Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 29, 2011

Mahpush Omar nak bertinju dengan Ilya Grad pulak...

 Marah betul nampaknya Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabri Cheek kerana dikatakannya telah membawa masuk seorang peninju muay-thai warga Israel ke Malaysia melalui jalan belakang negara.

Mula sekali memang Mahfuz Omar kata macam menuduh Datuk Seri Ahmad Sabri yang bertanggungjawab membawa masuk Ilya Grad untuk satu acara sukan tinju di Malaysia tanpa melalui prosedur di jabatan imigresen tetapi lepas itu Mahfuz mula bermain kata apabila dia berkata "kalaulah" benar benar-benar berlaku perkara seperti itu maka Kementerian Dalam Negeri harus cepat bertindak dan menyiasat.
Cuba anda baca sekejap di sini apa kata Mahfuz Omar tentang kehadiran rakyat Israel ke Malaysia. Kononnya Mahfuz amat sensitiflah orangnya pasal perkara-perkara macam tu yang boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara.

Tetapi kenapa pula tak ada bantahan dari Mahfuz apabila Anwar Ibrahim yang kerap kali berjumpa dengan pasangan sejenisnya Al Gore di London dan Amerika Syarikat yang nyata dan jelas mereka adalah ejen-ejen Yahudi Zionis la'natullah dan sudah tentulah Anwar telah mengundang campurtangan Zionis berkenaan dengan hal ehwal dalaman Malaysia.

Tetapi ada satu pekara yang sangat perlu untuk Mahuz Omar selalu ingat iaitu tidak semua rakyat atau warga Israel yang menyokong keganasan serta kekejaman tentera kerajaan Zionis Yahudi terhadap penduduk di Palestine malah mereka terang-terang menyatakan bantahan tentang layanan buruk dan keji Yahudi Zionis kepada masyarakat Palestine.

Macam di Malaysia jugalah ceritanya, tidak semua orang Islam di Malaysia suka kepada PAS yang telah menjadi rakan boneka kepada DAP dan PKR. Malahan semakin ramai ahli-ahli PAS yang keluar dan rehat dari menjadi penyokong kepada parti itu sebab banyak kali sudah mereka tertipu dan terpedaya dengan permainan politik murahan PAS yang sanggup menggadaikan maruah Islam semata-mata mahu kekal berkuasa.

Tiada ulasan:

Arkib Blog