BENGHAZI 3 Julai 2011 - Pemimpin Lybia, Muammar Gaddafi dialu-alukan untuk bersara di negara ini sekiranya dia menyerahkan semua kuasa pemerintahannya, kata ketua pemberontak.
Tawaran tersebut dibuat tatkala Gaddafi menentang habis-habisan desakan antarabangsa supaya meletakan jawatan, walaupun pegawainya memberi petanda untuk berunding dengan kumpulan pemberontak.
Gaddafi masih memegang tampuk pemerintahan selepas lima bulan pemberontakan berlaku terhadapnya walaupun NATO melancarkan pengeboman ke atas Lybia serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
"Sebagai menyelesaikannya secara aman, kami membuat tawaran kepada Gaddafi supaya meletakan jawatan dan mengarahkan askarnya berundur, kemudian dia boleh membuat keputusan untuk tinggal disini atau di luar negara," kata ketua pemberontak, Mustafa Abdel - Utusan Malaysia.
Kerana terdesak, pihak Tentera Bersekutu dalam NATO yang di ketuai oleh Perancis terpaksa menggunakan ketua pemberontak tempatan Mustafa Abdel sebagai jurucakap mereka untuk berdialog dengan pihak Muamar Gaddafi.
Perancis yang sebelum ini mengaku telah menggunakan pesawat untuk membawa senjata api bagi digugurkan di kawasan-kawasan para pemberontak sebagai senjata mereka menentang bala tentera yang setia kepada Gaddafi kini sudah semakin sedar bahawa mereka tidak akan mampu lagi untuk menunduk Gaddafi sebagaimana tentera penceroboh di Iraq dulu berjaya melumpuhkan benteng pertahanan tentera Saddam Hussein.
Sebagai menebus rasa malu kerana gagal menumpaskan tentera Gaddafi, maka jalan terakhir sebelum NATO mengambil keputusan untuk berundur dari bumi Lybia mereka sanggup merayu dan menjilat kaki Gaddafi meminta beliau menyerahkan kuasa serta mengundurkan tenteranya dari perbatasan perang. Tetapi tidak mungkin semudah itu untuk Gaddafi menurut kehendak Barat setelah terdapat ahli keluarga beliau sendiri turut menjadi korban oleh kekejaman tentera NATO sebelum ini termasuklah anak lelaki beliau.
Sebelum ini, masyarakat dunia juga telah di kejutkan dengan tindakan berani Pemimpin Lybia ini yang telah mengoyak buku Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta melemparkan dokumen berkenaan ke atas arah belakang iaitu ketika beliau berucap di podium pada persidangan agung pertubuhan badan dunia itu tahun lepas bagi membahaskan isu Palestine - Israel.
Jadi, apabila ini dilakukan oleh Gaddafi, sudah tentu sekali dendam lama Barat terhadap beliau yang belum terpadam akan menjadi semakin menyala dan dengan bantuan rakyat Lybia sendiri yang berpaling tadah serta sanggup menjadi talibarut kepada Barat tanpa mereka memikir kesannya terhadap ekonomi, kedaulatan serta maruah negara mereka membantu Barat memerangi Gaddafi biarpun mereka sedar itu hanya akan merugikan Lybia untuk jangka masa yang sangat panjang.
Inilah akibatnya apabila terdapat rakyat negara sendiri yang sanggup menjadi talibarut kepada anasir-anasir luar yang sentiasa mahu melihat negara lain lemah dan runtuh manakala yang akan menjadi mangsa bukan saja setakat rakyat yang mempertahankan kedaulatan serta maruah negara malahan mereka ini yang sebelumnya sanggup bersekongkol dengan kuasa-kuasa asing untuk membinasakan kerajaan yang sedia ada juga pasti tidak akan terkecuali dari merasakan betapa sengsara dan peritnya akibat dari perbuatan mereka ini yang sanggup menggadai maruah juga keamanan negara kepada pihak lain.
Di Malaysia, walaupun sudah kecoh dengan khabar angin bahawa BERSHIT 2.0 juga akan berbuat demikian terhadap kedaulatan serta kesejahteraan negara ini pada 9 Julai minggu ini, namun rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sentiasa menyandarkan harapan kepada kecekapan pihak kerajaan serta polis dalam menangani sebarang perkara yang mungkin akan timbul dan tindakan awal pihak berkuasa terutamanya Polis beberapa hari yang lalu terhadap rangkaian penganjur BERSHIT 2.0 ternyata pihak keselamatan atau KDN mampu berdepan dengan sebarang kemungkinan dan kami rakyat harap sangat selepas ini mana-mana individu yang menganjurkan BERSHIT 2.0 akan dikenakan hukuman yang setimpal termasuk dilucut kewarganegaraan serta di buang ke negara lain.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Julai 04, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
Pengalaman Libya adalah contoh classic bagaimana puak minoriti yang kecewa telah menggunakan kuasa asing untuk mencapai cita cita mereka dengan menafikan hak majoriti.
Apa yang berlaku diMalaysia sekarang ini tidak banyak jauh bezanya.
Aku lebih menjurus kepada keyakinan bahawa ada tangan ghaib seperti diLibya mahu merosakkan keharmonian negara menerusi rakyat yang boleh dijadikan alat.
Aku merasakan alasan alasan berikut tidak boleh dinafikan
1. Anwar tahu gerakan ini adalah peluang terbaik untuk beliau mencuci segala dosa dosa beliau
2. DAP melihat ini sebagai wadah untuk melampiaskan hutang lama, agenda mahu menjadikan negara ini Malaysian Malaysia, yang mana akhirnya kaum China akan mendominasi semuanya seperti apa yang berlaku di Singapura
3. PSM menggunakan kesempetan ini untuk menyemarakkan kembali fahaman sosialisnya yang dah lama terbantut
4. PAS yang sudah hampir satu abad kempunan untuk menguasai negara pastinya menjadikan situasi ini sebagai medan untuk memuaskan nafsu serakah mereka tanpa memikirkan kesan terhadap agama dan bangsa Melayu
5. Mungkin kumpulan yang terakhir, Barat @ Kristian pasti tiak senang dengan kebangkitan negara negara Islam yang hebat, yang progresif, yang suaranya didengar diseluruh dunia, kerana itu adalah merupakan ancaman kepada ketamadunan mereka. Setelah mereka berjaya menumbangkan fahaman Komunis, kini tiba giliran ISLAM menjadi mangsa untuk ditundukkan.
Di Libya, selain ia sebuah negara Islam yang lantang, Libya juga kaya dengan Emas Hitamnya, dan inilah niat utama Barat mahu menggulingkan Libya.
Malaysia pula dilihat sebagai sebuah negara yang lantang memperjuangkan Islam. Kalaulah Malaysia juga kaya dengan Emas Hitam, sudah pasti, Malaysia telah diserang seperti Libya atas alasan DEMOKRASI.
Orang islam sekarang sudah hilang pedoman,suka berpakat dengan kafir untuk membunuh saudara seagama .Sebagai contoh di Libya ramai orang awam yang mati terinaya kerana bom NATO . Apa kah kita mau ia berlaku di Malaysia
Whiteorange,
terima kasih atas komen yang panjang lebar, ada yang dapat saya pelajari dari komen berikan itu. Terima kasih :-)
Alwira,
kita akan terus menentang mereka2 yang sengaja mahu menimbulkan keadaan yang huru-hara dalam negara ini. Harap mereka tidak diberi ruang walaupun seinci.
Catat Ulasan