Program Malar Segar terbitan RTM yang disiarkan setiap Isnin jam 10 malam di TV1 memang sebuah rancangan yang sangat bagus kerana ianya sentiasa akan menampilkan barisan artis atau penyanyi dari tiga era iaitu era 70an, 80an dan 90an untuk diketengahkan dalam rancangan berkenaan pada setiap minggu.
Usaha oleh pihak RTM itu memang patut dipuji kerana selain menjemput penyanyi-penyanyi veteran itu untuk menyerikan rancangan yang dikhususkan kepada mereka ianya juga dilihat sebagai suatu pengiktirafan serta penghargaan kepada para penyanyi lama yang mana ada di antara mereka hampir dilupakan gara-gara jarang mendapat undangan untuk membuat persembahan.
Tetapi bagi penyanyi veteran yang masih lagi aktif walaupun tidak seaktif zaman kegemilangan mereka dulu seperti Datuk Sharifah Aini, Dauk D. J. Dave, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sheila Majid, Uji Rashid, Hail Amir dan lain-lain pasti saja mereka ini sering mendapat undangan atau jemputan untuk majlis-majlis yang tertentu namun lain pula halnya dengan beberapa nama lain yang seangkatan penyanyi tersebut di atas seperti Serena Hashim, Julie Remy, Fatimah Razak, A. Razak, Sanisah Huri, Junainah M. Amin dan ramai lagi yang kini entah bagaimana nasib mereka.
Berbalik kepada program Malar Segar ini, ingin saya nyatakan bahawa kesilapan RTM dalam memastikan rancangan ini agar menepati tujuan asal ianya diadakan ialah apabila mereka tersalah pilih pengacara yang memang tidak berseuaian sama sekali untuk mengendalikan rancanganberkenaan. Rancangan yang begitu bagus sekali sewaktu musim pertamanya dibawah pengacara terdahulu iaitu Ifa Raziah kini rancangan Malar Segar seperti sudah hilang arah sebaik saja ianya dikendalikan oleh pengacara baru iaitu Yatt Hamzah atau nama sebenar Haryanti Binti Hamzah.
Anda boleh lihat setiap kali ketika Yatt Hamzah mengacarakan program berkenaan, tumpukan kepada apa yang beliau kata dan kita akan kurang pasti apa yang dibebel beliau dengan gelagat yang memualkan. Apa yang lebih mendukacitakan apabila celoteh Yatt Hamzah yang tidak menjadi sewaktu melontarkan soalan kepada barisan penyanyi veteran yang menjadi tetamu malah kita boleh lihat reaksi segera artis undangan yang menunjukkan rasa tidak selesa mereka dengan kelakuan tidak senonoh Yatt Hamzah yang nampak seolah-olah seperti memperlekehkan atau mempersendakan mereka.
Haraplah supaya pihak RTM dapat memberi perhatian khusus kepada setiap program yang mereka terbit terutama sekali dari segi penyampaian iaitu pengacara haruslah diberikan kepada mereka yang benar-benar faham dengan kandunagan rancagan yang mereka menjadi host serta mempunyai pengetahuan luas mengenainya agar tidak nampak seperti terlampau mengada-ngada ketika rancangan disiarkan di kaca tv.
RTM memang punya ramai bakat pengacara yang bagus seperti Sayed Munawar Sayed Musta yang memang hebat dengan Bicara Rakyatnya, Suhaimi Mohamad dengan Dialognya, Izwan Pilus dengan program herbanya, Ustaz Rizal dan Ustaz Ridzuan Tee dengan program Ehwal Islamnya, Azura Zainal dengan program penjelajahannya dan lain-lain lagi tetapi kenapa untuk program Malar Segar nampaknya RTM seakan-akan sudah ketandusan pengacara yang berbakat dan bersesuaian untuk rancangan berkenaan?
Harap selepas ini pihak RTM dapat menukar pengacara sedia ada untuk Malar Segar musim ke-2 ini dengan pengacara yang lain pula dan letaklah Yatt Hamzah untuk mengemudi rancangan khusus untuk kanak-kanak seperti rancangan 'Apa Kata Adikku" atau apa jua rancangan yang khusus untuk anak-anak kecil yang memang sesuai untuk pengacara yang punya gaya mengacara seperti kanak-kanak di bawah umur.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Januari 14, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
SLM BRO..KASI TUKAR JEK PENGACARA KLU DAH X BLEH HANDEL. BUKAN APE TAKUT NANTI MEMALUKAN DIRI SENDIRI DAN ORG LAIN..PARAH BROO HUHUHUHU
Catat Ulasan