Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 31, 2011

178,000 pemohon suaka politik hidup bebas di Malaysia !

Bagaimanakah caranya bagi kerajaan Malaysia hendak memastikan agar para pelarian politik warga asing yang kini dianggarkan berjumlah 178,000 orang di negara ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah atau kesulitan kepada masyarakat Malaysia di belakang hari kerana kita difahamkan bahawa pemohon suaka politik ini dibenarkan oleh pihak kerajaan untuk bebas bergerak ke mana sahaja, bergaul bebas dengan masyarakat serta bebas menjalani kehidupan seharian sama seperti rakyat Malaysia yang lainnya?

Juga bagaimanakah caranya untuk kita boleh mengenalpasti yang mana satu di antara warga asing itu adalah pemohon suaka politik, yang mana satu pendatang haram, yang mana satu pekerja asing tanpa izin dan yang mana satu pekerja asing yang sah kerana tiada tanda atau pengenalan khusus yang membolehkan kita untuk mengenali mereka ini yang setiap hari semakin ramai bilangannya hadir dipersekitaran kita?

Apakah ada jaminan yang kukuh daripada kerajaan Malaysia bahawa perayu suaka politik yang dibiarkan untuk hidup bebas di luar tanpa perlu di letakkan dalam tahanan tidak akan mengundang berbagai-bagai masalah lain terutama sekali terhadap keselamatan dan keamanan negara?

Jika selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa kadar jenayah yang semakin meningkat di Malaysia hampir separuh daripadanya adalah dilakukan oleh warga asing yang bekerja atau menuntut di negara ini tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tergolong di dalam kumpulan pemohon suaka politik, apakah mereka ini tahu menghormati undang-undang Malaysia dan tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan?

Tiada ulasan:

Arkib Blog