Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Jun 17, 2011

Bob Lokman masuk PAS, Siti pulak masuk Askar !

(gambar kecil atas): kelihatan Datuk Siti Nurhaliza sedang bersalaman dengan Menteri Pertahanan Malaysia YB DS Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau dan rakan-rakan artis yang lain menyerahkan borang permohonan untuk menyertai pasukan Askar Wataniah.

(gambar kecil bawah): Pelawak, penyanyi dan pelakon Bob Lokman kelihatan sedang bersalaman dengan Menteri Besar Kedah YAB DS Azizan Abdul Razak selepas beliau menyerahkan borang masuk syurga PAS.

(gambar kanan): wajah Bob Lokman yang terperanjat dengan perbezaan wujud antara dia dengan Datuk Siti di mana dia tak menduga sama sekali bahawa tindakan melulu yang dibuatnya sebelum ini dengan masuk parti PAS adalah satu kesilapan yang amat besar manakala keputusan Datuk Siti untuk masuk menyertai pasukan barisan hadapan negara adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Bingung dengan keadaan itu, Bob Lokman mula menjadi sasau dan sering ketawa sendiri !
Syabas dan Tahniah buat Penyanyi No. 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza serta rakan-rakan artisnya yang lain kerana telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawab mereka selaku rakyat Malaysia dengan menyertai pasukan pertahanan negara iaitu masuk sebagai askar wataniah.

Jika dulu seorang pelawak terkenal, penyanyi kurang terkenal dan pelakon yang dikenali yakni Bob Lokman telah masuk kedalam PAS namun kini seorang lagi tetapi artis wanita telah mengambil satu keputusan yang amat jauh berbeza daripada yang dibuat oleh Bob Lokman apabila mengambil keputusan jauh lebih berani daripada pelawak berkenaan dengan menyertai salah satu cabang dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Kalau Bob Lokman masuk PAS dengan niat tertentu iaitu untuk membantu PAS, DAP dan PKR menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional juga pihak lain yang tidak sebulu dengan mereka disamping mahu melihat keadaan keselamatan dalam negara menjadi huru-hara tetapi sangat berlainan dengan Datuk Siti Nurhaliza yang masuk Tentera Malaysia agaknya memang dengan satu niat yang murni iaitu untuk menabur khidmat bakti kepada nusa dan bangsa disamping untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.

Tiada ulasan:

Arkib Blog