Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 20, 2011

BN Sarawak perlu bersikap adil kepada pengundi Bumiputera luar bandar..

Maksud saya ialah apabila merujuk kepada kekalahan yang terpaksa Barisan Nasional terima di beberapa kawasan DUN yang ditandinginya dalam pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10 pada 16 April lalu maka saya melihat perlunya untuk kerajaan BN mengubah pendekatan yang selama ini mereka pakai yang seakan-akan telah membuat rakyat menjadi keliru didalam menimbang keputusan untuk memilih calon parti mana satu yang harus disokong kerana rakyat sudah terbiasa dengan keadaan dimana biarpun terdapat kawasan DUN atau Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang tetapi segala peruntukkan yang diberikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional tetap juga disalurkan sepertimana yang diberikan kepada kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN.

Saya melihat kalau senario begini masih lagi berterusan atau dibiarkan berlaku ianya bukan sahaja boleh mengelirukan pengundi Bumiputera luar bandar tetapi dari segi keadilan yang sering dilaungkan maka rakyat mungkin boleh berubah pikiran terhadap kerajaan yang memerintah. Mana taknya, rakyat Bumiputera luar bandar yang bermati-matian mmeberi sokongan besar untuk mempertahankan BN sedangkan pengundi Cina dibandar sudah jelas menolak mentah-mentah kerajaan BN tetapi walaupun kalah kerajaan masih juga lagi menyalur bantuan serta peruntukkan ke kawasan-kawasan yang menentang malahan jika dikira dari segi jumlahnya memang jauh lebih besar dari yang diberikan kepada rakyat Bumiputera kawasan luar bandar.

Pengundi Cina dalam bandar yang sudah mewah dengan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, mereka cepat lupa diri mana mungkin mereka akan melihat ke belakang melihat kerajaan Barisan Nasional lagi kecuali kalau diwaktu kawasan kediaman mereka dilanda banjir besar maka hanya pada masa itu saja mereka teringat akan Barisan Nasional namun sesudah itu setelah tiada sebarang bencana mereka akan kembali berpaut dengan DAP untuk menggigit tangan-tangan yang pernah memberi pertolongan ketika mereka terperangkap didalam keadaan yang sukar.

Dalam hal ini saya sangat berharap kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang telah mendapat mandat baru dengan majoriti lebih dari 2/3 hendaklah lebihkan membawa pembangunan dikawasan luar bandar yang mana rakyat disanalah yang sentiasa memberi laluan kepada BN untuk terus berkuasa di negeri Sarawak ini dan disaat yang sama saya sarankan berehat saja dari terlalu memanjakan pengundi Cina bandar dan kalau hendak terus juga menyumbang mka rujuklah kepada saluran-saluran mengundi yang menentang atau memberi sokongan kuat kepada BN dan dari situ BN boleh tahu mana tempat yang menyebelahi kerajaan dan mana tempat yang menolak maka bahagikan peruntukkan dan berikan hanya ditempat yang pro BN serta bekukan mana tempat saluran yang menentang. Senang cerita.

4 ulasan:

Antibarua berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Antibarua berkata...

Saya setuju 100%, BN perlu mengutamakan mereka yang menyokong BN terlebih dahulu, jangan kera di bandar disusukan, penyokong di pedalaman mati tanpa pembangunan dan bantuan.

Hargai orang yang menghargai anda.

Agent X berkata...

betul tu hilbert, berikan balasan setimpal atas kesetiaan bumiputera.
Bangunkan mereka dan lupakan kawasan bandar yg telah mempunyai segalanya.

hilbert berkata...

Antibarua, salam dan terima kasih bro.. yang menyokong harus didahulukan adalah adil.

Aisanda, terima kasih. Patutnya kerajaan BN dah terpikir tentang perkara ini..rakyat memang rakyat juga..tetapi ingat juga mereka adalah kerajaan semasa..

Arkib Blog