Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 26, 2012

Dr. Jeffery Kitingan giat sebar sentimen anti-Semenanjung di Sarawak !

Kekerapan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffery Kitingan berulang-alik dari Sabah ke Sarawak sejak kebelakangan ini nyata mempunyai niat yang tertentu selain menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti politik pembangkang di Bumi Kenyalang.

Mungkin menyedari pengaruh politiknya di Sabah tidaklah semegah dulu atau semakin ditolak oleh rakyat Sabah, kini Dr. Jeffery kelihatan cuba beralih arah ke Sarawak pula.

Mengutip parti STAR yang telah dibakulsampahkan oleh bekas menteri kabinet negeri Datuk Dr. Patau Rubis, beliau dilihat cuba mempengaruhi rakyat Sarawak berbekalkan isu-isu yang sama yang pernah beliau gunakan satu masa dulu dalam menarik sokongan rakyat Sabah terhadap perjuangannya yang kini nyata semakin gagal.

Untuk beberapa hari sewaktu berada di Sarawak, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah/Sarawak Dr. Jeffery Kitingan merangkap Pengerusi Yayasan Warisan Borneo mulai meniup perasaan kebencian rakyat Sarawak kepada pihak-pihak di Semenanjung Malaysia khususnya UMNO yang beliau dakwa bertindak bagaikan penjajah di negeri Sabah.

Sambil mengingatkan pihak tertentu yang hadir pada perjumpaan dengan beliau terutamanya rakyat Sarawak betapa pentingnya rakyat negeri ini mempertahankan Perjanjian 18 Perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan agar mereka tidak menerima nasib serupa dengan yang menimpa rakyat serta negeri Sabah yang menurutnya semakin hilang beberapa perkara dari Perjanjian 20 Perkara antara Sabah dengan kerajaan Pusat sebaik saja UMNO bertapak di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain itu, Dr. Jeffery juga memberi amaran kepada Barisan Nasional serta Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS yang berpusat di Semenanjung Malaysia tidak mengganggu kerusi-kerusi Parlimen parti tempatan di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah. Merujuk kepada bilangan kerusi Parlimen di negara ini yang kesemuanya telahpun berjumlah 222 kerusi, Dr. Jeffery tidak mahu BN dan PR Pusat mencampuri urusan pemimpin tempatan untuk 56 kerusi Parlimen yang selebihnya iaitu 31 kerusi di Sarawak dan 25 di negeri Sabah.

Namun demikian, Dr. Jeffery tidak sedar bahawa Sarawak sebenarnya tidaklah sama sepertimana Sabah yang boleh dikatakan sebahagian besar jumlah kerusi Parlimennya terdiri daripada parti-parti politik yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia seperti UMNO, MCA dan juga Gerakan sedangkan Sarawak hanya Ahli Parlimen Pembangkangnya saja dari parti yang berasal dari Semenanjung iaitu DAP tetapi parti kerajaan PBB, PRS, SPDP dan SUPP parti tempatan yang mendapat dokongan kuat daripada rakan gabungan BN di Semenanjung Malaysia.

Apa yang saya lihat dari kehadiran Dr. Jeffery Kitingan yang kerap ke negeri Sarawak adalah semata-mata untuk membina pengaruhnya dikalangan pengundi walaupun terpaksa menggunakan pendekatan yang terlalu asing bagi rakyat Sarawak apabila beliau cuba mengajar rakyat negeri ini tentang hak-hak mereka dalam Malaysia namun dalam pada itu juga beliau turut menyemai semangat anti-Semenanjung di kalangan penduduk Sarawak sambil mendakwa Sabah kini umpama di bawah penjajahan pihak dari Semenanjung.

Apa pula pandangan pihak kerajaan negeri Sarawak tentang perbuatan Dr. Jeffery Kitingan ini, adakah perlu dikenakan tindakan dihalang memasuki negeri ini menggunakan Akta Imigresen kerana secara halus cuba menghasut penduduk Sarawak agar membenci Kerajaan Persekutuan dan jika kerajaan negeri gagal bertindak awal, apabila sentimen anti-Semenanjung telah meresapi pemikiran penduduk negeri ini adakah saat itu baru kerajaan negeri sedar bahawa kedatangan Dr. Jeffery Kitingan ke Bumi Kenyalang sebenarnya membawa bersamanya racun yang boleh memusnahkan semua apa yang telah dibina bersama selama ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DIA RASA KEDUDUKAN DLM POLITIK DI SABAH DAH TAK SELAMAT. INI JEK CARA DIA NAK BUAT HURU HARA DENGAN MEMAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN. BUAT UGUTAN KONON2NYE RAKYAT SABAH DAN S'WAK DI PINGGIRKAN SEDANGKAN PERUNTUKAN TAHUNAN KERAJAAN PUSAT KPD KEDUA2 NEGERI TU CUKUP BESAR. SEBENARNYE ADUN PAKATAN X MAMPU NAK LAKSANAKAN APE2 PROJEK YG BLEH DI BANGGAKAN OLEH PEMBANGKANG DI KAW MEREKA SENDIRI SELAIN TERPAKSA BERGANTUNG PADA BANTUAN ORG BN JUGAK..BUAT MALU JEK KEHKEHKEH

Unknown berkata...

hasil dari sabahsarawak yg dibawa kesemenanjung sebenarnya lbh byk berbanding peruntukan utk kedua negri ini.kerajaan pusat takut akan kehilangan sumber ini sebab itu mereka menafikan apa yg termaktub dlm perjanjian 20points dulu.apa yg kita nampak kesalahan dr jeffery adalah menuntut hak autonomi spt yg tlh dipersetujui bersama sebelum penggabungan malaya dgn sabah dan sarawak lg.disebabkan ini beliau pernah dikenakan ISA satu masa dulu tp atas dakwaan rasuah utk mengalih isu sebenar perjuangan beliau tp kini ramai generasi muda sdh byk yg membuka mata apa yg diperjuangkan dr jeffery sebenarnya sesuatu benar.

hilbert berkata...

Salam.., betul bro..sebab tu lah dia sesat sampai ke Sarawak utk sambung hayat politiknya yg kian bercelaru antara pejuang politik dgn pejuang budaya hehe..

Ejen Oren..terima kasih atas komen.., tapi saya tak setuju dgn pandangan anda dan saya akan jawab tentang perkara yg anda bangkitkan pada artikel yg seterusnya..

Unknown berkata...

Datuk Dr. Jeffery Kitingan mempunyai perjuangan yang bagus, penduduk Sabah dan Sarawak harus diberi kesedaran mengenai 20 & 18 Pekara, seperti kata ejen oren kerajaan pusat manafikan apa yang termaktub dalam perjanjian, hanya kerana takut kehilangan sumber...

Kita boleh baca 20 pekara di sini

http://www.facebook.com/notes/1-suara-sabah/perjanjian-20-perkara/150908051632885

Sabah begitu banyak sumber tapi sekarang apa jadi? dilabelkan sebagai miskin....

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/531532_3065086765022_220762922_n.jpg

Arkib Blog