Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 16, 2011

Karpal Singh mahu kerajaan PAS Kedah sentiasa patuh kepada DAP !

"Persahabatan Syaitan"
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat PAS menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Pusat Hiburan: Karpal beri kata dua kepada PAS Kedah - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Julai: DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam Pakatan Haram.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakan sejak dulu, lama sebelum pilihanraya 2008 lagi," kata Karpal Singh.

ULASAN: Sudahlah PAS, kalau dah kepala atau boss Parti Kebajikan SeMalaysia itu masuk dalam kurungan DAP, adalah sesuatu yang sangat mustahil selepas itu untuk PAS membuat sebarang keputusan berhubung perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Tiada ulasan:

Arkib Blog