Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 07, 2011

Stadium Angkasa TV1: layanan tidak samarata kepada para pemain Harimau Malaya

Semalam di RTM TV1 rancangan Stadium Angkasa bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam dengan menjemput hampir kesemua para pemain muda dalam skuad Harimau Malaya termasuklah jurulatihnya saudara Ong Kim Swee sebagai tetamu undangan untuk rancangan berkenaan.

Terima ksaih kepada pihak RTM amnya dan TV1 khususnya kerana memberi peluang kepada para peminat sukan bolasepak seluruh tanah air untuk mendengar sendiri kata-kata daripada wira-wira sukan negara itu tentang berbagai isu serta kontroversi yang menyelubungi kontijen negara khususnya pasukan bolasepak selama mereka menyertai acara di Sukan SEA ke-26 Jakarta-Palembang November lepas.

Namun semalam TV1 dalam memberi layanan kepada para pemain sebagai tetamu jemputannya seolah-olah tidak peka dengan terhadap perhatian umum atau penonton rancangan tersebut apabila hanya memilih hanya segelinitr pemain untuk bercakap menggunakan mikrofon atau kadangkala jelas melebih-lebihkan hanya dua tiga orang pemain sebagai tumpuan sedangkan mereka bermain secara berpasukan ketika berada di atas padang.

Di akhir rancangan Stadiaum Angkasa semalam sepatutnya semua pemain yang hadir sebagai tetamu diberi kesempatan untuk menyampaikan kata-kata mereka seorang demi seorang kepada peminat dan bukannya dilakukan dengan memilih-milih dan kelihatan ada pemain yang berdiri di barisan hadapan terpaksa diketepikan semata-mata untuk memberi laluan kepada pemain tertentu yang berdiri di barisan belakang.

Pengacara yang mengendalikan rancangan tersebut seharusnya lebih peka akan maklumbalas daripada para peminat yang menonton program berkenaan dan janganlah terlalu ghairah dengan kehadiran para pemain ke dalam studio sehingga lupa tentang maklamat sukan itu sendiri yang lebih menekan akan nilai-nilai perpaduan serta semangat kerjasama dikalangan para pemain.

Sebagai peminat serta penonton kita sedar tentu ada yang rasa tersinggung semalam apabila melihat dua pengacara program Stadium Angkasa hanya memberi tumpuan kepada beberapa nama pemain yang dicopkan sebagai bintang tetapi seolah-olah mengabaikan rakan sepasukan mereka yang lain sedangkan jika tanpa pergerakan secara berpasukan adalah mustahil sesuatu itu dapat dikecapi untuk membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

4 ulasan:

Almansah Din berkata...

betul saya setuju...saye pn perasan mcm tu..pengacara tu xpatut buat mcm tu..kalu x sebab dorg berpasukan..xkan harimau malaya gah kat asia.. contohnya mcm mahali jusali..die antara penyumbang gol mase sukan sea and olimpik tu..patutnye pengacara tu kne bagi sorg demi sorg becakap..biarpun kadang2 dorg akan bagi ucapan yg sama..kalu x, rugi mase je dorg pegi kat stadium angkasa tu kalu just duduk depan mcm tu..

Almansah Din berkata...

btw..saye rase nk tengok semule je rancangan tu..xpuas tatap wajah2 hero malaya kite..hehe..bole sape2 bagi link kat mane nk tengok atau download..

hilbert berkata...

itulah pasal, pihak RTM perlu lebih peka.. terima kasih bro Animsukebaddrol :)

untuk itu bro boleh lawat laman web rasmi RTM di http://www.rtm.gov.my , dan cari TV1

hilbert berkata...

itulah pasal, pihak RTM perlu lebih peka.. terima kasih bro Animsukebaddrol :)

untuk itu bro boleh lawat laman web rasmi RTM di http://www.rtm.gov.my , dan cari TV1

Arkib Blog