Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 20, 2011

Perlukah rakyat Malaysia membazir wang semata-mata nak ke konsert Elton John?

Atas jemputan pihak AirAsiaRedTix, penyanyi terkenal dari Britain Elton John telah dijadualkan berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan konsert solonya di negara ini pada 22 November depan bertempat di Arena of Stars, Genting Highland.

Harga tiket telah ditetapkan mengikut kelas atau mengikut tempat duduk. Setiap tiket untuk menyaksikan persembahan Elton John itu nanti masing-masing dijual dari harga serendah RM383 dan seterusnya meningkat kepada harga RM483 huh!, RM783 huh!, RM883 huh!, RM1183 huh! dan yang termahal sekali ialah RM1383. Wow!!! siapa untung?

Masalahnya disini adalah sikap rakyat Malaysia. Bukanlah saya nak kata mereka tu kedekut atau apa tetapi sikap yang suka membazir wang kepada perkara yang tak berfaedah seperti itu apakah ianya perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita? Tapi kalu pasal menyumbang untuk dana kemanusiaan tak apalah juga sebab itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai insan untuk membantu manusia lain yang memerlukan bantuan.

Lagi yang peliknya sikap sesetengah daripada kita ialah, apabila berlaku sedikit kenaikan harga barang di negara ini ekoran keputusan kerajaan untuk mengurangkan beban mereka dengan menarik semula beberapa harga subsidi barang-barang tertentu, bukan main kecih lagi menuduh kerajaan itu dan ini tetapi dalam bab hiburan seperti itu tak ada juga terdengar keluhan atau mendengar mereka merungut pasal harga tiket ke konsert Elton John itu mahal macam emas dan merayu minta diturunkan.

Di Malaysia ini sendiripun ramai juga artis-artis atau penyanyi popular tetapi kenapa pula membiarkan mereka menjadi seperti seorang pengemis di negara sendiri apabila tiba ketika mereka hendak membuat konsert bukan main payah lagi nak mendapatkan penaja dan kalau adapun kadangkala terpaksa berkongsi satu pentas dengan penyanyi-penyanyi luar yang diundang khas dan terpaksalah para penyanyi kita itu menumpang tuah penyanyi negara lain yang dijemput mengadakan konsert di negara sendiri.

Cuma apa yang ingin dipersoalkan disini ialah, apakah perlu untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyokong kehadiran penyanyi-penyanyi luar seperti Elton John yang diketahui berdepan dengan krisis identiti itu untuk mengadakan persembahan mereka di negara ini dan ditambah pula dengan bayaran yang begitu tinggi dikenakan oleh penganjur kepada orang ramai sekiranya mahu menyaksikan konsert itu kelak.

Saya rasa, tak perlulah untuk kita meleburkan wang kita semata-mata untuk menonton persembahan dua tiga jam konsert seperti itu. Cuma membazirkan masa dan wang. Adalah lebih baik cadangan kepada mereka yang berhasrat ke konsert itu laburkan saja duit itu ke dalam Amanah Saham Nasional serta lain-lain saham atau hulurkan saja ke dalam Tabung Bencana Alam, Tabung Kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestine dan sebagainya, dapat juga amalan yang baik dan berguna.

Tiada ulasan:

Arkib Blog