Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 17, 2012

..pulak dah!!! ANTI vs ANTI ..cukup2lah tu! yang sudah tu sudahlah!!

Saya dapati beberapa akaun facebook yang melampau khususnya yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan penduduk Sarawak terhadap pihak di Semenanjung telahpun ditarik balik dari laman sosial tersebut atau dalam erti kata lainnya telahpun dipadamkan.

Terima kasih kepada mana-mana mereka yang telah berusaha sehingga memaksa pemilik akaun facebook berkenaan memadamkan laman facebook yang tidak bertanggungjawab seumpama itu dari terus menjadi "batu api" dalam hubungan Sarawak - Semenanjung Malaysia - Sabah.

TETAPI malang sekali apabila dalam pada waktu facebook Semenanjung ANTI Sarawak begitu ligat mempersenda dan memburuk-burukkan penduduk Sarawak dengan berbagai-bagai gelaran, sudah diwujudkan pula beberapa akaun oleh rakyat Sarawak sendiri sebagai tindakbalas kepada perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik akaun facebook Semenanjung ANTI Sarawak sebelum ini.

Adalah diharapkan, semoga dari tindakan menarik balik beberapa akaun facebook milik individu tertentu yang berunsur hasutan, fitnah melamapau terhadap Sarawak dan rakyatnya dari laman sosial berkenaan maka begitu jugalah harapan kita semua agar mana-mana rakyat Sarawak atau mereka yang berkepentingan juga harus berbuat demikian, tarik balik atau padam terus apa jua akaun yang seumpama itu yang sama sekali tidak sepatutnya dibuat.

Dan demi perpaduan masyarakat dalam negara kita, demi perpaduan nasional adalah amat diharapkan supaya jangan ada lagi perkara-perkara sebegini wujud di kalangan sesama kita !

1 ulasan:

Kate Bob berkata...

am,

saya sudah bosan dengan sentimen anti2..tidak peduli dari siapa, cukup2lah mereka2 yang tidak bertanggungjawab ni menggunakan "hate wars" menerusi alam maya..kepada rakyat2 pulak jgnla cepat melatah dgn sentimen2 negatif yg dicetuskan sehingga timbul ayat2 yg sensitif kepada masyarakat setempat mahupun sabah, sarawak ataupun tanah besar....saya sedih melihat ayat2 yang kurang sedap dikeluarkan...kita org malaysia....di mana2pun negeri asal kita, kita masih anak malaysia..saya cadangkan kepada sesiapa yang memulakan thread of hate ini....sila insaf dan sekiranya tidak, pihak SKMM wajib mengambil tindakan...Rais yatim ni x buat keje ke...panggil budak2 ko pantau fb tu....makin lama makin banyak pulak abusive words kat fb tu....




Arkib Blog