Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 11, 2012

Liwat II: Anwar Ibrahim tersentak dengan kebangkitan bapa Mohd Saiful !


Baru saja Anwar Ibrahim serta konco-konconya berkira hendak menjelajah ke seluruh negara bagi meraikan pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas atas tuduhan meliwat pembantu peribadi merangkap pembancuh kopinya, tanpa pihak Anwar sangka dan duga bapa kepada Mohd Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim hari ini telah tampil menggesa pihak Peguam Negara agar memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk diteliti semula semua hujah sepanjang perbicaraan kes liwat II yang berlangsung selama hampir tiga tahun serta juga menilai semula keputusan penghakiman oleh hakim Datuk Zabidin Mad Diah.

Disamping itu juga Azlan Mohd Lazim turut membidas pihak Majlis Peguam yang dilihat cuba mempengaruhi Peguam Negara terutama Tan Sri Ghani Patail berhubung dengan cadangan rayuan atas keputusan kes liwat II dimana Majlis Peguam sedang berusaha untuk menghalang kemaraan pihak Mohd Saiful dalam mendapatkan keadilan bagi diri serta keluarganya.

Walau apapun diharapkan sangat agar pihak Majlis Peguam duduk diam baik-baik dan tidak perlu cuba menghasut pihak lain untuk terpengaruh dengan permainan kotor mereka. Sebelum inipun kita sedar betapa Majlis Peguam adalah dalang atau penyokong kuat kepada dua perhimpunan haram iaitu BERSIH 2.0 dan juga Seksualiti Merdeka namun kali ini hari ini Majlis Peguam perlu menjauhkan diri mereka dari terlibat dalam mengatur pendirian yang akan dbuat oleh Peguam Negara berhubung dengan gesaan yang dibuat oleh bapa Mohd Saiful.

Majoriti rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan Mohd Saiful sehingga beliau mendapat keadilan yang sewajarnya !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...MAJLIS PEGUAM DH X RELEVAN DAHH. TU SEMUA DH JADI KUNYIT ANUWAR LER BROO KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

Salam Bro,
kalaulah benar Majlis Peguam pejuang kebebasan maka mereka tidak harus menyekat pihak pendakwaraya yang mewakili Mohd Saiful untuk mendapatkan keadilan.

Majlis Peguam harus bersikap terbuka dan pemimpin mereka harus mengelak diri dari turut berpolitik

Arkib Blog