Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 25, 2011

Bebas Anwar 901: penghinaan paling teruk kepada barisan peguambela Anwar!!

Apa yang sedang dilakukan oleh Ahli Muda Keadilan PKR (AMK) yang diketuai oleh ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin menjalankan kempen sejak beberapa minggu yang lalu menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya orang ramai yang masih terkeliru dengan perjuangan PKR agar mereka turun beramai-ramai ke Jalan Duta KL pada 9 January 2012 tahun depan menjelang keputusan yang akan diputuskan oleh Mahkamah berkenaan dengan kes liwat II melibatkan Anwar Ibrahim pada tarikh tersebut bukan saja boleh dilihat sebagai satu usaha hendak menghina mahkamah tetapi lebih kepada untuk memalukan barisan 12 orang peguam yang mewakili Anwar Ibrahim.

Tanpa pihak AMK sedari bahawa perbuatan mereka itu telah menggambarkan betapa mereka cuba menekan para hakim agar menurut kepada kehendak mereka untuk mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh pihak mahkamah selain itu juga apa yang lebih teruk adalah mereka iaini pihak Shamsul Iskandar secara jelas telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa mereka sendiri di dalam PKR memang sudah tidak percaya lagi kepada kemampuan para peguam Anwar Ibrahim yang di ketuai oleh Karpal Singh untuk menang dalam kes liwat II itu.

AMK seolah-olah sudah lama sedar bahawa Anwar Ibrahim memang tidak boleh diselamatkan lagi dan pasti sekali lagi akan merengkuk di dalam penjara Sungai Buloh ini berdasarkan kepada hujah-hujah yang tidak menyokong oleh para peguam sepanjang prosiding berlangsung untuk melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II yang sedang beliau hadapi kini maka AMK merasakan bahawa sangat perlu satu usaha baru dibuat khusus untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari disabitkan dengan kes jenayah seks luar tabiie itu sebab mereka jelas sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan Karpal Singh serta semua barisan peguambela Anwar yang lain.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KENA KT ORANG LAIN ADIL..KENA KAT DIRI SENDIRI X ADIL..MANE PUNYE AKTA SAM KETOT TU PAKAI? BANGANG PUNYE KETOT KEHKEHKEHKEH

usin berkata...

dah berzaman bangangnya jeffry! cuma dia perlu promosikan bangangnya itu ketahap maksimum...

hilbert berkata...

Bro Jeff,
Shamsul tu memang jenis orang yang tidak tahu undang2,,,mungkin dia ingat undang2 yang digunapakai kat Malaysia ini digubal di bawah pokok

bro Usin,
hari2 Shamsul tu makan nasi kangkang he he he,,tu lah pasal

Arkib Blog