Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 23, 2011

SNAP beri kata dua kepada PKR dan PAS !

Parti Kebangsaan Sarawak iaitu SNAP sebuah parti pembangkang tempatan Sarawak semalam telah memberi tekanan yang paling kuat kepada dua parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia iaitu PKR dan PAS sekiranya masih ingin hendak turut serta bertanding didalam pilihan raya negeri Sarawak pada kali ini.

SNAP menerusi Setiausaha Agung partinya iaitu En. Justin Jugol pertama telah memberi kata dua kepada Parti KeADILan Rakyat jika mahu ikut bertanding harus menggunakan lambang Parti SNAP dan jika tidak maka SNAP akan berusaha untuk mencari jalan bagaimana cara untuk menghalang PKR dari menyertai pilihanraya negeri kali ini.

Keduanya, SNAP telah melarang PKR dari meletak mana-mana calon untuk bertanding dikawasan DUN yang majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Dayak. Dan sekiranya PKR masih berdegil maka SNAP terpaksa mensabotaj calon PKR dengan memastikan agar pengundi tidak memangkah calon daripadaPKR tetapi sebaliknya menentukan supaya mereka memberi undi samada kepada calon SNAP ataupun calon Barisan Nasional.

Amaran SNAP kepada PAS pula, kalau PAS benar-benar berhajat untuk menurunkan juga calon mereka di Bumi Kenyalang pada pilihanraya negeri kali ini maka peringatan ini juga telah di beri, PAS boleh ikut sama bertanding tetapi harus dikawasan yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu dan Melanau tetapi mesti mematuhi syarat ketat SNAP.

Syarat yang dikenakan oleh SNAP terhadap PAS walaupun dilihat sangat keterlaluan tetapi agak unik juga iaitu bermula dari hari penamaan calon sehinggalah ke hari pembuangan undi semua pemimpin PAS Pusat atau PAS Sarawak dikehendaki untuk memakai pakaian tradisi lama kaum Iban iaitu "cawat" dan tiada seorangpun diantara pemimpin PAS termasuklah YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lainnya yang akan dikecualikan dari mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh SNAP.

Sekiranya PAS masih gagal untuk memenuhi semua syarat yang telah ditentukan SNAP itu, maka SNAP akan beranggapan yang PAS sudah menghina rakyat Sarawak secara keseluruhannya dengan tidak menghormati adat resam serta budaya kaum Iban yang merupakan komuniti terbesar di Bumi Kenyalang ini dan sebagai hukuman ke atas keangkuhan PAS itu sudah pastilah SNAP juga akan membuat tindakan yang serupa sebagaimana yang akan dikenakan terhadap PKR.

1 ulasan:

vulcan933 berkata...

Stuju dgn syarat tersebut....

Arkib Blog