Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Julai 10, 2011

Video DNA: Anwar dan lembu2nya bawa darah ayam, sos cili merah dalam perhimpunan haram !!!



Dalam video ini jelas sekali ternampak di atas bahu sebelah kanan Anwar bekas sos cili merah yang agaknya sengaja dipalitkan oleh para penyokongnya agar nampak seperti darah DNA yang mengalir keluar dari tempat kecederaan yang kononnya di alami oleh Ketua Petualang Negara itu.

Dan jika dilihat sekali imbas ianya seperti Anwar telah mengalami kecederaan fizikal dibahagian atas tubuhnya, haraplah pihak berkuasa dapat mengambil DNA Anwar dan bandingkan dengan sampel berwarna merah dibaju yang dipakai Anwar itu samada ianya sepadan atau tidak dengan DNA Anwar. Dan setelah itu, gunakanlah sampel tu untuk digunakan dalam perbicaraan kes liwat II.

Manakala di muka pengawal peribadi beliau yang kelihatan berdarah nampaknya macam telah disapu dengan darah ayam dan apapun kalaulah memang terluka, ada kemungkinan kecederaan itu memang sengaja dilakukan oleh mereka sendiri dengan menggunakan objek-objek keras yang tertentu seperti batu, kunci kereta, telefon bimbit ataupun penutup botol air mineral. Maklumlah puak-puak PKR tu memang sanggup buat apa saja demi kuasa dan pangkat.

Tiada ulasan:

Arkib Blog