Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 16, 2011

Dihadapan sudah ada jalan yang berliku...

Tidak semua orang Kristian yang memberi keizinan kepada DAP untuk memperalatkan agama Kristian demi kepentingan politik mereka sama juga seperti orang Islam tidak semuanya yang suka apabila PAS sanggup memperalatkan agama Islam demi menjayakan agenda politik kotor mereka.

Tetapi apabila Datuk Ibrahim Ali sudah membangkit soal "perang salib" bagi menangani isu agama di negara ini maka terasa sangatlah seolah-olah semua orang Kristian di Malaysia ini termasuk mereka dari kalangan kaum Bumiputera Sarawak dan Sabah seperti telah menjadi satu masyarakat yang membebankan.

"Maafkan kami sekira disatu sudut ada luka yang terhiris akibat sebahagian dari kami...walau tak nampak berdarah namun amat memeritkan... kami juga turut bersimpati kerana itu bukan yang kami mahu... kami juga sama seperti anda... bangga dengan kepelbagaian... bersyukur dengan keamanan... dahaga dengan keharmonian, kesejahteraan dan sentiasa rindu akan perpaduan... seperti anda dalam kami juga ada perbezaan... dan pasti kami dan kita semua takkan mampu untuk menolak perbezaan itu..."

1 ulasan:

hafez j malim berkata...

salam hilbert...

walaupun saya ahli PERKASA, namun saya sama sekali tidak menyokong kenyataan dari Datuk Ibrahim Ali. Walaupun kita berbeza agama namun hakikatnya kita tetap dari rumpun bangsa yang sama dan menetap di bumi Malaysia yg tercinta ini.

Arkib Blog