DS Azizan Abdul Razak |
Wartawan berkenaan mahukan kepastian daripada Datuk Seri Azizan sendiri samada benar atau tidak berita yang mengatakan bahawa kepimpinan tertinggi PAS kini sedang berusaha untuk mencari pengganti kepada DS Azizan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
Melenting macam perangai Anwar Ibrahim juga terus saja DS Azizan memarahi wartawan itu sambil menjawab dengan nada yang amat marah "heiiii!!! bukan I yang minta nak jadi Menteri Besar, depa yang suruh I jadi Menteri Besar." Kalau esok depa mahu I letak jawatan maka esok juga I akan undur diri" katanya lagi yang baru saja selesai menjalani rawatan tekanan darah tinggi dan masalah jantung di IJN Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan