KUALA LUMPUR 30 Sept - Satu laman portal akan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyuarakan pendapat, cadangan dan kritikan membina kepada kerajaan tanpa perlu bimbang dikenakan tindakan undang-undang.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata laman portal yang disasarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa itu, adalah satu inisiatif untuk menyediakan saluran khusus bagi kebebasan bersuara.
"Saluran ini berbeza dari laman web sedia ada di mana kami(kerajaan) akan berusaha memberi jawapan kepada persoalan yang ditujukan kepada pihak yang sepatutnya.
"Kesemua cadangan dan kritikan akan diambil kira, malah setiap aduan yang dikemukakan akan cuba kami selesaikan dalam tempoh seminggu," katanya kepada pemberita.
"Saluran khas ini juga dapat digunakan orang ramai untuk memberi komen sekiranya mereka berpendapat perlunya diadakan perubahan terhadap dasar-dasar kerajaan," tambah Datuk Maglin Dennis lagi.
ULASAN;
Nampaknya kerajaan BN dah semakin melampau. Tidak cukup lagikah ruang-ruang yang sedia ada sekarang untuk rakyat bersuara sehingga ada yang membuat pihak berkuasa sendiri tak kuasa untuk menangani masalah akibat dari keterbukaan yang tidak lagi terkawal.
Kerajaan BN sepatutnya memikirkan terlebih dahulu akan kesan dan akibatnya apabila pihak mereka mewujudkan sesuatu yang tidak berfaedah seumpama itu. Nak dilihat sebagai kerajaan yang terbuka kepada segala teguran tidak semestinya kerajaan BN perlu menggadaikan keharmonian dalam negara semata-mata mahu memenuhi tuntutan segelintir pihak.
Kerajaan BN perlu berwaspada selalu dan berpada-pada di dalam memberi kebebasan bersuara kepada rakyat, jangan pula nanti bila dah tak terkawal maka sibuk pula nak adakan undang-undang itu dan ini. Kerajaan BN mesti berpegang kepada prinsip "ingat sebelum kena" dan tak usahlah nak gadaikan segalanya hanya kerana mahukan satu undi.
Akta ISA akan dimansuhkan. Keputusan oleh kerajaan BN itu separuh rakyat sudah gembira dengan berita itu namun ada sebahagian lagi rakyat yang masih ragu-ragu akan tahap keamanan dalam negara walaupun dua akta baru mengambil tempat. Biar seribu akta baru yang akan menggantikan Akta ISA jika menteri yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya seorang yang pengecut, tidak ada guna juga.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Oktober 01, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
SLM BRO...NK JWB DLM MASA SEMINGGU? SAPE LA NAK JWB KRITIKAN DAN ADUAN TU NANTI?. KALAU NAK HARAPKAN JAWAPAN PIHAK BERKENAAN TAH DPT TAH TIDAK. ADUAN DLM TALIAN PUN KDG2 MCM ADA TAKDE JEK..ALAHAIII
Salam bro,
tu lah..mengarut saja cadangan begitu..bukannya nak menambahkan kebaikkan malah menambah buruk lagi keadaan adalah..
Catat Ulasan