Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 04, 2011

DAP Sarawak buat apa kempen 24jam sehari ?

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-10 telahpun lama berlalu, namun kempen pilihanraya oleh DAP sejak kebelakangan ini tidak pernah berhenti malahan semakin giat pula mereka mengadakan kempen untuk meraih sokongan daripada masyarakat Bumi Kenyalang.

Setiap hari 24 jam tanpa henti, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun mereka akan terus berkempen, jalan keliling kawasan perumahan, penempatan, pasar, kedai, pakai baju ada logo roket DAP...cari kalau-kalau ada terjumpa jalan simen yang berlubang..panggil pihak media ambik gambar dan esoknya siarkan dalam akhbar-akhbar milik mereka konon-kononnya inilah kelemahan BN walhal kan ke kawasan tu sudahpun jatuh ke tangan mereka masa PRN Sarawak April lalu kenapa pula masih nak salahkan BN?

Kalau nak selesaikan masalah sebegitu buatlah kerja macam seorang Ahli Yang Berhormat dan bukannya jalan sana sini cari kekurangan ditempat yang tertentu kemudian panggil jurufoto tangkap gambar siar dalam surat khabar dan minta rakyat baca dan tengok, adakah sesuatu masalah itu akan selesai hanya kalu dah buat macam begitu sahaja? Huh!!

Tiada ulasan:

Arkib Blog