Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 28, 2011

PAS hadiahkan Putrajaya kpd lelaki yg mirip pelakon dalam video seks !

Sesiapa yang berhajat benar untuk ke Putrajaya maka bolehlah terima tawaran yang mungkin akan dibuka oleh PAS dalam usahanya mencari kebenaran disebalik isu video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersama dengan wanita warga China yang muda jelita.

Tentu sekali selain daripada tawaran masuk ke syurga bagi mereka yang mengundi atau menyokong PAS adalah satu perkara yang bukan mustahil juga bagi PAS untuk sedia menawarkan Putrajaya sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang mempunyai rupa paras mirip dengan wajah serta bentuk tubuh lelaki yang dilihat beraksi melakonkan watak lucah bersama seorang wanita didalam video 22 minit tersebut.

Kalau sebelum ini parti KITA melalui Pengerusinya bagi cawangan Kedah Zamil Ibrahim boleh menawarkan hadiah berupa sebuah kereta Rolls Royce Silver Spurs III kepada mana-mana individu atau lelaki yang menyerupai wajah dan badan pelakon dalam viseo lucah maka sudah tentu PAS juga akan sanggup menawarkan ganjaran yang lebih lumayan lagi kepada orang ramai iaitu Putrajaya.

Itu semua harus akan dilakukan oleh PAS sebagai menyahut cabaran yang telah dikemukakan oleh bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad dimana beliau telah meminta para ulama dalam PAS untuk menyiasat sendiri dakwaan yang melibatkan moral pemimpin PKR itu jika mereka didalam PKR, PAS dan DAP masih lagi tidak mahu mempercayai siasatan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap kandungan dalam video lucah berkenaan.

Kepada mereka yang sebelum ini tak sabar-sabar untuk pindah ke Putrajaya maka rebutlah peluang keemasan ini dan anda tak perlulah melalui berbagai-bagai proses untuk tujuan berkenaan, tampilkan saja wajah yang menyerupai wajah pelakon dalam video seks tersebut dan jika anda terpilih bermakna sudah pastilah Putrajaya akan berada di dalam genggaman anda.

Tiada ulasan:

Arkib Blog