Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 30, 2011

BEBAS 901: sejak bila pula masanya Anwar tidak pernah bebas?

Yang pastinya Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin selaku warganegara Malaysia yang menikmati kebebasan sangat luarbiasa daripada pihak pemerintah yang mungkin tidak pernah sama sekali dinikmati oleh mana-mana rakyat di negara ini tak kira apapun latar belakang mereka samada mereka itu rakyat biasa, wakil rakyat, pemimpin masyarakat, bekas banduan, bakal banduan, gay, lesbian, golongan profesioal, peguam, ahli korporat, peliwat, perogol, peragut, penjenayah dan sebagainya.

Walaupun terikat dengan kes liwat II yang tertangguh sejak sekian lama di mahkamah namun Anwar Ibrahim masih terus mengecapi kebebasan yang begitu istimewa sekali malah boleh dikatakan kebebasan yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada beliau sudah keterlaluan dan melampau had kebebasan yang tidak sepatutnya yang tidak pernahpun sebelumnya diberikan kepada rakyat biasa yang lain sehingga memperlihatkan seolah-olah beliau tidak menghadapi sebarang dakwaan salahlaku dan ini telah memberi suatu kelebihan atau ruang kepada Anwar untuk terus berbuat apa saja tindakan tanpa mengambil kira akan akibatnya selepas itu kepada sistem perundangan di negara ini.

Anwar Ibrahim tidak pernah menghadapi sebarang masalah untuk keluar masuk negara. Passport antarabangsa beliau sejak diuruskan pelepasannya daripada Jabatan Imigresen oleh YB Khairy Jamaluddin sehingga kini tidak pernah lagi ditahan oleh pihak berkuasa berkaitan selepas itu walaupun sudah banyak kali desakan telah dibuat agar passport antarabangsa beliau dirampas dan ditahan ekoran tindakan berterusan Anwar yang sering memburuk-burukkan Malaysia ketika berada diluar negara.

Malah di dalam negara, Anwar Ibrahim bebas untuk bergerak ke mana saja yang dia suka dan tidak ada sebarang halangan daripada pihak berkuasa terhadap beliau untuk berjumpa dengan orang ramai walau di mana saja, bebas berucap, bebas menabur fitnah, bebas menghasut sesiapa saja agar percaya dengan cerita yang beliau bawa, bebas bertanding sebagai wakil rakyat dan semua itu dilakukan atas nama perjuangan politik yang menjadi tiket untuk membolehkan beliau terus bebas meracuni pemikiran rakyat.

Kini apabila badan perundangan itu sendiri pula sedang berhadapan dengan asakan daripada pihak penyokong Anwar Ibrahim yang kini giat berkempen dan berusaha dalam menentukan pembebasan Anwar dari tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, apakah belum terbuka lagi mata pihak kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) untuk melihat betapa kebebasan yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim oleh pihak berkuasa selama ini nyata lebih banyak mendatangkan kesan yang amat buruk daripada kebaikan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KELUAR NEGARE SUDAH..MENGUTUK NEGARA SENDIRI SUDAH..TANGGUH SUDAH..BALUN CHINDOLL SUDAH..BALUN ANAK IKAN SUDAH..HINA MAHKAMAH SUDAH..SG BULOH JE TGH TUNGGU MELAMBAI2 KEHKEHKEH

hilbert berkata...

Bro Jeffry,
puak2 Pakatan Haram tu nak dia bebas macam mana lagi ye,,,tunggu sajalah apa keputusan mahkamah..kalau salah tu salahlah..yg mereka kecoh satu negara tu, bagus buang saja nama keadilan pada parti PKR..

Bro Drakulla, ok bro..terima kasih kerna sudi datang ke blog Anak Merdeka..n akan dipautkan blog anda kat sini, tq

Aku Menulis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aku Menulis berkata...

SAMA SAMA KITA BERDOA AGAR NEGARA KITA INI DIJAUHI DARI DIPERINTAH OLEH MANUSIA UANG MENGAMALKAN AMALAN KAUM LUT.

Arkib Blog