Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 10, 2011

Benarkah Malaysia belum ada agama rasmi ?

Kenapa semua ini timbul setelah berlakunya kekecohan mengenai dakwaan kononnya ada kalangan pemimpin dari parti DAP bersama mereka dari kalangan Paderi-paderi Kristian sedang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini berikutan dengan perjumpaan antara paderi-paderi dengan para pemimpin DAP yang dikatakan telah diadakan di Pulau Pinang minggu lepas.

Majlis Peguam Malaysia melalui Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam iaitu Syahredzan Johan yang turut memberi komen tentang laporan oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai isu 'agama rasmi' berkata "tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahawa," yang boleh membawa negara ini kearah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi."Perlembagaan sangat jelas dalamhali ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Benarkah apa telah dijelaskan oleh Syaredzan itu mengenai perlembagaan Malaysia ini? Dan kita haraplah agar isu ini tidak akan berpanjangan dan harap pihak kerajaan dapat menjelaskan perkara berhubung dengan isu ini supaya ianya tidak terus mengelirukan rakyat.

Tiada ulasan:

Arkib Blog