negara sarawak n sabah.
rakyat tak kan dapat di tipu selamanya. dan tak selamanya rakyat bodoh.
(y)
He3.hasil minyak negara swk sbh kemana bro?xkn swk sbgai diantara pengeluar tbesar lng masih mundur lg?he3.hasilnya kemalaya ke bro?
Catat Ulasan