Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 20, 2011

Sukan SEA XXVI: rakyat Indonesia harus lakukan transformasi ke atas minda mereka !

Jikalau rakyat Indonesia masih lagi bermegah serta terus leka dengan kehebatan sejarah masa silam pejuang dan sentiasa terpukau dengan laungan "Ganyang Malaysia" yang pernah digunakan oleh pengasas Republik Indonesia iaitu Sukarno semasa konforntasinya dengan Malaysia lebih empat dekad yang lalu maka sebenarnya mereka telahpun menghukum minda atau pemikiran mereka sendiri agar terus kekal di takuk lama, yang mengikat cara berpikir mereka kekal seperti yang pernah mereka lakukan lebih empat puluh tahun dahulu.

Untuk maju, maka sebahagian besar rakyat Indonesia harus berani melakukan banyak perubahan dalam hidup mereka. Pertama sekali mereka perlu meletakkan cara berfikir mereka dari terus berada dibawah tempurung berpindah ke atas tempurung sebab mereka perlu melihat dan mendengar perkara lain yang berlaku disekeliling mereka bukan semata-mata dengan menggunakan mata dan telinga tetapi juga harus menggunakan minda sekali.

Keduanya, rakyat Indonesia perlu membuang sikap angkuh, sombong dari diri mereka yang selama ini seolah-olah sudah menjadi pakaian mereka lalu digantikan dengan sikap sedia menghormati hak dan kemampuan orang lain dan juga mereka perlu mengikis perasaan hasad dengki yang sekian lama bersarang di dalam lubuk hati mereka bagi mengelak sebarang perasaan buruk sangka yang membawa kepada sikap bermusuhan tidak sudah-sudah mereka terhadap rakyat Malaysia.

Yang sangat penting bagi sesetengah rakyat Indonesia ialah mereka tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kepercayaan lama bahawa Indonesia lebih hebat daripada Malaysia walaupun keluasan negara mereka jauh lebih besar serta jumlah penduduknya jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan Malaysia sebab tanpa mereka sedari, Malaysia sebenarnya kini telah jauh meninggalkan Indonesia di belakang dalam banyak bidang dan mereka tidak boleh lagi menafikan perkara ini.

Jika empat puluh tahun yang lalu memang Malaysia masih lagi bayi yang baru belajar merangkak, mungkin bolehlah pihak-pihak tertentu di Indonesia cuba memperlekehkan keupayaan negara ini tetapi kini setelah lebih sepuluh tahun Malaysia bergerak seiring bersama-sama dengan negara lain meredah zaman milenium ini menjadikan Malaysia semakin dewasa dan matang dalam banyak perkara dan ini adalah satu petunjuk jelas kepada segelintir rakyat di Indonesia bahawa sekarang bukan masanya lagi untuk mereka terus beranggapan bahawa Malaysia masih sama seperti awal pembentukannya tahun 1963 dulu.

Malaysia sudah mampu berdikari, jika dulu Malaysia hanya bertemankan beberapa buah negara tetapi kini Malaysia sudah ramai kawan dan sahabat malahan Malaysia kini bukan lagi menjadi sebuah negara yang hanya menanti simpati ataupun bantuan daripada negara lain tetapi sebaliknya Malaysia adalah antara negara-negara yang paling aktif dan kerap menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mana-mana negara yang pernah ditimpa bencana alam termasuklah Indonesia juga yang dilanda Tsunami besar akhir tahun 2006 dulu.

Di dalam isu negara Palestine misalnya, Malaysia lebih ke depan dalam memperjuangkan hak serta kedaulatan negara tersebut jika dibandingkan dengan negara-negara lain di sebelah Asia. Malaysia menerusi YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad lebih lantang menyuarakan sokongannya ke atas perjuangan rakyat Palestine dalam usaha untuk melepaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim Zionis malah rakyat Malaysia terus bermurah hati menyumbang kepada dana bantuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestine akibat penindasan sekian lama oleh pihak Israel ke atas mereka.

Oleh itu, sekiranya sesetengah rakyat Indonesia masih beranggapan dan melihat bahawa Malaysia sama seperti Malaysia lebih empat puluh tahun yang lalu, mudah diperkotak-katikkan, lemah dan tidak berdaya maka mereka sebenar sangat salah dan silap sebab sebelum melihat semula ke arah Malaysia yang moden sekarang maka mereka terlebih dulu perlu mengubah cara mereka berpikir, sanggup melakukan perubahan pada minda mereka dan sudah pasti setelah itu mereka akan tahu bahawa hakikatnya rakyat Malaysia sudah jauh di depan meinggalkan mereka dalam banyak perkara, berpikiran terbuka dan sentiasa bersedia menerima kekalahan dalam keadaan apa sekalipun.

Maka sebab itulah saya melihat betapa perlunya untuk rakyat Indonesia melakukan perubahan besar dari segi minda mereka, cara berpikir dan bersedia dalam menerima apa jua keputusan yang melibatkan kepentingan mereka. Mereka juga tidak lagi boleh terlalu alpa atau terlalu mengagung-agungkan perjuangan sejarahwan-sejarahwan terdahulu sehingga boleh merosakkan hubungan dua hala yang sedia terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia namun sebaliknya mereka perlu berusaha agar persahabatan antara kedua negara kekal utuh dan mengelak dari menimbulkan sebarang pertikaian baru.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..1 PERKARA YG DIORANG JELES KAT KITA...KITA LEBIH BERNASIB BAIK DR MEREKA KERANA KITA BERJAYA MENGEKALKAN KEAMANAN SEHINGGA SKRG WLUPUN ADA SEKOR 2 MENATANG MUSUH DLM NEGARA YG X SENANG DGN APA YG KITA KECAPI. PHM2 AJE LAAA SAPE MENATANG SEKOR TU. DIA DH X DPT SOKONGAN DLM NEGARA, DIA RAIH SOKONGAN DR NEGARA LUAR PLAK UTK MEMBENCI WARGA M'SIA HUHUHUHU

ahlee berkata...

Indon masih MEMBUTUHKAN Malaysia dalam semua posisi.

Udak berkata...

Berpeluang untuk menonton setiap hari channel-channel TV dari negara berkenaan membolehkan saya mengetahui betapa huru-hara nya negara mereka sendiri. Korupsi tidak berkesudahan, kemiskinan rakyat nya dan lain-lain membolehkan saya membuat kesimpulan sebegini:

"Kami kecewa dengan negara kami,justeru, kami melampiaskan stress kami ini kepada negara tetangga".

hilbert berkata...

Salam bro Jeffry,
dia tu juga adalah antara yang duduk dicelah=celah rakyat Indon yg suka memburuk-burukkan Malaysia ketika berada di luar negara

AhLee, kalau mereka ada pikir tentang perkara macam itu, tentu sekali mereka perlu berpikir banyak kali akibatnya kalay mereka berterusan memusuhi Malaysia

Udak, benar kesimpulan anda tu...marahkan negara sendiri mereka lepaskan geram ke atas negara jiran,,,mereka berani sasarkan Malaysia kerana sedar yang rakyat Malaysia takkan bertindakbalas bukan disebabkan takut tapi malas nak layan kebodohan sesetengah warga Indon

miss kecoh berkata...

.. indon anti sangat dengan malaysia. dan juga buta sejarah.. semua benda nak mengaku hak milik dia. pastu, pikiran punya la tak matang dan di bawah tempurung,, asyik nak menyalak je.. mengenjek la... sakit ati betul laa... datang malaysia buat muka baik, balik sana buat dajal.. smasalah ini tak akan habis...

Arkib Blog